Followers

Wednesday, 28 March 2012

Ulser Mulut Lagi

Hi!

Ulser menyerang lagi.. Bukan 1, tapi 2 bijik!! Dah lama tak kena ulser @ mata ikan nih.. Sebulan lebih ada kot tak kena.. Sekali kena hamek!! 2 bijik sekali dia melekat.. 23 Mac/Jumaat lepas dah ada tanda-tanda ulser ni.. Lepas je jumpa doc jumaat tu, terus menjadi-jadi pulak ulser ni.. Lagi-lagi sy pakai braces ni.. Kadang-kadang bibir bergesel dengan dawai..


Ni bibir seksi sy! HEW HEW HEW!

1 ulser yang sangat besar kat bawah tu.. 1 lagi kat bibir atas.. Kat bibir atas tu kecik je.. Yang kat bibir bawah pulak menjadi-jadi besar nye.. Sakit nye teramat sangat!! Macam di siat-siat mulut ku.. HUHUHU.. Nak bercakap pon sakit.. Apatah lagi makang!! >_<

Sy guna Ubat "Oral Aid" ni.. Amek free je kat klinik.. Sebab pegi amek dekat klinik panel.. HEHE.. Ubat ni bukan untuk hilangkan ulser.. Tapi mengurangkan rasa sakit ulser ni.. Titis kan je berapa titik, terus bibir rasa kebasssss.. Lepas beberapa jam, sakit lagikk.. -..-!

Ada kawan-kawan suruh letak garam, atau pon asam keping.. Arghhhhhh!!!! Meraung la nanti letak semua tu.. Selalu sy tak letak ubat pape.. Cuma titis kan Oral Aid je.. Ulser ni akan hilang dengan sendiri nya.. Ghaib kan.. 

Ni ada info pasal Ulser Mulut..
Cikidaaaauuuuttttt!!!!

Kenapa kerap kena ulser mulut?
Ulser mulut adalah luka di dalam kawasan lembut mulut.. Ulser ini nampak seperti tompokan warna putih. Ulser mulut boleh terjadi berulang kali, ia mungkin dalam tompok atau berkumpulan 2 hingga 5 tompok.. Ulser akan sembuh tanpa meninggalkan parut. Penyakit ulser ini kerap berlaku di bahagian pipi dan ada kalanya di bahagian lidah dan gusi..

Simptom-simpton ulser mulut?
Tompokan waran putih dan terasa sakit apabila bersentuhan dengan makanan.. Tompokan ini boleh berlarutan 7 hingga 14 hari.. Ulser mulut menyebabkan anda hilang selera utk makan dan minum kerana sakit mulut.. Kadangkala anda berasa malas utk bertutur..

Mengapa ulser mulut boleh terjadi?
- Jangkitan bakteria, virus atau fungus
- Kesemua golongan umur boleh terkena penyakit mulut ulser
- Ulser boleh di alami oleh sesiapa shj tanpa mengenal umur
- Ulser juga boleh di sebabkan kerana kecederaan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah dan terkena dawai alat ortodontik

Kaedah menangani ulser mulut?
Jika anak atau anda kerap mengalami ulser, amalkan penjagaan kesihatan mulut yang baik seperti ;-
- Pemeriksaan gigi berkala
- Gigi yang bersih
- Amalkan makan secara sihat
- Elakkan pengambilan jus yg masam dan makanan pedas

Petua merawat ulser mulut?
Gunakan pencuci antiseptik mulut, sapu ubat ulser mulut seperti gel atau krim penahan sakit, makan makanan lembut, elakkan makan makanan panas dan pedas, banyak kan minum air..

Jika sakit ulser berterusan  melebihi 14 hari, dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor..


Love,
Rina

4 comments:

  1. Try amik vit c..ulser nie kira luka jgk..vit c maybe mampu mempercepatkan proses luka baik..org yang bersalin digalakkan makan oren nak cepat luka baik..try test...:)tak pon boh garam..hehe..kalo tahan larr..akak biasa tempek garam..sakit mmg sakit sampai kuar air mata tapi nak baik tahankan jerr.

    ReplyDelete
  2. ooyke... ok ok nanti nurul pi klinik mintax :) tQ kak Ana.. tapi mcm nak tak letak garam tu.. errr.. gerunnn la kak.. hihi..

    ReplyDelete
  3. sy berminat dgn gigi awk...gigi awk da cntik lorhh....siap ade color pink n yellow...

    ReplyDelete
  4. alaaaa.. tak cantik lagi sebenar nye elle.. T__T
    Tu nina kedepan kan dua-dua gigi.. Tu nampak cantik.. Ngeee Ngeee :P

    ReplyDelete