Followers

Sunday, 30 June 2013

Wedding Eka Rusdan & Nizam Kassim - Part 2

Hi & Assalammualaikum..

Pepagi ahad dah bangun..
Tak breakfast, tak mandi lagi terus siapkan meja makan beradap..
Setting meja mana yang nak guna untuk hadiah, untuk guestbook, untuk candy buffet..
Bawak keluar kotak2 doorgift..
Briefing DJ utk cabutan bertuah utk orang2 penanggah..
Dah siap semua nya, baru iron baju family yang berbelas2 helainya.. Fuhhh Fuhh Fuhhh!!~

Pukul 11lebih dah siap santek2, terus get ready layan tetamu datang..
Tapi! Ada lagi keje kena buat.. Nenek request bunga fabrik untuk makcik2 ku.. Huwaaaa!!
Sempat bunga 5,6 kuntum je.. Nak banyak2, malas layan.. ^^

Meja makan beradap.. Simple je..

Guest book & candy buffet

Hasil keje pagi2 di bantu oleh pengapit ika..
Cupcake & coklat2 semua tu kawan ika buatkan..
So benda simple2 je untuk candy buffet ni..


Cantik sangat adik sy.. Macam princess :)
Sempat lagi snap2 gambar dengan dia..
Padahal husband dia dah call2 cakap dah nak sampai.. HUHUHU!!~

Pengantin lelaki siap kat rumah moksu..
Mak andam, photograper boleh pulak diaorang merempit naik moto pegi umah moksu.. HAHAHA!!~
Belasah jela korang.. Janji semua nya jalan lancar..


Lepas zohor pengantin dah berarak untuk bersanding..
Di iringi kompang.. Best, seronok!

Alkisah nye pengantin lelaki tertinggal tanjak, samping dan segala benda kat rumah.. Haru betol.. HAHAHA!!~
Belasah jela Nizam.. Asalkan bersanding.. :p
Kalau tak mesti lagi smart.. Serius!
Ika dah tunjuk gambar2 diaorang fitting baju..
Tapi sayang nye.. Time hari majlis boleh tertinggal..
Camtu la.. Kita merancang.. Tuhan yang menentukan..


Cantik nye adik sy.. :)


Pengantin lelaki dah kerut2 dahi sebab kena tol..
Mak2 sedara dah tunggu kat pintu gerbang nak kena tol..
Sudahnya, diaorang tak bawak apa2 sampul berisi wang.. HEKHEK!!~
Just for fun je tol2 ni.. :p

So sy datang menyelamatkan keadaaan.. Cewahhhhh!!!
Ika maintain senyum je.. Ape lah akak aku ni bebel2 ni..


Selamat dah bersanding atas pelamin..


 Makan beradap..


Tq kawan2 datang meriahkan majlis.. :)


Thanks myfiance :)
Ada sama2 untuk majlis ni..

Malam ika nikah tu, eshat keje malam..
So, siang dia wajib kena ada.. HIHIHI!!~
Setel je kenduri, kitaorang terus cabut pegi carwash cuci kereta.. HAHAHA!!~
Badge tu sy DIY je.. Jimat & puas hati.. :p


Family eshat pon datang..


Dan last gambar2 dari family lelaki..

Gambar kitaorang 1 family tak dapat di kesan ada kat handfone siapa..
Tunggu gambar2 ika siap nanti, baru boleh letak kat blog ni.. InsyaAllah..

Tak banyak gambar sy boleh snap..
Busy teramat-amat sangat..
Nad ajak bergambar pon, kena larik sini jap larik sana jap.. Sorry ek makcik!
Dah abeh kenduri semua, baru lah tuan rumah makan.. Dah petang2 baru rasa lapar..

Ni ada sikit gambar outdoor ika..
Ika ajak join dia shoot outdoor..
Sorry dik.. Akak kau dah tak terdaya.. Penat sangat2!! T___T



Nice gambar2 ni.. Tak caya kahwin dah adik ku.. :)

Alhamdullilah.. Selesai dah majlis kahwin Ika..
Semua nya berjalan lancar.. Cuma ada lah 2,3 benda yg kita tak dapat elak..
Tu semua dah di tentukan olehNya..

Terima kasih mak dengan semuanya mak buat untuk kitaorang adik beradik..
Mak dapat menantu dah.. Heeee!!!~ :)

Last sekali, terima kasih kat sedara mara yang tolong..
Dengan keringat tenaga untuk jayakan majlis kahwin ada saya..
Terlibat secara langsung & tak langsung..
Tuhan je dapat balas jasa baik semua..
Terima kasih..

To Ika & Nizam..
Selamat melayari bahtera rumah tangga adik2 ku.. Nizam, didik & bimbing lah ika ke jalan syurga.. Jaga & sayang ika macam mana kami sekeluarga jaga & sayang ika.. Takde apa yang dapat menyenangkan hati kami sekeluarga dengan melihat korang bahagia hingga hujung nyawa..  
Ika, takde apa yang berharga along boleh bagi untuk hari bahagia kau.. Hanya keringat tenaga & bantu mak dalam uruskan majlis kau.. Ingatlah, walau apa pon jadi, tetap berdiri lah di belakang suami kau.. Syurga kau bawah tapak suami dah.. Plz be a good wife, good menantu & be a good mommy for ur kids suatu hari nanti.. Jaga rumah tangga baik2, jaga tingkah laku, jaga semuanya.. 

Ok, kena stop menaip.. Makin menaip entry akhir, makin sebak.. Y___Y
Sy memang terasa sangat kehilangan adik bila ika dah kahwin..
Tapi, sayang dan kasih kami sekeluarga tak pernah hilang untuk kau Ka..
Semoga kekal ikatan ni hingga ke akhir hayat.. Amin.. Amin..
Cepat2 bagi Ameer, Areef & Ashiq geng.. hehehe.. 

Love, Rina Ellisa..

Saturday, 29 June 2013

Pemenang Cosmopolitan Hunks 2013 Event Tickets Giveaway..

Hi & Assalammualaikum..

Saje suka2 cuba join giveaway blogger..
Dan ni first time terpilih giveaway by blogger sis Liza Razak..
Excited & Happy! Weeeee!!! :D

Sis Liza open giveaway Monday, 25 June 2013..
Sy komen entry dia 26 June 2013 lepas naik cuti..
Nasib baik perasan dan sempat join.. :D




Jumaat 28 June 2013 dia umum kan pemenang & name sy terpilih.. Yeayyyyyyy!!!~
Happy oihhh.. HAHAHHAHA!!!~ :D


Email from sis Liza..
Berbunga2 hati.. :D
And ni first time nak jumpa sis Liza nanti..



Dan ni email dari Cosmopolitan..
Tinggal nak collect tix & pergi je..

Btw, thank so much Sis Liza bagi sy menang untuk tix ni.. :)

Love, Rina Ellisa

Friday, 28 June 2013

Wedding Eka Rusdan & Nizam Kassim - Part 1

Hi & Assalammualaikum..

Dengan sekali lafaz je ika sah dah jadi wife orang..
Sebak, sedih, happy dan macam2 lagi perasaan time tu..
Syukur Ya Allah dengan takdir & penentuan mu..
Kau sampai kan dulu jodoh utk adik ku..

Masa berjalan terlalu cepat.. Rombongan lelaki sampai, lepas tu rombongan tok kadi pon sampai..
Tapi makan mase jugak tok kadi bagi ceramah.. HEHEHHE!!~
Dalam setengah jam ade..


Adib adik lelaki sulung kitaorang yang wali kan Ika nikah malam tu..
Start dari Tok Kadi suh isik borak nikah tangan adib dah seram sejuk.. Macam lah dia nak nikah.. HAHAHA!!~
Masa duduk sebelah bakal abang ipar, baju belakang dia dah basah habeh sebab berpeluh..
Over tau Adib! HAHAHA!!

Dia takut tok kadi soal macam2 kat dia..
Padahal masa baca serah wali tu, tok kadi suruh selawat je..
Dia punya neves kalah Nizam.. :D

Tengok balik video Adib baca kan tu, sebak je rasa..
Tak sangka besar dah adik2 ku..
Dah ada tanggungjawab & tau tanggungjawab pada keluarga.. Syukur!
Time Adib baca tu pakai mic.. Sy duduk kat luar layan sedara mara sebelah arwah ayah..
Mak sedara tanya, Adib ke tu.. Time tu ya Allah.. Sebak sangat2.. Nak mengalir airmata dah.. Tahan je.. Y__Y


Saat akhir sebelum di ijab kabul..
Mula2 mak takde kat sebelah ika..
Tak lama lepas tu, ika panggil mak duduk sebelah..


Alhamdullilah, lebih kurang 920malam dengan sekali lafaz je.. Sah dah diaorang suami isteri.. Syukur! :D


Lapang rasa nya dada tengok Ika dah ade orang jaga.. :)


Pelamin DIY sendiri je..
Membazir kalau nak sewa..
Guna balik benda2 yang adik.. Jimat!


Bersama mak tercinta kami.. :)


Tak cukup ni kitaorang adik beradik..


Sempat je.. HUUHUUHU!!~

Lepas je nikah, salam2 sedara mara..
Terus naik pelamin utk berinai..
Meriah malam tu ada kompang, DJ.. Best best!!


Kawen dah adik sy.. :)


Sempat je kena panggil merenjis.. HEEE!!~
Tetiba tengah tengok ika bersanding, duk borak2 dengan sepupu sebelah arwah ayah..
Dia pegi bukak cerita pasal ayah, mau tak keluar airmata sy.. Y___Y
Tak pasal2 mengalir je airmata keluar.. HUHUHU!!~
Terus larik masuk dalam bilik pengantin nangis.. :p
Pastu jane masuk pujuk.. HEHEHE!!~

Ohyea! Jane datang malam ika nikah tu..
Dia dapat tengok ika nikah & berinai..
Sorry beb aku nangis depan kau.. Maluuuuuuuu!!! :P


Gambar kami sekeluarga..
Bertambah ahli keluarga.. Yeayyyy!!!
Cuma ayah tiri je takde.. Dia busy kat penanggah..

Malam tu mak & sedara mara yg lain tidur pukul 3,4 pagi stanby barang2 nak masak utk esok nya..
Malam tu sy sempat setel kan cucuk bungga manggar, balut hadiah cabutan bertuah..
Pastu terus tidur.. Zzzzzzzzzzzzz!!!~

Esok nye majlis bersanding pulak......

Love, Rina Ellisa

Thursday, 27 June 2013

Alhamdullilah Selesai..

Hi & Assalammualaikum..

Alhamdullilah selesai jugak majlis kahwin adik ku, Ika..
2minggu sebelum majlis family busy ke sana sini.. Terutama mak..
Mak lah orang yg paling busy.. Tak cukup tidur & macam2 benda kena pikir..
Kalau arwah ayah ada, mesti mak sesama dgn ayah tungkus lumus utk kerja kahwin ika ni.. SobssSobss..
Sy akan lari2 carik barang ape yg ika nak.. Sape tak sayang adik oi..
Tak kan la nak bagi dia kua lagi esok nak nikah dah.. HEEEE!!

Entry ni belum lagi nak share part2 masa wedding ika..
InsyaAllah next entry sy akan share..

Hari rabu (19 June) ika dah start cuti..
Siapkan jahit lace kat baju nikah & veil..
Siapkan hantaran & bilik pengantin..
Tunggu kat umah orang dtg pasang khemah, pasang pelamin..
Sy ari jumaat baru cuti..

Alhamdullilah majlis ni berjalan dengan lancar..
Cuaca ok tak hujan.. Cuma tengah musim jerebu je..
Makanan cukup..
Sedara mara yg betul2 ikhlas datang menolong..
Dan tak sah kalau takde sedara mara,jiran2 yg suka komplen tu ni..
Tension je..

Sy, mak & adik2 dah tungkus lumus utk majlis kahwin ika..
Kitaorang tau, walaupon arwah ayah takde sama2 dgn kitaorang utk majlis ni, kitaorang kena kuat & sama2 saling bantu membantu..
Bukan lah sy tak hargai titik peluh ayah tiri sama2 utk majlis ni, tapi jauh di sudut hati terasa sebak ayah takde sama2 dgn kitaorang.. Y___Y

Mungkin nasib kitaorang adik beradik rasa kan suasana persiapan & majlis kahwin tanpa ayah..
Korang beruntung masih ada ayah untuk hari bahagia korang nanti.. :(

Ok lah, takde ape dah nak di luahkan..
Apa pon, terima kasih byk2 sedara mara yg betol2 ikhlas tolong jayakan majlis adik ku..
Hanya tuhan je mampu balas jasa baik semua..
Mintak maap kalau ada terlebih terkurang sepanjang majlis berlangsung..
Next entry sy share gambar banyak2 sikit..

Pelamin adik sy :)

Love, Rina Ellisa

Friday, 21 June 2013

Jemputan Majlis Perkahwinan Eka Rusdan & Nizam Kassim..

Hi & Assalammualaikum..




Dengan penuh rasa kesyukuran sy menjemput kawan2 blogger untuk datang ke Majlis Perkahwinan adik sy Nur Atika Rusdan & pasangan nya Nizam Kassim pada 23 Jun 2013 di kediaman Atuk & Nenek sy Lot 366/2 Kampung Salak Tengah Sepang Selangor..

Semoga dengan kehadiran rakan rakan taulan dapat memeriahkan lagi majlis dan mendapat berkat dariNya.. InsyaAllah..



Kalau jumpa banner ni, betol la tu majlis adik sy.. Heee :)
Jemput datang ye kawan2..

Love, Rina Ellisa

Tuesday, 18 June 2013

Wedding Cousin Eshat..

Hi & Assalammualaikum..

Last weekend pegi kenduri cousin eshat (lelaki) kat KL..
Pepagi dah bangun. Sebab nak pegi awal..
Tak kan la majlis start kol 1130, 11pagi baru nak bangun siap2 semua..
So, pepagi ahad marathon bangun ramai2 pakai cantik2, makan lauk kenduri.. HIKS!

Sampai dewan awal..
Eshat bawak nenek ziarah orang meninggal..
Kebetulan pagi tu sedara sebelah pengantin perempuan meninggal..

Dah sampai awal, sempat la jugak pusing2 dewan tengok apa ada..
Cuci2 mata sikit.. :p


Pelamin yg simple & nice..
FYI, pelamin ni di pilih sendiri oleh cousin eshat tau.. Pandai dia pilih.. Citarasa terbaik!!
Lampu2 kat belakang pelamin tu boleh tukar2 colournye.. Kejap biru, kejap merah, kejap putih..


Pintu masuk..
Dewan ni sangat selesa.. Yang penting tak panas sebab ada aircond.. HUHUHU!!~


Dalam 12lebih pengantin pon sampai..
Pengantin lelaki segak & pengantin perempuan cantik.. :)



Baju pengantin macam princess sgt.. I like!!~


Potong kek..


Eshat sempat je merenjis-renjis..


Tugas rasmi gegurl aritu bagi doorgift..
Dari tenghari smpai petang la berdiri tepi pintu, hulur2 bagi tetamu doorgift.. Best!!~
Yg lagi best camera klikk klikkk je snap gambar kitaorg tgah busy2 bagi kat tetamu.. :D


Finally jumpa jugak Faten (FSIL)..
Selalu whatsap wechat je.. Kali ni dapat jumpa borak2.. :)
Hujung tahun pi Alor Setaq lagi.. Kenduri kawen sebelah Faten.. Yeayyyy!!


Time2 kenduri kendara ni la time nak kenal2 dgn family sebelah sana..
"yang ni abang iwan punya, yang tu eshat punya..." WEWEWEWE!!~
Malu malu malu.. ^^


Eshat ramai cousin lelaki dari perempuan..
Yg perempuan ada kakngah,baby (hujung sebelah kanan) & ada 1 2 lagi sy tak tau name.. :p
InsyaAllah soon akan bertambah la gegirl dalam family dia..


Bersama-sama cousin beliau..
Eshat sempat carik baju peach.. Sebab nak ikot tema kan..
Sy takde baju peach, dapat tudung oren ala-ala pon peach okey la..
Thank B beli kan tudung super gojes tu.. Dan nampak i lagi gojes.. Cewahhhhh!!! HAHAHA!!~


Special guest Zainal Abidin.. Sy kenal muka, tapi tak tau nama..
Tanya eshat, free2 kena sembur sebab tak tau nama.. HUHUHU!!~
Memula nak masuk pintu je, pakcik eshat (bapa pengantin) suka tak tau nak cakap camne..
Dia punya reaksi kawan dia datang tu, happy gile!! HAHAHA!!~
Dulu Zainal Abidin ni satu sekolah dgn pakcik eshat..

Dia nak balik, memasing tunggu depan pintu nak bergambar.. HUHUHU!!~


And last gambar family mesti ada.. Baru best buat kenangan kan..
Tak complete semua ni.. Atuk nenek takde, duduk kat luar..
Tahniah to u cousin.. Bride & groom yg comil!!

InsyaAllah lepas ni kenduri abg iwan (abg eshat), kenduri sepupu dia tunang, kawen..
Lepas tu kenduri kitaorang pulak..
Cant wait bebeh!!!~ :D

Love, Rina Ellisa

Thursday, 13 June 2013

My Deal : Handbag MNG..

Hi & Assalammualaikum..

Tengok dah website mydeal arini?
Ni ada beg MNG murah-murah..
Geramsss tengok!








Boleh nangis sekarang sebab semua beg-beg ni sy suka & idam!! Y___Y
Semua harga bawah RM100 ye..
Say no pada hangbag!!! Dah kena warning kan..
Haritu dah terbeli handbag untuk ghayer..
Pejam kan mata je la tengok yg ni.. HUWAAAAAA!!!

Love, Rina Ellisa