Followers

Sunday, 13 January 2013

8 Tabiat Buruk Yang Merosakkan Kulit wajah..

Hi & Assalammualaikum..



1. Tidur dengan tidak mencuci solekan pada wajah. Ini akan menyebabkan kotoran dan minyak menutupi pori-pori pada kulit wajah sekaligus menimbulkan masalah kulit yang serius.

2. Menggunakan barangan mekap yang sudah tamat tempoh. Mana-mana produk kecantikan mempunyai tempoh masa penggunaan. Justeru, berhati-hati memilih, jika sudah melebihi 12 bulan, sebaiknya hentikan penggunaannya.

3. Membaiki solekan boleh membahayakan kulit, sebagai contoh, anda menambahkan alas bedak pada solekan sedia ada akan menyebabkan pori-pori tersumbat, menimbulkan iritasi dan juga jerawat. Sebaliknya, gunakan tisu kosmetik yang boleh membantu membersihkan dan meratakan solekan daripada anda asyik touch up solekan tersebut.

4. Hindari menggunakan scrub daripada produk yang terlalu kuat bahannya. Sebaiknya, pilih produk dari bahan yang lebih ringan dan lembut.

5. Hindari waktu mandi yang terlalu lama terutamanya apabila menggunakan air suam. Ia akan membantu menghilangkan minyak dari kulit anda. Selain itu, pastikan anda menyapu pelembap kulit untuk menjaga kelembapannya.

6. Jangan gunakan berus solekan yang masih kotor. Ini kerana ia boleh menyebabkan timbulnya pelbagai masalah pada kulit. Berus solekan yang tidak dicuci dan mengandungi sisa-sisa solekan biasanya bercampur dengan sel kulit mati dan juga bakteria. Ini menyebabkan timbulnya masalah pasa kulit wajah.

7. Berus solekan juga merupakan alat yang digunakan untuk mekap sehari-hari. Jadi alat-alat tersebut sebaiknya dibersihkan selalu sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu jika digunakan setiap hari.

8. Hindari terdedah pada sinaran matahari terutama pagi hari dari jam 10 pagi hingga jam 4 petang. Bagi anda yang banyak menghabiskan masa di luar, sebaiknya gunakan topi misalnya untuk melindungi wajah serta pilih pakaian yang boleh menutupi kulit anda dari terus terdedah pada sinaran matahari.

Sumber : SINI ..

Love, Rina Ellisa 

4 comments:

  1. best tips ni.. tapi dija nak tambah boleh, hehe over kan.. bile pergi tempat yang terdedah kepada cahaya matahari pakaila sunblock, sun block boleh mengelakkan jeragat dan terkena penyakit lain seperti kanser kulit.. Jadinye sekarang tiap kali keluar dari rumah dija dah start pakai sunblock.. umur 20 ke atas dan berwajah putih lebih cendurung nak dihingapi jeragat tau :)

    ReplyDelete
  2. Fie nie jenis manusia yang beli bedak terus dua tiga kotak sekali, sebabnya senang. tapi hari tu fie guna lah bedak yang kotak last tu fie rasa beli tu hampir dua tahun dah bila pakai bedak tu lama lama timbul bijik bijik kecil di muka lepas tu muka pun nampak kelam je. Terus rasa aisyyy nie mesti sebab bedak nie dah expired. Sekarang memang tak nak lah beli bedak banyak banyak.

    ReplyDelete