Followers

Saturday, 30 March 2013

Resepi : Murtabak Craker

Hi & Assalammualaikum..

Kali ni nak share resepi pulak..
Salah satu feveret sy..
Kak Faezah ajar makan benda ni.. HIHIHI!!~
Tapi, super duper nyummehhhh lah!! :D

ni lah murtabah cracker yg buat ku meleleh air liuq



Ok, kat bawah ni resepi nye..
Kot2 nak cuba kan..


Bahan-Bahan
600 gm daging cincang (saya guna yang ramly punya..)
3 ulas bawang putih }
2 cm halia } …. kisar/tumbuk
4-5 sudu makan rempah kari daging
(Gaul semua bahan di atas dan perap sebentar)
3 biji bawang besar (potong dadu)
3 sudu makan minyak
garam
Gula
Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang dadu hingga separuh layu. Masukan perapan daging tadi. Bubuh garam dan masak hingga daging kering sedikit. Bahagikan kepada 5 bahagian.

45 keping biskut krim kraker (saya guna jenama Hup Seng)
1 cawan santan
1 cawan susu cair
1 cawan air

Untuk hiasan lapisan :
secukup daun sup/ daun bawang (potong kecil2)
3 batang lada merah (dihiris)
3 batang lada hijau (dihiris)
150 gm keju parut (optional)
10 biji telur (bubuh sedikit garam, dikocok sedikit)

Cara:Siapkan loyang berukuran 8”x8”. Alaskan dasar loyang dan sekelilingnya dgn kertas kalis minyak (grease-proof) ataupun aluminium foil. Kemudian sapukan dgn mentega.

Satukan santan, susu cair dan air di dalam periuk dan panaskan di atas api. Ambil 9 keping biskut dan celupkan sebentar di dalam campuran santan/susu cair tadi. Jangan terlalu lama agar biskut tak terlalu lembik dan pecah. Setelah itu, susun biskut tadi ke dalam loyang hingga menjadi satu lapisan rata.

Taburkan satu bahagian daging dgn rata ke atas lapisan pertama biskut tadi. Bubuh sedikit lada merah, lada hijau, daun sup/bawang dan sedikit keju parut. Akhir sekali jiruskan sedikit telur rata-rata ke atasnya. Buatlah begini sehingga lapisan ke lima. Jiruskan lebihan telur rata-rata ke dalam lapisan biskut2 tadi. Biarkan sebentar (abt 5-10 minit) sebelum dibakar dalam oven dgn suhu 170 C selama kira-kira 40 minit. Biarkan ia sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang.


Credit : Blog Kak Faezah
Tenkiu kak.. Nanti nurul nak tempah tau tau tau.. :D

Love, Rina Ellisa

5 comments:

  1. wah.. nampak sedap... bydeway, follow u sini... suke bace entry pasal tunang and travel :)

    ReplyDelete
  2. nampak sedap dan paling penting mudah. ni kena try ni..hehe. :)

    ReplyDelete
  3. TERBAIK nurul..nnt blh kte bt demo...hehehhee

    ReplyDelete
  4. waaaaaaaaaaa..nmpk kesedapannya di situ..nk try jgk

    ReplyDelete
  5. okeh,nanti onie nak try jugakkkkkkkkk,lama dah tak masak memasak ni,heee

    ReplyDelete