Followers

Thursday, 27 June 2013

Alhamdullilah Selesai..

Hi & Assalammualaikum..

Alhamdullilah selesai jugak majlis kahwin adik ku, Ika..
2minggu sebelum majlis family busy ke sana sini.. Terutama mak..
Mak lah orang yg paling busy.. Tak cukup tidur & macam2 benda kena pikir..
Kalau arwah ayah ada, mesti mak sesama dgn ayah tungkus lumus utk kerja kahwin ika ni.. SobssSobss..
Sy akan lari2 carik barang ape yg ika nak.. Sape tak sayang adik oi..
Tak kan la nak bagi dia kua lagi esok nak nikah dah.. HEEEE!!

Entry ni belum lagi nak share part2 masa wedding ika..
InsyaAllah next entry sy akan share..

Hari rabu (19 June) ika dah start cuti..
Siapkan jahit lace kat baju nikah & veil..
Siapkan hantaran & bilik pengantin..
Tunggu kat umah orang dtg pasang khemah, pasang pelamin..
Sy ari jumaat baru cuti..

Alhamdullilah majlis ni berjalan dengan lancar..
Cuaca ok tak hujan.. Cuma tengah musim jerebu je..
Makanan cukup..
Sedara mara yg betul2 ikhlas datang menolong..
Dan tak sah kalau takde sedara mara,jiran2 yg suka komplen tu ni..
Tension je..

Sy, mak & adik2 dah tungkus lumus utk majlis kahwin ika..
Kitaorang tau, walaupon arwah ayah takde sama2 dgn kitaorang utk majlis ni, kitaorang kena kuat & sama2 saling bantu membantu..
Bukan lah sy tak hargai titik peluh ayah tiri sama2 utk majlis ni, tapi jauh di sudut hati terasa sebak ayah takde sama2 dgn kitaorang.. Y___Y

Mungkin nasib kitaorang adik beradik rasa kan suasana persiapan & majlis kahwin tanpa ayah..
Korang beruntung masih ada ayah untuk hari bahagia korang nanti.. :(

Ok lah, takde ape dah nak di luahkan..
Apa pon, terima kasih byk2 sedara mara yg betol2 ikhlas tolong jayakan majlis adik ku..
Hanya tuhan je mampu balas jasa baik semua..
Mintak maap kalau ada terlebih terkurang sepanjang majlis berlangsung..
Next entry sy share gambar banyak2 sikit..

Pelamin adik sy :)

Love, Rina Ellisa

1 comment:

  1. Cepat cepat update makcik ! Hikhik.
    Ala tamo sedih sedih ok.
    Masa awak kawen inshaAllah kita ada. ^_^v

    ReplyDelete