Followers

Saturday, 2 June 2012

2pupu ku bertunang~

Hi!

Sabtu, 2 June 2012 sedara ku bertunang.. Nenek saya adik beradik dengan nenek dia, dan mak saya dengan mak dia sepupu la kan.. Dan sy dengan dia dua pupu la kan.. Eh, betul ke?? Hmmm belasah jela.. HIHIHI :P

Majlis yang sangat ringkas.. Dia tempah baju kurung je untuk bertunang dan letak manik je kat hujung lengan.. Sangat simple kan.. Then dia pakai selendang yang lip lap tu ha.. Serius, macam ni pon dah ringkas dan so cantik! Macam primadona pon hado sy tengok..

Majlis ni untuk sedara terdekat je.. Dia bertunang bulan 6, InsyaAllah bulan 10 berlangsung la majlis nya.. Tahniah Kak Linda! :)


 Oh, terus berangan-angan kejap lagi nak di sarungkan cincin.. HIKHIKHIK! :P


Untuk make up, dia upah pak andam.. Upahnya RM250.. Erkkk! Mahal nye..


Dan menjadi kebiasaan la, kalau ada kenduri kendara umah sedara.. Soalan cepu mas mesti ada.. Wuhuhuhu... "Kau bila lagik?" "Dah ada tu, cepat2 la jalan" "Jangan tunggu lama-lama" "Dah besar anak dara ni, bila lagi" Hmmm poning ha nak jawab.. Sy mampu senyum jela.. Senyum lebar camni ------------>  ^__________________^


Yeyyyyyyy.. Selamat sudah bertunang.. Depaorang dok berbincang sekejap jek.. Takde la lama mane pon.. Tak sampai setengah jam kot.. Tau2 je, panggil Kak Linda keluar untuk sarung cincin.. Dan selesai semuanya.. Alhamdullilah..


Hantaran yang simple jugak.. Lepas je sarung cincin, ku pon lesap la.. Ada wedding yang kena attend lagi.. Apa pon, semua nya dah selamat.. Syukur..

**Sorry kualiti gambar tak cantik.. Guna fon jek.. =__=!

Love,
Rina

2 comments:

  1. cantik lah dia..simple tapi gogeous taw ^_^

    ha meh soklan yg sama akk tanya..
    rina, awk tu bila lagi??asyik pegi majlis org jek??hahaha

    ReplyDelete
  2. haiyakkkkkk! kena tanye jugak eh.. hihihi.. :P

    Sy lambat lagi kak.. Tunggu duit jatuh dari langit.. HIHIHI :P

    ReplyDelete