Followers

Saturday, 25 January 2014

Wedding Preparation : DIY Fridge Magnet

Hi & Assalammualaikum..

Google carik DIY fridge magnet, terus jumpa kat blog cujen..
Jenuh ni baca semua komen-komen dia sebab nak tahu magnet sheet tu mana nak dapat..
Kalau nak beli, dekat Daiso ada..
RM5 je sekeping..

Dah dapat beli magnet sheet, next step kena design fridge magnet pulak..
Kena pikir tema, colour & text apa nak letak..


Final draft yang ni..
Macam-macam design ada..
Orter sini sana sikit, last sekali baru puas hati dengan design yang ni..
Design ni pon google je & edit sikit-skit je..


Gunting, design, magnet sheet, liminate film semua dah ada..
Jom start DIY fridge magnet ni..
Simple je buat benda ni..


Step by step sy tak ambik gambar..
Sebab buat benda ni sangkut-sangkut..
Hari ni design, sok lusa print, lepas tu liminate.
Kat rumah lekatkan design yang dah liminate tu pada magnet sheet..

Sy bagitau jugak la step.. Tapi gambar takde la tau..
1) Design layout, colour & text macam mana kita nak
2) Print final design
3) Gunting & Liminate design
4) Gunting ceraikan satu satu design
5) Last sekali lekat kan fridge magnet yang dah siap di gunting semua pada magnet sheet

Magnet sheet dah ada siap-siap double tape kat belakang..
Senang tak susah payah nak letak gam semua..
Double tape nye boleh tahan kuat jugak..





Taraaa dah siap..
Dah siap lekat kan pada magnet sheet, bentuk kan lah hujung nak buat macam mana..
Macam sy buat 4 segi.. Senang sikit nak bentuk..
Nak biarkan 4 segi ke, nak buat bucu sikit ke.. 
Terpulang pada cara masing-masing..

Selamat mencuba! =D

Love, Rina Ellisa

No comments:

Post a Comment