Followers

Sunday, 5 January 2014

Sweet Sour 2013

Hi & Assalammualaikum..

Nak recall balik sweet sour sepanjang tahun 2013..
WUUUUUU!!~
Meh tengok apa yang best, ape yang tak best 2013..

Jan-Feb 2013 bulan yang sibuk uruskan persiapan tunang..
Lebih kurang 5bulan jugak buat preparation..
Kehulur kehilir mencarik barang kat Nilai 3, KL..
Google DIY, tutorial semua,..
Nak berjimat semua lah..
Lepas tu kisah baju tunang impian tak dapat lah..
Macam-macam hal sebelum tunang tu.. WUUUU!!~
Akhirnya, 3 March 2013 sy dan eshat bertunang..
Happy gilerrrrrrrr~
Tak pernah terlintas pon nak tunang dengan Eshat..
Dan pernah cakap dulu kat eshat, "Walau apa pon jadi, ko tetap kawan aku babe"
Last-last jatuh hati gak kat dia.. HAHAHA!!~

Di sebabkan kitaorang berdua tak pergi lagi kursus kahwin, kena lah pergi..
Lepas tunang terus carik date..
Sebab time ni dah dengar ura ura nak tukar silibus dah..
Nak jadikan kursus seminggu..
Beramai-ramai lah kawan2 eshat pergi kursus kahwin..
Sebab taknak pergi yang seminggu punya..



First time celebrated birthday eshat dengan family dia..
Nak buat suprise birthday tak menjadi pulak.. 
Memula plan dah cantik semua lah..
Dah nak sampai kat table, kantoii pulakkkk.. HAHAHA!!~
Terus macam jadi tak jadik je suprise nye.. :p

Jun 2013, Ika adik bawah sy kahwin..
First time nak buat kenduri kahwin dalam family..
Takot-takot jugak kalau jadi pape je..
Alhamdullilah semua nya selesai..
Sekarang tunggu #futureniece je nak keluar..
Yeyyyyy tak sabarrrr!!!~

Iftar Rumah Future FFIL, 21.7.2013



Berbuka puasa kat umah abah..
Nebes tau nak jumpa first time future father in law time tu.. HUHUHU!!~
Jumpa family sebelah abah eshat untuk kali pertama nye jugak..
Baru kena suruh buat air dah mengelabah..
Belum kena masak lagi..


HAHAHAHA!!~



Last raya bujang & raya bersama myfamily..
Mana tau lepas2 ni kena raya sebelah husband je.. WUHUHU!!~
Raya time tu rasa kurang seronok dah..
Sebab ika dah start raya sebelah suami dia..

Suprise Birthday Rina Ellisa, 22.9.2013



Kena birthday suprise dengan Eshat, Fiza, Jijie & the geng..
Last sambut birthday bujang..
Lepas ni celebrate dengan suami pulak.. HIKHOKKK!!~
Dan yang best, dapat hadiah kasut kahwin eshat bagi.. KIHKIH!!~ :p
Tq babe..

Nov 2013 Andung tak berapa sihat.. :(
Patut lah dah lama dia tak telefon sy..
Selalu hari ahad pagi2 dia akan call..
Tension je kacau orang tido pagi2.. HAHAHA!!~
Kalau family tak sihat ni, susah hati sangat-sangat..
Alhamdullilah sekarang andung dah sihat sikit..
Ya Allah, lindungi lah ahli keluarga ku..
Semoga mereka dalam jagaan mu selalu..
Amin Ya Rabb..

Kawasaki Ninja, 8.11.2013



Macam nak gugur jugak jantung tetiba eshat nak beli motor ni..
Ingat kan dia main-main nak beli..
Means, macam lambat lagi ke baru keluar motor ni..
Sekali, berapa bulan je lagi pon kitaorang nak kawen..
Duit tentu-tentu lah nak guna banyak..
Tapi, nak buat macam mana..
Benda dah ada depan mata pon..
Sy nak halang sudah tiada guna..
HUKHUKHUK!!~
Redho jela..

Wedding Abang Iwan, 22.11.2013



Hujung tahun pergi kedah..
Abang Iwan (abang eshat) kahwin..
First time jugak rasa makan nasi royal Alor Setar..
Serius sedap gilerrrrr~
Sampai mencarik carik balik KL..


Selang seminggu majlis bertandang kat Putrajaya pulak..
Alhamdulliah kedua dua majlis selesai..
Lepas ni turn kitaorang pulak..
HEHEHEH!!~



Dah alang-alang pergi kedah, family eshat terus plan nak masuk langkawi..
First time naik feri mabuk..
HAHAHA!!~
Serius seriau nak feri dari Kuala Kedah ke Langkawi..
Nak balik ke Kuala Kedah jadi fobia.. HAHAHA!!~
Nasib baik balik tu feri ok je..

Tahun 2013 langsung takde travel mana-mana naik flight..
Semua budget kena sekat sebab nak kawen..
Memang pejam mata je tengok orang berjalan sana sini.. 
Sedih.. Y___Y
Tapi takpe..
Lepas2 kenduri nanti kita gi travel naik flight ye eshat.. 
HIHIHI!!~

Wedding & Engagement Day 2013



Kawan-kawan sy..



Kawan-kawan Eshat..

Tahun 2013 pon banyak wedding kawan-kawan yg kitaorang sempat pegi..
Mana yang tak dapat datang tu, mintak maap banyak-banyak..
Seronok tengok kawan-kawan dah kahwin..
=D

24 Sept 2013




Rezeki untuk tahun 2013, sy dapat naik gred jawatan..
Dapat surat selang sehari lepas birthday..
Ya Allah, rasa bersyukur sangat-sangat..
Rezeki nak kahwin.. =D

Nov Dec pon dah sibuk-sibuk buat preparation kahwin semua..
Part paling mencabar bila kita cuba fight nak kan yg terbaik utk majlis kita ni..
WUUHUU!!~

Tahun 2013 terlalu banyak kenangan manis untuk sy lupa kan..
Kenangan pahit pon biarlah jadi sejarah hidup sy jugak..
Tak best lah hidup kalau takde pahit manis.. WUUU!!~
InsyaAllah 2014, menjadi tahun yang lagi bermakna untuk sy..
InsyaAllah~
=D

Love, Rina Ellisa

No comments:

Post a Comment