Followers

Wednesday, 29 July 2015

1 Syawal 1436H

Hi & Assalammualaikum..

17 July 2015 (Fri), Kg Salak Tengah Sepang 

Tahun lepas tragedi tersalah bawak songkok eshat balik kampung pagi raya..
Tahun ni tragedi terlupa bawak keluar pampers anak dalam bonet kereta.. T__T
Eshat pergi sembahyang raya pagi tu dia bawak kereta..
Sudahnya terpaksa la pinjam dulu pampers kat sedara sebelah rumah nenek..
Kalau nak tunggu eshat balik sembahyang raya lama pulak nanti..
Sian lah si comil ibu tu sejuk tak berbaju..
Ishhh baru anak sorang pampers pon boleh lupa..


Haa siap dah anak ibu..
Pakcu Ashiq main dengan raudhah dulu yea..
Along nak bersiap..


Manja sangat ni..
Nak pakai sampin raya pon suruh bini pegang kan..
Kita busy nak pakai tudung, dia pon sibuk la nak memanja.. Ishhh..

Pagi tu eshat pergi sembahyang raya dulu dengan adik-adik..
Sy kat rumah siap kan raudhah dan tolong mak siap2 kan makanan..
Dah setel siapkan raudhah, baru sy bersiap..
Eshat balik je sembahyang raya, makan dulu lepas tu baru lah salam raya..




Selfie Rayaaaa..


Gambar salam raya laki bini takleh publish..
Letak gambar salam raya adik2 je.. Hihihi..
Nanti mengundang kontroversi..


Gambar terlebih cahaya lah pulok..


Adik2 bujang dah besar panjang..
Tahun depan boleh kahwin dah.. Eh!


Alamak nampak senteng pulak jubah raudhah ni..
Kan eshat pegang dia, terangkat la sikit baju dia..
Tu yang nampak macam senteng..
Tapi sebenarnya, ngam2 je sampai buku lali jubah raudhah ni..

Anak-anak perempuan mak.. Tak cukup lagi sorang ni..

Habis salam raya, ambik gambar raya puas-puas, baru turun rumah nenek beraya..
Kitaorang turun pon lambat..
Rumah nenek selalu nya pagi2 raya penuh dengan anak cucu sedara datang..
Kitaorang salam raya cepat2, ambik gambar raya cepat2 lepas tu terus keluar jalan raya..
Gi beraya rumah sedara dekat-dekat dulu jalan kaki..
Hari jumaat kan pendek je rasa masa..
Pergi 2 rumah tau2 je dah pukul 12lebih..
Stop kejap jalan raya, petang sambung pergi beraya lagi..


Jejaka kacak lagi menawan.. Eh!



Ika tahun ni beraya kat sebelah suami dia..
Tapi petang raya tu dia balik rumah mak kejap..
Dapat lah bergambar raya petang tu..
Tapi tak sedondon la dengan kitaorang sekeluarga..
Tak cukup korum ni.. Aidil dah pergi kerja tengahari tu..
Adib tah beraya ke mana, atuk nenek ada sedara mara datang beraya pulak..
Jadi nya ambik jela gambar raya tak cukup korum ni..


Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari Sy, Suami dan princess Raudhatul Aaishah..
Kosong-kosong yea! :)

Nanti bersambung entry raya kedua pulak..

Love, Rina Ellisa