Followers

Sunday, 1 April 2012

March berlabuh, April Menjelma lagi..

Hi!

April datang lagi.. March berlalu pergi.. Dengan macam-macam pahit duka.. Dengan macam-macam suka ria.. Dengan macam-macam kerenah manusia.. Pengalaman lalu mengajar diri ni lebih berwaspada.. Pengalaman lalu mengajar diri ni lebih kuat dan tabah hadapi apa yang sedang menunggu di hadapan sana..

Terlalu banyak perlu di perbaiki diri ini.. Terlalu jauh lagi diri ni.. Tak cukup lagi diri ni untuk menjadi tetamuNya.. Terlalu banyak perkara yang perlu di lewati.. Mengharap yang sudi membantu dalam menuju jalan ilahi..

Jan,Feb,Mac di tinggalkan dengan pandangan yang sepi.. Tiada apa yang perlu di banggai.. Hanya la melewati hari-hari dengan mereka-mereka yang setia di sisi.. Yang lemah di tindas, yang berjaya di sanjung dan di hormati..

Diri ini masih tercari-cari apa yang sebenarnya yang di impi.. Terlalu lemah mengikut angin yang bertiup kencang.. Tergapai-gapai mencari haluan diri.. Tersungkur jatuh tatkala diri ini tak kuat mengharungi..

Mengharap diri ni sempurna sebelum bertemu menghadap ilahi..

Love,
Rina

No comments:

Post a Comment