Followers

Saturday, 1 February 2014

Wedding Preparation : Prosedur Pendaftaran Nikah Negeri Selangor.

Hi & Assalammualaikum..

30 Jan 2014, Thursday

Dah nak masuk February ni, sy dah start pikir kan pasal borang nikah..
Taknak kelam kabut buat last-last minute nanti..
Mana boleh setel awal, setel kan..

Call la Pejabat Agama Islam Daerah Sepang..
Staff yang angkat tak mesra alam! Tak suke!! --'
Sy nak tanye borang nikah yang isi online tu macam mana nak buat semua..
Result ujian HIV valid berapa lama semua..
Nak tanye banyak-banyak pon malas kalau dah macam tu gaya nye..
Last2 masuk laman web je senang..
Semua keluar.. 
Macam-macam ada..

Sy copy je mana benda yang penting utk di rujuk nanti..



Prosedur permohonan perkahwinan (Lelaki)


Prosedur permohonan perkahwinan (Perempuan)


PROSEDUR PERMOHONAN NIKAH PEREMPUAN 


1. HADIR KURSUS PRA PERKAHWINAN
2. DAPATKAN BORANG 2C DAN 2D DENGAN MENGISI PERMOHONAN SECARA ONLINE DI ALAMAT://http.ncr.jais.gov.my
3. DAPATKAN BORANG PEMERIKSAAN UJIAN DARAH/ HIV DARI KLINIK KESIHATAN KERAJAAN YANG BERHAMPIRAN.
4. LENGKAPKAN BORANG DAN LAMPIRKAN DOKUMEN SOKONGAN. (2 BULAN SEBELUM AKAD NIKAH)
5. DAPATKAN PENGESAHAN DARI PENOLONG PENDAFTAR NIKAH(PPN) QARIAH.
6. DAPATKAN KEBENARAN NIKAH DARI PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH.
7. SERAHKAN KEBENARAN BERKAHWIN KEPADA PPN QARIAH.)
8. AKAD NIKAH DIJALANKAN.
9. AMBIL SURAT PERAKUAN NIKAH DI JAIS/ PAID.


Susunan Wali Perempuan yang sah mengikut Hukum Syara' adalah seperti Berikut :-

1. Bapa Kandung.
2. Datuk Sebelah Bapa Ke Atas.
3. Adik Beradik Lelaki Seibu-sebapa.
4. Adik Beradik Lelaki Sebapa.
5. Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa.
6. Anak Saudara Lelaki Sebapa.
7. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa.
8. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Sebapa.
9. Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa.
10. Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa.
11. Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya.
12. Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya.
13. Moyang Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Moyangnya.
14. Moyang Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Moyangnya.
15. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa (Sepupu lelaki).
16. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa (Sepupu lelaki).
17. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa.
18. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa.
19. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya.
20. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya.
21. Wali Hakim.


DOKUMEN YANG DIPERLUKAN 


# SALINAN KAD PENGENALAN/ PASSPORT (Jika pemohon warganegara asing).
# SALINAN KAD PENGENALAN/ PASSPORT 2 ORANG SAKSI (Jika warganegara asing)
# SALINAN SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN (Diiktiraf oleh JAKIM/ JAIS/ JAWI/ JAIN).
# KEPUTUSAN UJIAN SARINGAN HIV 
# SALINAN BORANG PERMOHONAN 2C.(Jika pemohon nikah luar daerah/ Negeri/ Negara).
# SURAT PENGESAHAN MASTAUTIN PEMOHON DARI PENGHULU/ KETUA KAMPUNG/ NAZIR MASJID/ 
PENGERUSI JKKK, PENGERUSI J/K PENDUDUK TAMAN PERUMAHAN
# BORANG KELULUSAN BERKAHWIN/ SURAT KEBENARAN BERKAHWIN BAGI LELAKI.
# SURAT PERAKUAN/ PENGESAHAN/ AKUAN SUMPAH NIKAH IBU BAPA. (Jika perempuan anak sulung atau wali adalah abang lelaki yang sulung)
# SURAT WAKALAH (Jika wali tidak dapat hadir semasa akad nikah).
# SURAT PERAKUAN/ AKUAN SUMPAH KEMATIAN WALI (BAPA)
# SURAT ATAU KAD PERAKUAN ISLAM DAN SALINANNYA. (Jika pemohon Saudara Baru)
# SURAT KELULUSAN DARI KAGAT/ PDRM. (Jika pemohon anggota Tentera/ Polis).
# SURAT PERAKUAN CERAI/ KEMATIAN PASANGAN DABN SALINANNYA.(Jika pemohon Janda)
# SURAT KEBENARAN BERKAHWIN DARIPADA KONSULAT ATAU KEDUTAAN DAN IMIGRESEN. (Jika warganegara asing).


Info yg sy dapat dari staff yg sy call tu :-
- Borang nikah isi online * isi online & print
- Ujian HIV valid 6 bulan dari tarikh nikah
- Borang dah siap isi bawak jumpa Ustaz Ambia (Penolong Pendaftar Nikah kawasan Salak Tinggi)
- Bawak sekali wali & 2 saksi bila jumpa Ustaz Ambia nanti..

Ni contact Pejabat Agama Daerah Sepang :-
Pejabat Agama Islam Daerah
Sepang Bandar Baru Salak Tinggi,
43900 Sepang, Selangor D. Ehsan.
Tel No : 03-87061918 atau 1617

Berapa bulan sebelum nikah untuk proses borang-borang nikah ni semua?
Blurr & Konpius laaaa! 
--'

Credit : www.jais.gov.my

Love, Rina Ellisa

7 comments:

  1. bgusnye entry ni......hehe..incik tunang sy org selangor jgk..tp kami blom buat lg prosedur2 ni..bln dpn bru nk wat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. Rina rasa March nanti baru pulun nak siap kan semua..

      Delete
  2. http://yoko404.blogspot.com/ thank,,, visit back ya :D

    ReplyDelete
  3. masa kite nak menikah dulu, pening kepala kita nak uruskan borang2 nikah ni.......alhamdulillah dah lepas da semua nieee... tak nak hadap lagi... haaaaaa....... selamat membuat persiapan ye darling! =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ezma dah lepas smua nya.. Turn sy pulak sekarang.. Heeee.. :p

      Thanks Ezma! =D

      Delete
  4. saila masa nak nikah dulu, pasal borang nikah la paaaaaling susah nak faham..hahaha..last2 follow the flow je..tak refer info dah..rupanya mudah je compare tgk info..sabarr jelah..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa yke..
      tu la sekarang pon dah pening2 lalat ni.. Y___Y
      hehehe..

      Delete