Followers

Friday, 27 December 2013

Tutorial : Bunga Rose Felt.

Hi & Assalammualaikum..

Next tutorial Bunga Rose Felt..
Senang je buat..
Kalau google, macam-macam tutorial ada..
Sy cedok sikit-sikit je idea..
Lepas tu buat ikot citarasa sendiri.. :p


Bahan yang kena ada :-

1) Kain Felt Merah (Untuk Bunga Rose)
2) Kain Felt Hijau (Untuk Daun)
3) Pearl 
4) Pin
5) Gunting


Kain felt potong ukuran 12cm X 8cm


Mula kan gunting dengan bentuk macam gambar kat atas..
Kena buat tajam sikit mula-mula tu..
Nanti senang nak buat kelopak yg first..


Lepas tu gunting melingkar segi empat sampai abis..


Orter sudut segi empat jadi kan bulat..
Nanti kelopak jadi cantik sikit..


Gam sikit kat muncung yg memula gunting tadi..


Gulung jadi bulat..


Nampak sikit dah kelopak bunga..
Terus kan gulung..


Dah jadi kelopak bunga..
Last sekali gam kan..
Tapi agak2 macm longgar gulungan tu, gam sikit..
Gam jangan letak banyak-banyak..
Nanti jadi tak cantik..

Sy try buat setiap gulung letak gam, jadi comot.. Y__Y


Taraaaaaa dah siap bunga rose..


Amek kain felt hijau buat bentuk daun..
Saiz agak-agak la nak besar mana pon..
Jangan kecik sangat, nanti tak nampak..


Gam kat bahagian belakang bunga rose yg dah siap tadi..
Bahagian belakang bunga, lapik dengan kain felt bentuk bulat..
Biar tertutup sikit gulungan bunga tadi..
Nampak kemas sikit..


Letak pin..


Ni bahagian depan..


Kalau nampak macam kosong sangat, letak pearl sebutir atas kelopak bunga tu..
Dan siap! =D

Selamat mencuba..

Love, Rina Ellisa

2 comments: