Followers

Monday, 31 December 2012

Pahit Manis 2012..

Hi & Assalammualaikum..

Macam-macam pahit manis sepanjang 2012 ni..
Kalau boleh yg manis je nak selalu ingat, lepas tu senyum sorang2.. HIKS!~ 
Yang pahit kita letak tepi..

Sebenarnya, tiap2 tahun kita berazam kan..
Kadang2 tu, bila dah pertengahan jalan kita selalu lupa..
Dan kadang2 apa yang kita azam kan tak tercapai pon..
Benda lain yang datang.. Benda lain tu yg membuatkan hidup ni indah.. :)

Antara pahit manis sy sepanjang 2012 yg sempat sy abadi kan dalam blog ni..
Wedding kawan-kawan :-
Aini
Cousin - Kak Nurul
Jijie & Fiza
Kak Fiza
Cousin - Ayu
Muza
Nomie

Majlis pertunangan :-
Adik sy - Ika
Abang Eshat
Elle Myra

Majlis mana yg sy tak dapat datang tu, mintak maaf sangat2..
Kadang2 bertindih majlis & kadang2 ada benda yang tak dapat di elakkan..
InsyaAllah, pasti ada doa utk kalian semua & berbahagia hingga ke akhir hayat.. Amin~

Untuk tahun 2012 ni jugak, ada jugak berjalan tak ingat dunia.. HIKS!!~
Terengganu
Alor Setar Kedah
Johor
Melaka
Penang
Tahun 2013 mybe kena kurangkan berjalan..
Ada benda penting yg kita kena fokuskan.. WUHUHU!!~

Kisah Gigi Besi
Appoinment 2 Nov 2012
Appoinment 13 Aug 2012
Appoinment 25 June 2012
Appoinment 31 Mei 2012
Braces 1 tahun
Appoinment 23 Mac 2012
Eh, utk tahun ni, 5 kali ke jumpa doctor.. HIHIHI!!~
Ikut yg doc scheduled, sy pakai braces ni 2 tahun..
Kalau tengok gigi sy sekarang, ada yg belum rapat lagi..
Lama lagi la kot pakai braces.. YEAYYYYYY!!~ :P

Untuk persiapan puasaraya untuk family tiap2 tahun macam biasa..
Urusan sekolah adik2, urus kan adib masuk belajar.. semua nya ok..

Tapi dalam hidup, tak semestinya kita kat atas selalu..
Dunia ni ibarat roda.. Kejap kita kat atas, kejap kita kat bawah..
Ada masa kita kena uji.. Ada masa kita ada susah..
Ada masa kita penah di landa macam2 masalah..
Sy kurang bercerita cerita sedih kat blog ni..
Apa yg rasa, sy lalui lebih selesa utk simpan sndiri..
Tak semua benda kita boleh all out kat sini kan.. Kadang2 perlu kan privacy..
Tapi, untuk tahun ni, part yang paling buatkan sy & family teruji & di uji ialah
Adik sy, Adib masuk hospital raya ke tiga & Operation appendix..
Alhamdullilah sekarang, Adib dah ok macam dulu.. Tu dah cukup buat sy & family senang hati..

Dan yang terakhir, part yang paling manis dalam hidup sy pada 23 tahun ni ialah,
Kejutan masa sehari sebelum bufday sy 23 Sept 2012 aritu..
Semua nya tak di rancang, dan alhamdullilah semua nya terbina dgn ada nye niat yg ikhlas..
Untuk tahun ni jugak, Eshat berjaya tawan hati ku.. HUKHUK!!~
Giler lama dia tunggu sy, dari form 4.. :p

To my mum & my family,
Hidup mati sy kerana kalian semua..
Tanpa kalian semua, sy tak kuat sehingga ke arini..
Selagi bernyawa, selagi tu ku kerahkah kudrat ni utk kalian semua.. InsyaAllah~
Love u all so muchhhhhhh...

To Eshat,
Thanks so much sebab ada dengan sy dalam apa jua keadaan pon..
Ada di sisi masa sy susah, masa sy sedih, masa sy gembira..
Thanks to Allah, sebab hadirkan awak dalam hidup sy :)

To all my friend,
Thanks jadi kawan2 yang baik utk sy..
Thansk terima sy seada nya..
Thanks cipta kenangan2 yang terindah untuk hidup sy..
InsyaAllah, sy cuba jadi kawan terbaik utk korang semua pada hari2 yg mendatang..
Miss u all!!~ T__T

To my pembaca blog (sorry tak terdaya nak taip semua name..Ngee..),
Thanks so much masih sudi menjenguk & tinggalkan jejak kat blog ni..
Kita berkenalan dalam alam maya ni, dan mungkin kita boleh berkawan di alam yg nyata..
Tak sangka hampir 9bulan sy berblogging, ratusan follower dah.. YEAHHHH!!~
Nuffnang pon baik hati kasi reward RM0.65 je untuk tahun ni.. HIHIHI!!~
Moga sy bersemangat teruskan berblogging & ni lah hobby sy BERBLOGGING!!~ :D

Gitu lah serba sikit kisah hidup sy sepanjang 2012 ni..
Ada suka, ada duka, ada ceria, ada masam kelat payau semua nya lah..
Walau apa pon, kita masih duduk di bawah 1 negara yang aman & damai, Malaysia..

Love, Rina Ellisa

Saturday, 29 December 2012

Kenali 5 Sikap Wanita Memeluk Bantal..

Hi & Assalammualaikum..

Credit : SINI ..

1) Memeluk Bantal
-Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni & manja .
-Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera.
-Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
-Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi.
-Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
-Mereka biasanya kurang kenyakinan.
-Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping.
-Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
-Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.
-Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
-Mereka mempunyai sifat kurang baik.
-Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan.
-Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois.
-Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2.
-Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal
-Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.
-Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

Errrr.. sy suka tido pelok bantal kot.. ^^

Love, Rina Ellisa..

Friday, 28 December 2012

4 cara untuk membuat simpanan tetap setiap bulan

Hi & Assalammualaikum..

Just sharing from Blog Zikri Husaini ..


1) Gantikan hiburan kepada aktiviti reakreasi.
Anda boleh menggantikan aktiviti hiburan seperti movies, shows, teater dan theme park kepada aktiviti rekreasi yang lebih murah berbanding aktiviti hiburan yang berkos tinggi dan memberi kepuasan sementara sahaja (beberapa jam atau sehari). Jadi, jomlah kita bersiar-siar di taman permainan dengan keluarga di petang hari. Sambil kita suami isteri dapat berdua-duaan di kerusi panjang, anak-anak pula riang ria bermain gelongsor.
2) Jauhi pusat membeli belah / shopping mall dan specialty shop
Memang susah nak elak betul tak? Kebarangkalian untuk kita membeli barang yang tiada dalam senarai sangat tinggi bila sampai shopping mall. Bagi yang kerja di tengah bandar, atau kawasan membeli-belah, susah tuh!! Sampai-sampai pintu masuk dah ada salesman approach suruh beli barang itu ini, belum lagi dengan pelbagai banner promosi ’sales’ sana sini. Huhu, kalau goyah, maunya lebih 5 kali swipe kad kredit tu. Bagi yang tiada credit kad, anda terselamat!!
3) Tetapkan matlamat simpanan anda!
Letakkan matlamat [goal!!] pada setiap matlamat anda. Sebagai contoh, untuk menunaikan ibadat haji, Orang dah biasa cakap, matlamat kita mestilah SMART (specific, measurable, achievable, realistic and can be accomplished on a timed basis). Bila anda dah mulakan simpanan tetap, lama-lama anda dah biasa dengan habit tersebut dan anda semakin rasa enjoy! Tak percaya? Cuba mulakan langkah anda hari ini!
4) Kurangkan perbelanjaan dan jangan buat hutang.
Mungkin kita boleh kurangkan perbelanjaan kat mana-mana yang patut. Paling mudah, kita boleh naik public transport ke pejabat dan bawa bekal ke pejabat. Kadang-kadang jika tiada urusan, ada juga saya selang seli menggunakan public transport dan membawa bekal. Ternyata sejumlah pulus dapat juga dijimatkan.
Eh lagi satu, simpanan tetap boleh juga buat melalui pemotongan gaji. Jadi bila dah dapat gaji tuh, kira dah potong siap-siap. Contohnya rm100 ke tabung haji, rm100 ke unit trust, rm 100 ke amanah saham, dan sebagainya. Yang penting, gaji kita tuh memang cukup untuk belanja keperluan dan untuk bayaran bil-bil utilities.
Boleh masuk dalam wishlist azam 2013 nanti kan.. Selamat Mencuba!!~ :)
Love, Rina Ellisa

Thursday, 27 December 2012

Tahniah Nomie :)

Hi & Assalammualaikum..

Sabtu lepas sebenarnya ada 3majlis pada hari yang sama..
1 majlis Elle tunang, 1 majlis abang eshat tunang & 1 lagi majlis Nomi sanding..
Terus jadi serba salah kalau tak pegi ketiga-tiga majlis ni.. Hmmmmm!!~
Ketiga-tiga penting bagi ku.. Y__Y

Walaupon sy tak dapat datang, pasti ada doa untuk kalian sahabat2 ku dari jauh..
Alhamdullilah, majlis berjalan dengan lancar..


Tahniah mek Nomi atas pernikahan ni..
Semoga berkekalan ke anak cucu & bahagia dunia akhirat..
Dan semoga menjadi seorang isteri yang baik utk suami mu.. Amin~

Nomi adalah kawan masa sekolah teknik ERT Setapak KL, batch 2005/2006..
1 class, 1 dorm & 1 geng.. Kitaorang berkawan 4 orang..
Sekarang ni 2 orang dah kawin, seorang dah bertunang..
Tinggal sy jerk terkapai-kapai lgi.. HIHIHI!!~


Semoga berbahagia hingga ke jannah.. Amin.. *^__^

Love,
Rina Ellisa

Wednesday, 26 December 2012

Tahniah Elle Myra :)

Hi & Assalammualaikum..

Tahniah sayang, Elle Myra :)
22 Dis 2012,  Elle dah selamat jadi tunangan orang..
Terkejut sangat elle bagitau nak tunang aritu..
Dalam masa yang sama, Nina lah antara orang yg paling happpppppy syg :)

Cukup2 lah Elle makin hati selama ni..
Sekarang untuk Elle senang kan hati pulak tau :)


Tapi, sorry sangat nina tak dapat datang masa Elle tunang ni.. :(
Bertindih dengan 2 majlis.. Hmmmmmm!!~
InsyaAllah, majlis kawen nanti nina datang tau..

Dear Elle,
Tahniah atas satu ikatan yg sangat istimewa ni.. Semoga elle & pasangan tabah harungi perjalanan hidup menuju membina mahligai indah.. Nina doa kan elle bahagia dunia akhirat.. Nina nak elle happy balik macam dulu.. Taknak elle sedih2 dah.. :(

Sahabat ku, siramilah perhubungan dengan keikhlasan.. Taburkan lah benih2 kasih sayang yg murni.. Baja kan lah cinta mu setiap hari.. InsyaAllah, maha pencipta lebih tahu yang terbaik untuk mu..

InsyaAllah, bahagia menanti.. *^___^

Rindu Elle.. :'(

Love,
Rina Ellisa

Bercuti Ke Alor Setaq Kedah..

Hi & Assalammualaikum..

Hi semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. :D *jerit kuat-kuat*
Rindu kat blog ni sangat2!!!~ Rindu nak blogwalking & rindu semua.. HIKS!!~ *gedik*
4hari cuti, arini baru masuk opis balik.. Sekali, password pc pon boleh lupa.. HAHAHA!!~

Siapa yg follow sy kat twitter & instagram tau lah ke mana sy pegi weekend aritu..
Tapi, dalam gumbira berjalan tu, rasa sedih jugak.. Sebab plan tak menjadi..
Plan asal sy nak ke Johor Bharu.. Pegi wedding Nomi, kawan sekolah teknik dulu..
Tapi, ada masalah yg tak dapat di elakkan.. Hmmmmmmm.. Y___Y
Tu lah, kita yg merancang.. Tuhan yg menentukan.. Its ok!~

Tak dapat pegi johor its ok lah, kita pi kedah la.. :D
Atleast jalan2 jugak kan..

DAY 1 



Sabtu 8pagi dah gerak dari putrajaya ke Alor setar kedah..
Untuk rombongan meminang abang Eshat..
Ni adelah first trip ku bersama family eshat.. Nevesssssssss sangat ohkeyy!!~ :p

Jam 4petang baru lah sampai Alor setar..
Dah redah hujan,panas,jemm,ada excident kt highway,singgah makan&solat dan dengan eshat 'terlanggar kucing' *sampai ke arini dia serbe salah* ,
sampai jugak dengan selamat nya.. Syukur~

Sampai2 je terus isik perut dulu, lepas tu terus gerak ke homestay..
Homestay besar.. Ada 3 bilik tidur, 2 bilir air..
Barang2 dapur semua lengkap.. Selesa sangat..
Kami duduk kat Taman Markisa rasa nya..
Dan dok melepak sambung buat sirih junjung & touch up hantaran..

DAY 2

Bangun pagi2, sarapan, pastu siap2..
Kol 11pagi dah gerak ke rumah Fatin(future SIL eshat) untuk rombongan meminang..
Rumah nye dari homestay tak smpai 15minit..
Tapi di sebabkan jemm kat jalan utama, jadi lambat sikit..


Dari kiri mak eshat, sy, kak ngah & maklong..
Bergambar depan homestay.. Tak nampak full pulak..
Serius selesa duk umah ni.. Ada aircond semua..


Ketibaan kitaorang di sambut mesra oleh keluarga daripada pihak perempuan..
Laksa kedah depa memang terbaik..
Cuma tak sempat nak makan rojak buah.. -__-!
Perut time ni pon tak bape sedap.. Meragam sajorrkk hari2 kat sana.. -.-!


Dan akhirnya.. Selamat di tunang kan dengan pilihan hati Abang Iwan.. :)
Tahun depan kita jalan pi kedah lagi.. YEAYYYYYY!!~ :D


Hantaran 7 berbalas 13 dulang..
Hantaran daripada pihak perempuan banyak makanan..
Cuma 2,3 je barang..


My future family.. WEEEEE!!~ :)


Dan kitaorang sempat je bergambar.. HIKS!!~
Nasib baik tak bergambar atas pelamin belakang tu tau.. :D
Kol 12tghari dah di jamu kan dengan makanan..
Lepas makan, balik homestay.. Siap2, jalan pi padang besar pulak..

Alor setar ke Padang Besar lebih kurang 1jam setengah..
Sebab hujan,jemm.. Agaknye time cuti sekolah kot..
Kat sana sy dapat beli skirt & cadar saje..
Sebenarnya dah terpikir nak beli cardigan..
Sudah nye, melalut beli benda lain.. Murah kot cardigan kat sana..
Skirt pon sy dapat rm25 jer..
Padang besar pukul 7mlm dah tutup.. Cepat nye!!~

Malam terus gerak balik Alor setar..
Kepala ku pon dah pusing2 dalam keta..
Mungkin makan gajus time tu kot!! -.-!

DAY 3

Pepagi dah kena kejut dengan nenek..
Suh bangun kemas2 beg nak balik putrajaya..


Dah bekpes, dah bawak beg masuk keta semua..
Nak tunggu check out 1130, kitaorg pi bergambar dulu kat sawah..
Belah tepi homestay je..


Penat dah bergambar, kita naik buaian pulak..
Taman permainan ni pon sebelah je sawah padi..
Happy nye eshat ni.. :)


Sebelum terus nak balik putrajaya, singgah dulu pasar rabu carik perkasam..
Kat sini byk jual kacang2,asam2,belacan,asam jawa,ikan perkasam & macam2 lagi lah..
Meehun sup kat sini pon not bad lah..
Cuma baju2 yang jual kat dalam ni, harga lebih kurang kat KL jer mahal nye.. -.-!


Maka teruskan lah perjalanan balik putrajaya..
Selamat jalan Alor Setaq Kedah..
Tahun depan insyaAllah datang lagi.. :)


Masa nk otw ke kereta lepas membeli belah kat pekan rabu tu, tetiba Eshat kasi benda ni..
Walaupon keychain semata, dah cukup buat sy tersenyum lebar otw balik KL.. NGEEEE!!~ :)
Nak beli kan benda lain takde, dia kasi sy yang ni..
Thanks Darling :)

Sampai putrajaya 9malam, Alhamdullilah selamat sampai jugak..
Tu pon ku tak terus balik umah..
Teman lagik si Eshat pi main futsal..
Mata pon dah kuyu2 je tengok bola futsal tu kecik besar kecik besar.. HAHAHA!!~

Percutian yang baru utk sy & banyak belajar benda baru..
Thanks Eshat bawak ku jalan-jalan.. :)

Love,
Rina Ellisa


Saturday, 22 December 2012

Surat Dari Iblis!

Hi & Assalammualaikum..


SURAT DARI IBLIS

Hai manusia yang tersayang,
Tadi malam waktu nak tidur,aku tengok kau tak puji ALLAH
tak selawat,tak baca Ayat Kursi dan Al Ikhlas.
Bagus tu!waktu tidur kan untuk rehat,
bukan untuk baca Quran..

Bagus kau tak buang masa.
Pagi ini aku tengok kau tak solat Subuh.
Bagus sekali!
Kau telah buktikan kau adalah sahabatku..
Jangan bangun tau,tidurlah dengan nyaman sayangku seperti raja kayangan.

Kau juga jarang ambil wudhu.
Ini bagus kerana kau tidak bazirkan air, bil air kan mahal.
Aku lihat kau juga makan dan minum guna tangan kiri dan tak baca Bismillah
Ini bagus kerana boleh aku makan bersama.
Bila kenyang, kau tak pernah sebut Alhamdulillah
Itu yang aku suka.
Lagi bagus kau sendawa kuat2 mcm lembu.

Aku juga lihat bila kau jumpa kawan2 kau,
kau tak ucapkan Assalamualaikum
Kau ucapkan "Hi Everybody!" .
Ini amat bagus, kerna kau menunjukkan yangg kau mengerti adab resam org kafir,
dan kau mengerti bahasa Ingggris.
Tak perlu pun kau belajar bahasa Arab,
bukan bahasa antarabangsa pun.
Kau dah buktikan bahawa kau sahabat sejatiku.
Kau adalah seorang yg budiman kepada kaumku.

Hai manusia yang kucintai,
Semalam ada orang minta sedekah datang ke rumahmu.
Kau halau dia tanpa kau berikan duit sesen ataupun seteguk air.
Ini sangat bagus dan terpuji,
kerana kau tak buang duit dan tak bazirkan rezekimu yang diberi ALLAH kepadamu.
Kau pandai berjimat.
Biarlah rezeki kau untuk kau sorang aje,
boleh buat nonton wayang,bercuti ke Genting, ke disco,karaoke dan shopping barang2 dunia.

Duhai manusia,
Ramadhan lalu,telah lemah sendiku,terbakar jasadku,
sakitnya aku lihat hamba2Nya yg berpuasa,
bertarawih, berzikir & merintih mengenang dosa2nya yang lepas,
kerana pintu taubat dah dibuka ALLAH dgn seluas2nya.

Namun,aku tetap happy,
kerana ada antara kalian masih sudi jadi temanku dengan melepaskan rahmat ALLAH
dengan tak puasa,mengumpat,
tak tarawih, malah mencipta sengketa.
Tubuh badanku yang sakit jadi segar semula.
Cukuplah NAFSU manusia jadi penyambung tugasku di sepanjang bulan yang dirahmati.
Di akhirat nanti,
kau dan aku dapatlah berjalan bersama sambil berpegang-tangan
menuju Neraka Jahanam.


Love,
Rina Ellisa

Friday, 21 December 2012

Jom Main TAG!!! *Tengok nama sape kena tag*

Hi & Assalammualaikum..

Rasa macam dah lame tak main TAG ni.. HIHIHI!!~ :D
Selalu kalau blogwalking, terjumpa la soklan2 camni..
Just enjoy2 je.. :D

Ok, letsss go kita jawab!!~


1. Siapakah diri saya di rumah.
Kat rumah la diri sy sebenar.. :P Kadang2 pendiam.. Kadang2 moody(ada 1 sebutan yg family je tau ape dia..huhu).. Kadang2 periang.. Kadang2 melawok tak kene tempat.. Kadang2 garang.. Tpi, part paling best kat rumah, kitaorang adik beradik berkumpul dengan mak, borak2, lepas tu gelak2.. Lepas tu dok sakat menyakat.. BAHAGIA sangat!!~

2. Siapakah diri saya di samping rakan.
Err cam mne ek nak describe.. Kalau kawan rapat tu, maybe peramah kot.. Gosip, share2 cerita tentang hidup, share2 masalah.. Kalau kawan biasa tu, ada benda yg sy boleh brcerita, ada benda just cukup la dia tau sapa sy dari pandangan kasar diaorang je.. Kawan yg sy percaya, sy akan share apa yg perlu.. :)

3. Lima benda yang di idam idam kan tapi tak dapat lagi
Myvi, rumah sendiri, new dslr, new fon & husband.. HAHAHA!!~

4.Siapakah nama pasangan merangkap buah hati pengarang jantung saye?
Muhammad Irsyad Zakaria *^__^

5. Ceritakan LIMA perkara saye paling suke tentang dier?
- Kalau sy merajuk, dia akan pujuk pujuk pujuk & pujuk.. 
- Dia pandai masak.. *nanti dah kawen ade can tak dia masak selalu* KIHKIH!!~
- Dia setia jadi tempat sy mengedix, tempat sy memanja, tempat sy mengadu, tempat sy merajuk, tempat sy moody.. & sekarang jadi cikgu financial sy.. :)
- Dia sangat sabar dengan perangai sy yg selalu moody.. *Kadang2 sy moody tak tentu hala* :P
- Dan dia cuba ada dengan sy walau apa pon keadaan.. 

6. Tarikh membina ikatan, eceh!
7 Januari 2012 :)

7. Kenangan pahit bersama pasangan anda?
Bila sesama ada masalah, sesama runsing, sesama tension.. Sesama moody.. 

8. Lagu tema chenta?
Lucky by Jason Mraz. *Sebab dari seorang kawan tak bape nak bff, jadi seorang kekasih sy yg cool..Cewaaahh!*

9. Apakah perubahan yang saye nak tengok pada dier?
Sy nak dia pakai bracesssssssss.. Boleh? HAHA!!~


10. Tag 10 member lain? 


Kawan2 yg lain nak buat di persilakan..
Hve funn guysss!!~ :)

sumber : Please, no paparazzi .. 

Love,
Rina Ellisa

Thursday, 20 December 2012

Appoinment Adib 19/12/2012..

Hi & Assalammualaikum..

19/12/2012, 8.00 pagi appoinment adib..
7:45 pagi baru kua rumah.. LAMBATTTTTT!!!~
Dari rumah ke hospital putrajaya lebih kurang setengah jam je..
Pepagi banyak keta, sebab ramai org nak pi keja..


Appoinment kol 8pagi, sampai 810pagi camtu..
Nak carik tempat paking 1 hal kat hospital putrajaya tu.. Penuh selalu!!~
Ingat kan memang dah lambat lah.. Sekali kena amek nombor jugakkkk.. -.-!
Dapat nombor giliran 3092 daripada 3029..
Lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat menunggu!!~
Nasib baik laju jugak nombor tu toink toink..

Dah lepas 1 kaunter, kena tunggu kat 1 lagi kaunter..
Sampai tertido menunggu.. Dah le sejukkkkkk!!~

Jumpa doc balik just nak tau result appendix Adib operate aritu..
Doc check tempat jahitan dia..
Semua nya ok dah.. Cuma result appendix tak ada lagi..
Suh datang balik March 2013.. Lama kan?
Doc cakap selalu memang lambat.. Diaorang kasi buat penyakit2 yg serius dulu..
Ok takpe, tahun depan kita datang balik..


Alhamdullilah adib dah sihat macam dulu...
Mak tegah jgn bersukan, dia pegi jugak..
Mak tak kasi dia lasak2 sangat.. Sebab takot jahitan tu tak ok lagi..
Budak lelaki kan, mane nak duduk diam kat ghumah..
Kawan2 roger ajak main futsal, badminton dah cukup terkinja2 dah dia nak pegi..

Mak tegah jangan makan sambal, dia makan jugak..
Aritu lama jugak mak tak masak sambal cili api..
Sebab kesian kat dia, tengok je kitaorang makan..
Padahal, dalam diam dia dok pi curik2 makan sambal.. DEGILLL SANGATTTTTTT!!~ -..-

Apa pon, syukur Adib dah sihat..
Dia dah boleh pi kolej, makan macam biasa..
Hati sape tak senang tengok family sihat kan..
Alhamdullilah~

Love,
Rina

Tuesday, 18 December 2012

Happy Birthday Deq, Umie Akmal..

Hi & Assalammualaikum..

Today birthday my friend Umie Akmal Azney.. :)



"Selamat Ulangtahun yang ke 23 tahun deq.."

"Semoga di panjangkan umur, di murah kan rezeki & selalu di bawah lindungan nya.."
"Semoga bahagia dunia akhirat bersama keluarga, kawan2 & orang yang tersayang.."

Friends forever deq..
*^__^

Love,
Rina Ellisa

Monday, 17 December 2012

WetWorld Pedas Linggi..

Hi & Assalammualaikum..

First time kitaorang ada kan family day opis ni..
Semua nya yang di rancang terlalu singkat..
Tempah tshirt pon seminggu je siap..


Pepagi sampai, kena register dulu..
Amek goodies beg, tiket & kupon makan..
Tiket masuk ke Wetworld pedas ni murah berbanding dgn taman tema yg lain..
RM12 je kalau tiket biasa kat wetworld ni..


Join tiup belon sampai pecah.. NGEHNGEH!!~ :P
Sy urusetia aritu, tak banyak dapat join game..
Assist kak aida, pastu snap2 gambar..
Lepas tghari, baru boleh berendam dalam air..

*picture dari google*

Naik slide ni sangat FUNNNNNN!!~ :D
Seronokkkkkkkkkkk!!!
Mula2 sy naik yg pakai pelampung.. Orang yg jaga tu jahat.. -.-!
Dia tolak pelampung sy, sy turun ke belakang.. Tpi, takde lah gayat sgt pandang depan.. HIKS!!~
Pastu rasa seronok, naik lagi yang tak pakai pelampung..
Kena luruskan badan.. Memula dah turun tak laju sangat..
Dah nak smpai bawah, lajuuu ooooOOOOooo!!~
Jatuh dalam air, masuk air dalam hidung..

Sy naik slide ni, sy menjerit..
Akak-akak yg lain naik, sy tolong jerit kan.. HAHAHAHA!!~
Jerit takot + jerit seronokk.. :P



Kat wetworld ni ada kolam air panas jugak kalau nak rendam kaki..
Ada sekali reflexology kat tengah2 kolam tu..
Batu nya tajam-tajamm ooooooooOOOooo -.-!


Yang ni kolam air panas untuk mandi..
Sebelum masuk, kena bilas badan dulu..
Nampak je tenang air ni kan..
Cuba masuk kan kaki sikit.. Panassssssssssssssss!!!~
Sy mampu rendam badan paras peha je..
Nak cuba rendam kan sampai pinggang, tak larat.. 
Air tu panas sangat...

Time kitaorang nak mandi ni, ada lah pak,mak arab ni mandi jugak..
Giler dia berenang macam mndi kolam air sejuk biasa tu..
Ape tak panas ke weyyyyyyyyyy!!~ -.-!


Org kuat hari tu Kak Aida, Kak Sue, Sy, Kak Nad & Kak Dayah..
Time ni dah abeh nak balik dah..
Kak Faezah, kak ana dah cauuu dulu...


Ni gambar reramai sebelum balik..
Merah je semua baju.. Cantikkkkkkkkkkkk!!~ :D
Thanks semua yg bagi komitmen aritu..

Direction nak ke Wetworld ni sangat senang & so easyyyyyy..
Just keluar dari tol senawang, traffic light ke dua belok kanan..
Lepas tu terussssssssssss je.. Sampai jumpa cendol yang boleh reffill tu belah kiri..
Pastu jalan depan lagi, pastu nampak lah Wetworld pedas ni dari tepi jalan besar & belah kanan..
Lepas tu, boleh la bersuka ria dgn gumbira.. :D

Love,
Rina Ellisa

Sunday, 16 December 2012

Daiso The Curve..

Hi & Assalammualaikum..

Lame dah berangan-angan nak pi Daiso ni..
Asal nak pi je, carik2 tak jumpa kedai nya..
Dulu pegi IOI Mall Puchong, jenuh la mencari..
Kat mane lah Daiso ni duduk.. Sekali tak jumpa jugek.. HAMPA!!~ -.-!


Akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!~
'Daiso The Curve Aku Datang..' :P
Dekat the curve ni, Daiso ni duduk kat level 2..

Seperti yg semua tahu, barang2 dalam di jual dengan harga RM5 sajeeeeeeeeee!!~
Boleh gila masuk dalam ni..
Macam2 ada.. Comil2, cute2 pulak tu.. OHTERGUGATTTTT!!~
Nasib baik duit RM8 hinggit je ada dalam wallet time tu.. HIKS!!~ :P


OHHHHHHHH!!~
Juling mata tengok.. Macam2 ada.. Masuk2 je, jadik tak tentu arah..
Mane nak pi terjah dulu.. Pegi sini, sana seakan memanggil2.. HIHIHI!!~
Last2, pusing 2,3,4,5,6 kali baru puas hati.. :P


Kita snap barang ape kita nak dulu..
Datang lain kali bleh terus rembat.. LALALALA!!~ :P
Sy nak sponge tu, mask tu, frame gambo tu, lapik kaki tu, file tu, stand frame gambar tu..
HAAAAAAAAAA!!!~ Habis semua nya nak.. -..-!

Ok ok, berbalik pada tujuan asal pi Daiso ni..
Sebenarnya, nak carik Raincoat je..
Tapi mata dah melilau ke barang lain.. Serius jadik tak tentu arah masuk dalam ni..
HAHAHAHA!!~ :P
Raincoat yg sy beli tu, lebih kurang camni.. KLIK SINI..
Pesanan sy, jangan bawak duit banyak2 masuk dalam ni..
Kalau tak, nanti ada istilah 'TERBELI'.. NGEH NGEH!!~

Love,
Rina Ellisa

Friday, 14 December 2012

Thailand vs Malaysia!!!

Hi & Assalammualaikum..

Semalam last tengok Harimau Malaya beraksi..
No more bersesak2 kat stadium dah lepas ni..
No more sorak-sorak kat stadium dah..
No more nyanyi ramai2 dengan ultras malaya dah lepas ni.. :'(
Last tengok Malaysia vs Thailand kat Bukit Jalil aritu..
Sebab, Harimau Malaya dah kalah separuh akhir kat Thailand semalam..
Sedih, kecewa semua ada.. Y__Y
Tapi adat lah bertanding.. Kalah menang tu mesti ada..

Yang penting Harimau Malaya dah buat yang terbaik malam tadi..
Dah berhabis habisan berjuang.. Sedaya upaya nak dapat kan gol, wlaupon sebijik..
Tapi tak de nasib.. Harimau kalah dengan gajah malam tadi.. SO SADDDD!!~

Part reff korea tu sy tak sempat tengok..
Tau2 je kat twitter dah kecoh.. So, tak tau nak komen lebih2.. HUHUHU!!~
Apa yg boleh sy cakap kan, player Thailand sangat biadapssss malam tadi.. -..-!
Harimau malaya kena lenyek abis semalam.. ARGHHHHHH!!~

Bila Thailand dah gol bertalu-talu.. OhTIDAKKKKK!!~
Jantung macam nak tercabut.. Gigil-gigil tengok tv time tu..
Dan, sampai abis masa.. Malaysia takde gol.. Sedih.. Y__Y

 *Sy tengok bola kat umah, Eshat nengok bola kat mamaksss semalam*
*Jadilah penyatuan dua gambar nih.. HIKS!!~*

Apa pon, kitaorang bangga jadi rakyat Malaysia..
Malaysia tetap di hati.. Harimau Malaya tetap wira..
Selamanya Harimau Malaya..

p/s : kita tunggu piala asia pulak tahun depan.. boleh mengaummmm kat bukit jalil lagi.. hihi :P

Love,
Rina Ellisa

Thursday, 13 December 2012

Ulangtahun ke 2 Majalah Aroma di Rumah Tamu Datin Halijah..

Hi & Assalammualaikum...

First sekali, thanks so much to kak Sasha..
Sebab, dia yang offer sy event ni.. Kalo x, tak merasa la.. HEEE!!~
Dan kena bawak partner blogger jugak.. Sah2 lah Eshat takleh bawak..
Ok, kak sha cakap boleh ajak blogger lain.. Dan terus lah terpikir Makcik Nad..
Roger2 dia, sekali sett jom kita pergi.. YEAYYYYYY!!~
Thanks jugak kat Kak Tina reserved kan seats kitaorang..


Event selasa malam.. Yuppp hari bekerja.. 
Tpi, selangor cuti hari tu.. Gerak KL awal lah..
Pick up kak sha & makcik Nad dulu.. Pastu, mengagau guna GPS kak sha camne nak pi Sentul. HAHAHA!!~
Sesat barat tu normal bagi kitaorang perempuan je kalo dlm kereta.. HIKS!!~


Dan akhirnya, jam 6ptg sampai la tempat yang di tuju.. Rumah Datin Halijah~
Rumah yang sangat cantik & klasik..
Sampai2 pusing2.. Carik parking & kedai makan..
Cuma parking kat situ susah sikit.. Tu pon balik semalam, keta guey kena block dgn bus GEDABAKK!!~


Sementara tunggu event start malam, kitaorg makan charkuewtiauw dekat situ je sambil bergosipssss...
Nasib baik sedap charkuewtiawwww kat situ.. Tak sia2 dtg dari jauh.. EHHH!!~


Ni antara blogger yg datang.. Sy, Nadia, Sis Yana, Sis Dkna, Sis Deqnor , Sis Ayu & Kak Sasha..
Ada yg first time jumpa.. Ada yang dah lama follow blog dia, kat sini baru jumpa..
Hi Kak Dkna :) *Lambai tangan*


Event malam tu sebenarnya sambut ulangtahun ke 2 majalah Aroma..
Majalah ni majalah masak-masak.. Sy pon first time dengar..
Al maklum lah, nak masak setahun sekali pon parah..
Ape tah lagi ke dapur.. HIKHIKHIK!!~


Yang si comil loteyy ni anak Blogger Ujang & Sis Yana MIB..
Comilssssss sangat.. Pipi tembammmmmmmmmm..


Chef Ismail pon ada.. Siap nyanyi lagi tau..
Rupa nya orang kampung Kak Sha.. Orang rombau.. *Rembau..


Meja blogger yang sangat happening malam tu..
Selagi no cabutan bertuah tak naik-naik, selagi tu riuh rendah.. HAHAHA!!~
Last2, kak sha yang dapat.. Dapat makan percuma kat Restoran Rebung Chef Ismail uuuu..
Blogger Terbang tinggi tinggi adalah jejak tunggal malam tu.. NGEEE!!~ :P


Kak Sha dengan Sis Yana MIB..
Sy dah lama follow blog Sis Yana.. Tapi, nak tegur dia malu la malam tu..
Tengok Kak Sha borak dengan dia best nye...... :)


Ngeee.. Dapat jugak bergambar dengan dia & baby comil dia..


Wokeyyy.. Sebelum balik.. Haruslah bergambar dulu..
Ohhhh sangat tak ku sangka.. Dapat jumpa & bergambar sekali dengan blogger2 yg lain..


Tah bila dapat jumpa lagi kan..
Moga ketemu lagi semua nya..


Ha.. Ni lah rumah yang cantik & klasik itu..
Tapi dari pandangan depan je.. Keseluruhan rumah tak nampak pulop..


Ala-ala sopan gituwww duduk atas tangga.. LALALALA!!!~
Hujan dah rintik2, jom la kita balik sebelum lebat..
Oh yea, dapat goodies beg.. Dalam nya ada ubat gigi safi, pencuci muka safi rania gold..
Dapat majalah aroma & air kotaksssss..

Ok, semoga jumpa lagi akak-akak semua... ^___^*

Love,
Rina Ellisa