Followers

Sunday, 15 December 2013

Wedding Preparation : Henna

Hi & Assalammualaikum..

Inai untuk wedding nanti, dah termasuk sekali dengan pakej make up Kak Huda (my MUA)..
Dia bagi FOC je untuk henna..
Sebab sy amek service make up dia untuk nikah, sanding & bertandang..
Jimat & tak yah pening2 kepala dah nak carik2 henna lagi..
Setel satu lagi checklist!
Yeyyyy!!

Jadi, saje lah survey ukiran inai yang da vass da bomm.. HIKS!!~
Lets cikidauttttt!


Farah AF2


Ayu wife Tomok


Elyana


Scha Alyahya


Scha Alyahya


Irma Hasmie


Leuniey


Ayu Raudhah


Eira Syazira


Ella


Abby Abadi


Liyana Jasmay

Santek-santek da vass kan retis2 punya henna..
Opcoz la diaorang amek yg profesional punya..

Sy punya biasa-biasa je..
Bab2 inai ni sy tak kesah pon macam mana..
Kalau pakai inai daun pon cukup dah..
Tak yah ukir2 pon takpe..

Tapi, tu lah..
Dah tengok gambar2 kat atas ni, rasa nak ukir inai pulak.. HIKS!!~
Sebab cantik nyeeee ^^

Gambar kat bawah ni yg sy berkenan corak nye..
Simple je..


Cantek ukir inai kat tapak tangan ni..



Yang ni pon simple je..

Ni ada info pasal henna/inai..
Sila la baca kalau rajin.. HEHE!!~

Tips pemakaian Inai
1. Warna Inai Mengikut Kulit
Tahukah anda bahawa warna inai bergantung kepada jenis kulit dan suhu badan si pemakainya. Kalau pemakainya berkulit putih melepak, warna inai akan menjadi jingga bercampur kemerahan. Kalau pemakainya berkulit kuning langsat, maka warna inai akan cenderung menjadi lebih gelap. Jika pemakainya memiliki kulit hitam-hitam si tampuk manggis, warna inai akan menjadi merah seperti darah beku atau merah hati.

2. Memiliki Warna Inai yang Kekal
Bayangkan anda telah memakai inai dan berharap hasilnya membanggakan tetapi yang anda dapat hanya warnanya yang pudar.Tentu kecewa. Aturkan cara pemakaian inai yang betul. Sebelum memakai inai, pastikan jari jemari anada bersih dari cela dan kekotoran. Selepas inai sudah kering, elakkan daripada mencuci dengan air sebaliknya pilih sapuan minyak bayi. Jangan pula merendam tangan di dalam sabun atau peluntur. Itu juga memudarkan warna inai.

3. Waktu yang sesuai.
Biasanya inai dipakai beberapa hari sebelum majlis perkahwinan. Sebab itu adat melayu mengkhususkan malam berinai. Pastikan memakai inai 2-3 hari sebelum hari bahagia anda. Jangan pakai inai terlalu singkat kerana ianai mengambil masa untuk kering dan tampak emerahan. Sekurang-kurang 2 jam, masa yang minimum untuk pemakaian inai.

4. Teknik Menanggalkan Inai
Jangan membuka inai dengan kasar, sebaliknya kopek secara perlahan-lahan. Jika masih melekat, gunakan tisu kering. Lapkan dengan tisu atau tuala dengan hanya menekan di tempat pemakaian inai. Jangan pula kosong terlalu kuat kerana takut inai itu pudar. Teknik ini digunakan untuk bakal pengantin yang merias corak inai di tangannya.

5. Memilih teknik tradisional
Ini pengantin lebih senang memakai inai tiub. Namun kembali kepada teknik tradisional juga boleh mendapatkan hasil inai yang cantik. Ambil daun inai dan jemur sehingga kering. Tumbuk sehingga hancur dan lumat bersama gambir, arang dan nasi (untuk membuat inai melakat di jari). Gumalkan campuran tersebut mengikut bentuk jari anda. Pemakaian inai ini memerlukan masa semalaman. Tetapi hasilnya memang mengagumkan!


sumber : SINI



Macam mana la Kak Huda buat kan henna untuk hari bahagia sy nanti.. 
Lalalala!!~ ^^

Love, Rina Ellisa

No comments:

Post a Comment