Followers

Sunday, 30 June 2013

Wedding Eka Rusdan & Nizam Kassim - Part 2

Hi & Assalammualaikum..

Pepagi ahad dah bangun..
Tak breakfast, tak mandi lagi terus siapkan meja makan beradap..
Setting meja mana yang nak guna untuk hadiah, untuk guestbook, untuk candy buffet..
Bawak keluar kotak2 doorgift..
Briefing DJ utk cabutan bertuah utk orang2 penanggah..
Dah siap semua nya, baru iron baju family yang berbelas2 helainya.. Fuhhh Fuhh Fuhhh!!~

Pukul 11lebih dah siap santek2, terus get ready layan tetamu datang..
Tapi! Ada lagi keje kena buat.. Nenek request bunga fabrik untuk makcik2 ku.. Huwaaaa!!
Sempat bunga 5,6 kuntum je.. Nak banyak2, malas layan.. ^^

Meja makan beradap.. Simple je..

Guest book & candy buffet

Hasil keje pagi2 di bantu oleh pengapit ika..
Cupcake & coklat2 semua tu kawan ika buatkan..
So benda simple2 je untuk candy buffet ni..


Cantik sangat adik sy.. Macam princess :)
Sempat lagi snap2 gambar dengan dia..
Padahal husband dia dah call2 cakap dah nak sampai.. HUHUHU!!~

Pengantin lelaki siap kat rumah moksu..
Mak andam, photograper boleh pulak diaorang merempit naik moto pegi umah moksu.. HAHAHA!!~
Belasah jela korang.. Janji semua nya jalan lancar..


Lepas zohor pengantin dah berarak untuk bersanding..
Di iringi kompang.. Best, seronok!

Alkisah nye pengantin lelaki tertinggal tanjak, samping dan segala benda kat rumah.. Haru betol.. HAHAHA!!~
Belasah jela Nizam.. Asalkan bersanding.. :p
Kalau tak mesti lagi smart.. Serius!
Ika dah tunjuk gambar2 diaorang fitting baju..
Tapi sayang nye.. Time hari majlis boleh tertinggal..
Camtu la.. Kita merancang.. Tuhan yang menentukan..


Cantik nye adik sy.. :)


Pengantin lelaki dah kerut2 dahi sebab kena tol..
Mak2 sedara dah tunggu kat pintu gerbang nak kena tol..
Sudahnya, diaorang tak bawak apa2 sampul berisi wang.. HEKHEK!!~
Just for fun je tol2 ni.. :p

So sy datang menyelamatkan keadaaan.. Cewahhhhh!!!
Ika maintain senyum je.. Ape lah akak aku ni bebel2 ni..


Selamat dah bersanding atas pelamin..


 Makan beradap..


Tq kawan2 datang meriahkan majlis.. :)


Thanks myfiance :)
Ada sama2 untuk majlis ni..

Malam ika nikah tu, eshat keje malam..
So, siang dia wajib kena ada.. HIHIHI!!~
Setel je kenduri, kitaorang terus cabut pegi carwash cuci kereta.. HAHAHA!!~
Badge tu sy DIY je.. Jimat & puas hati.. :p


Family eshat pon datang..


Dan last gambar2 dari family lelaki..

Gambar kitaorang 1 family tak dapat di kesan ada kat handfone siapa..
Tunggu gambar2 ika siap nanti, baru boleh letak kat blog ni.. InsyaAllah..

Tak banyak gambar sy boleh snap..
Busy teramat-amat sangat..
Nad ajak bergambar pon, kena larik sini jap larik sana jap.. Sorry ek makcik!
Dah abeh kenduri semua, baru lah tuan rumah makan.. Dah petang2 baru rasa lapar..

Ni ada sikit gambar outdoor ika..
Ika ajak join dia shoot outdoor..
Sorry dik.. Akak kau dah tak terdaya.. Penat sangat2!! T___T



Nice gambar2 ni.. Tak caya kahwin dah adik ku.. :)

Alhamdullilah.. Selesai dah majlis kahwin Ika..
Semua nya berjalan lancar.. Cuma ada lah 2,3 benda yg kita tak dapat elak..
Tu semua dah di tentukan olehNya..

Terima kasih mak dengan semuanya mak buat untuk kitaorang adik beradik..
Mak dapat menantu dah.. Heeee!!!~ :)

Last sekali, terima kasih kat sedara mara yang tolong..
Dengan keringat tenaga untuk jayakan majlis kahwin ada saya..
Terlibat secara langsung & tak langsung..
Tuhan je dapat balas jasa baik semua..
Terima kasih..

To Ika & Nizam..
Selamat melayari bahtera rumah tangga adik2 ku.. Nizam, didik & bimbing lah ika ke jalan syurga.. Jaga & sayang ika macam mana kami sekeluarga jaga & sayang ika.. Takde apa yang dapat menyenangkan hati kami sekeluarga dengan melihat korang bahagia hingga hujung nyawa..  
Ika, takde apa yang berharga along boleh bagi untuk hari bahagia kau.. Hanya keringat tenaga & bantu mak dalam uruskan majlis kau.. Ingatlah, walau apa pon jadi, tetap berdiri lah di belakang suami kau.. Syurga kau bawah tapak suami dah.. Plz be a good wife, good menantu & be a good mommy for ur kids suatu hari nanti.. Jaga rumah tangga baik2, jaga tingkah laku, jaga semuanya.. 

Ok, kena stop menaip.. Makin menaip entry akhir, makin sebak.. Y___Y
Sy memang terasa sangat kehilangan adik bila ika dah kahwin..
Tapi, sayang dan kasih kami sekeluarga tak pernah hilang untuk kau Ka..
Semoga kekal ikatan ni hingga ke akhir hayat.. Amin.. Amin..
Cepat2 bagi Ameer, Areef & Ashiq geng.. hehehe.. 

Love, Rina Ellisa..

4 comments:

  1. Haa kita yang baca pulak bergenang genang air mata. Tulah kejap je. Tak sangka Ika dah kawen weh. Huwaaa. Y____Y

    Pasal nak culik awak snap gambar tu takpelah makcik. Dah nama pon awak bizi. Hiksss. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. :(

      apa pon, kita tetap kena teruskan kehidupan.. :)

      thanks makcik paham kita..

      Delete
    2. kita pun ngess....huhhh~ batal pulak pose bce nih..hihi :')

      Delete
    3. hehehe..

      haipp jgn nangis :)

      Delete