Followers

Wednesday, 28 August 2013

Cuka Hilangkan Tahi Lalat Pada Tudung.

Hi & Assalammualaikum..




Raya haritu nak pakai la tudung tunang warna kuning lace biru ni..
Tau tau je bertahi lalat!!! Y___Y
Terus google camne nak hilang kan tahi lalat tu..

Taip je "cara nak hilangkan tahi lalat pada baju", macam2 review keluar..
Ada review guna kan cuka..
Tapi ada yang berjaya ada yang tak..

Cubaan Pertama..
Letak cuka 3 titik, air 1 baldi kecik & rendam 1 malam..
TAK BERJAYA!!!

Cubaan Kedua..
Letak cuka 1 cawan, air 1 baldi kecik & rendam 1 malam..
Bangun esok pagi, tengok tahi lalat tu dah hilang..
YEAYYY BERJAYA!!!

Cara nya :-
1) Amek cuka 1 cawan..
2) Air 1 baldi
3) Kacau cuka & air bagi rata..
4) Rendam tudung/baju.. Biarkan 1 malam..
5) Bilas tudung & jemur bawah cahaya matahari..

Ada yang review tak menjadi guna cuka ni..
Ada yang review, baju yang dah lama bertahi lalat memang susah sikit nak hilang..
Ye, sy cuba rendam kain telekung, memang tak hilang la.. Y___Y

Cuka sebotol kecik ni RM1.90..
Boleh dapat 2 cawan je..

Selamat mencuba menghilangkan tahi lalat!

Love, Rina Ellisa

No comments:

Post a Comment