Followers

Thursday, 12 April 2012

Tsunami datang lagi!

Hi!

Semalam cuti kan.. Semalam jugak kecoh-kecoh pasal gempa bumi, Tsunami kat Acheh.. Subhanallah.. Dengarnya gegaran hampir sama dengan gegaran yang jadi 2004 dulu.. Minta di selamatkan semua nya saudara-saudara islam kita di sana.. Ameen..

Semalam duk kecoh-kecoh kat Twitter,FB yang Penang & Port Dikson akan di landa Tsunami.. Ya Allah, rasa takut sangat.. Penang di katakan di landa lebih kurang jam 9.00mlm.. Dan Port Dikson di landa pada sekitar 2.00pagi.. Alhamdullilah, takde pape yang jadi semalam.. Tuhan masih mendengar doa-doa kita semua..

Kebetulan sy ada kawan yang bekerja di Penang.. Terus text diaorang tanye macam mane kat sane.. Dan diaorang dah otw lari ke Perak malam tu.. Lega sikit dengar.. Mana tak risau, seorang member nak kawen dah bulan 5 ni.. Minta di jauhkan semua malapetaka kawan-kawan ku di sana.. Rasa sebak terus bila dengar berita Penang & Port Dikson akan di landa Tsunami.. Tak dapat bayangkan.. Mana kita nak lari kalo datang nya ombak setinggi-tinggi alam.. Subhanallah..

Tu semuanya peringatan untuk kita.. Kita dah akhir zaman.. Manusia ni mudah lupa.. Tuhan datangkan amaran untuk kita sedar.. Agar kita tak jauh terpesong.. Di berikan masa untuk bertaubat dan berubah.. Sama-sama lah kita renungkan.. Peringatan untuk diri sendiri jugak sebenarnya..

Petang semalam duk borak-borak dengan nenek.. Cerita-cerita dengan nenek pasal Tsunami ni.. Nenek sy cakap, bumi kita ni umpama seekor lembu.. Kalo lembu tu menggerakkan sikit tubuh badan nya, maka bergeraklah sedikit bumi ni iaitu terjadi lah gempa bumi.. Lembu barangkali dah tak tahan sangat dengan dosa-dosa manusia di muka bumi ni.. Allahualam..

Moga kita semua di bawah lindunganNya.. Ameen..

Love,
Rina

No comments:

Post a Comment