Followers

Thursday, 27 February 2014

#01-Journey Braces Izatul Masitah : Daftar Kakcik Braces.

Hi & Assalammualaikum..

21 Feb 2014 (Fri), Klinik Pergigian Salak

Dah alang2 sy pergi HIV test, terus daftar kan kakcik pakai braces..
Bila sy offer nak pakai braces ke tak, seronok betul dia..
HUHUHU!!~

Gigi kakcik belah atas agak kedepan jugak la..
Rasa serba salah pulak biar kan gigi dia macam tu.. Y__Y
Nanti dia dah besar malu nak bercakap dengan orang, malu nak jumpa orang..
Sian adik ku.. :(
Jadi, daftar kan dia buat braces..

Kalau buat kat klinik kerajaan, free je untuk budak sekolah..
Tapi kena ada surat daripada sekolah la..


Register isi borang gigi warna hijau tu..
Bagi surat sekolah semua, setel!
Tunggu no giliran untuk jumpa doctor..


Ceria betul la wallpaper dalam bilik doctor ni..
Tarik perhatian budak2 lattuw..
Biar rajin2 jumpa doctor gigi..
HUHUHU!!~ :p

Doc check semua, lagi 2 minggu datang untuk cuci lagi..
Kalau dalam macam 2 minggu ni gigi kakcik ok bersih je, doc terus refer klinik untuk pasang braces..
Sebenarnya ni bukan doctor.. Dia adalah nurse je..
Beriya-iya lah sy panggil dia doc..
Nasib baik dia cakap dia nurse..
Patut lah beriya-iya tanya pasal braces sy..
WUUUUUU!!~

Masa nurse cuci gigi kakcik, berdarah2..
Sy pulak yang ngilu tengok.. --'
Nurse pesan tiap2 malam sebelum tido kena kumuh dengan air garam..
Bagi gusi kecut ke apa tah..

Untuk pasang braces bukan dekat klinik salak ni..
Haritu sy call nak dapat kan info sebelum datang nak register..
Diaorang cakap register & check je dekat sini..
Pasang braces kena pergi klinik lain..
Ada dua klinik..
Tapi sy tak ingat pulak..

Takpe, nanti tunggu second appoinment..
Baru tau kakcik kena pakai braces kat mana..
Semangat dah kakcik nak pakai cepat-cepat tu..
HIHIHIH!!~


Eshat dah ketagih main game fun run ni..
Dengan sy sekali dah terjebak dolod..
HUHUHU!!~




Kad appoinment braces kakcik..
7 Mac 2014 jumpa doctor lagi..

Love, Rina Ellisa

No comments:

Post a Comment