Followers

Friday, 25 January 2013

Puisi Zahiril Adzim.

Hi & Assalammualaikum..

Mensaje mengoogle puisi Zahiril baca kan utk Sheira Ayob masa wedding diaorang..
Zahiril penulis blog jugak..
So, takde hal la kalau puisi dia sangat puitis.. :)


Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan

Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu
Dan hari ini kau menjadi isteriku
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong

Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri
Memang hidup ini tidak pernah ada jaminan keselamatan
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu
Setiap siang dan malam
Setiap guruh dan hujan
Setiap panas dan terik
Setiap nafasku

Aku sering menadah telapak tangan
Dan memohon pada tuhan
Agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta'ala

Isteriku
Selamat datang ke hidupku
Selamat menjadi isteriku
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak
Selamat menjadi menantu ibu bapaku
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku
Selamat menjadi keluargaku
Selamat menjadi pelengkap hidupku
Selamat menjadi separuh dari aku..


Oh touching nyaaaaa!!~ T_T

Love, Rina Ellisa

14 comments:

  1. kalau boyfriend saya bacakan time kitorang kawen nanti pun, konpem saye pun menangis terharu :')

    ReplyDelete
  2. alahaaaiiiii... touching gilerssss....

    ReplyDelete
  3. sweet kan.. Sya pon suke giLE puisi Zahiril nih. touching. hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan,, tu sy google, letak kat blog sendiri :D

      Delete
  4. testing td rasa dh komen T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee.. takpe kak.. komen2 byk kali, rina ok je :D

      Delete
  5. Replies
    1. aah skin, sweeet.. rasa nak kwen sekrang la.. hihihihi :P

      Delete