Followers

Tuesday, 28 August 2012

Raya ke 3 Adik ku kena Tahan Wad!

Hi & Assalammualaikum..

Raya ke3 dah beraya kat hospital.. Y__Y
Adik masuk 21 Aug 2012 dan keluar 25 Aug 2012.. 5 Hari beraya kat hospital..
Kisah nye, adik sy memang dah demam sebelum raya..
Dia pegi la klinik kerajaan dan klinik 1 Msia tu..
Makan2 ubat, tak baik jugak..
Antibiotik pon tak dapat.. Ape daaaa...
Raya ke3, dia tak larat sangat, nak pergi klinik jugak check darah..
Bawak lah pergi hospital Putrajaya pepagi dalam pukul 10lebih..
Pukul 5lebih baru dapat result.. Pffffftttttt!!!!!~ -..-
Lepas dapat result tu, sekali kena tahan wad daaaa...

Ya Allah.. Terus rasa nak meleleh airmata ni.. Dugaan sangat untuk sy & family..
Yela, tengah2 awal-awal raya kan..
Memang raya ku semua tah kemana..
Memang tak fikir nak raya dah..
Pikirkan adik je time tu.. Risau nye, tuhan je yang tau.. :(

Masa adib kat wad kecemasan tu, suhu badan adik cecah 40.. Sampai gegar-gegar katil..
Punya lah lama menunggu kat luar..
Mak siap balik lagi anta adik2..

Dan, selama 2 malam la ku jaga adib kat hospital..
Malam kedua dia duduk hospital tu, dia sakit perut sangat2..
Sampai dia pukul2 perut dia, lepas tu nangis..
Pukul 330pagi turun pergi xray..
Lepas pada xray perut dia, baru lah dia boleh tidur..
Pastu result xray takde pape.. Mybe perut dia kosong kot tak makan..

Masuk hari ke3 mak pulak jaga adib..
Ku balik umah berehat..
Nasib baik lah dah siap mintak cuti seminggu raya..
Lega sikit boleh duduk umah sementara mak jaga adib kat hospital..


Ni kali kedua adib masuk hospital.. 
First time 2tahun lepas.. Masuk tu, dia injured masa main bola..
First time jugak ku tidur kat hospital ni jaga orang sakit.. HUHUHUHU!!~


Muka senyum, tapi hati banyak susah ni.. =___=!
Selagi adib tak kua hospital, selagi tu lah susah hati..
Lepas satu satu sakit datang..
Mula-mula takut apendix la..
Lepas tu paru-paru kuman la..

Suhu badan adib tinggi masa datang nak check darah tu, dan doc syak dia ada denggi..
Dan doc syak takot ada sakit lain pulak.. Haihhh!!~ 
Tu lagi lah buat ku risau.. :(
Amek darah usah cerita.. Bercucuk sane sini dah lengan dia..
Syukur alhamdullilah, 5 hari duduk hospital, adik takde pape.. 

Hari sabtu mak call, adik dah boleh keluar..
Mak cakap, selera makan dia pon dah okeh..
Lega sangat dia dah okeh sekarang..
Cuma, jumaat ni kena follow up balik kat hospital amek darah..
Harap semua nya okeh lepas ni.. Amin..

Thanks Nad & Wan datang melawat adib.. :)

Love,
Rina

2 comments: