Followers

Tuesday, 16 July 2013

Program Amal, Baju Raya Project.

Hi & Assalammualaikum..



Ada baju-baju kurung, baju melayu & tudung yang dah tak pakai?
Ada satu cara kita boleh salur kan pada yg memerlukan..
Tapi make sure baju-baju tu bersih & masih elok untuk di pakai..
Team Baju Raya Project akan collect baju-baju semua kat satu tempat..
So kita boleh turun padang bagi baju-baju yang ada..

Semalam balik keje, sy dah asingkan sikit-sikit baju,tudung yang nenek simpan..
Nenek sy sangat sayangkan baju-baju kurung yang masih elok ye..
Tu yang kalau asik beli baju je, dia akan marah & bebel..
Dia cakap, baju dah banyak, nak beli lagi baju buat apa.. HIHIHI!!~
Semalam dah bagitau dia nak kumpulkan.. Lepas tu nak sedekah kat orang, nenek kata OK.. :)

Punggah2 balik baju, dapat dua plastik besar..
Jumpa balik baju raya masa kecik-kecik dulu.. HEEE!!~

InsyaAllah sebelum hari ahad ni, akan di kumpulkan baju-baju kurung,tudung yang ada untuk di donate..
Sesape pernah dengar team Baju Raya Project on air kat Radio Era, diaorang dah hebahkan program amal ni..
Amek inisiatif ni untuk beramal & bersedekah di bulan puasa ni tau.. :)

INFO :-
Kutipan besar-besaran bagi warga Bangi, Serdang, Putrajaya akan di adakan di Masjid UPM pada 21 Julai 2013, 11.00pagi - 1.00 tengahari
Maklumat lanjut FB : Baju Raya Project..
Twitter : Baju Raya Project..

Jumpa kat sana nanti.. InsyaAllah..

Love, Rina Ellisa

2 comments:

  1. akak pun byk baju lama tapi nak basuh alahai malasnya huhu

    ReplyDelete