Followers

Monday, 17 March 2014

Wedding Preparation : Pearl GM Klang.

Hi & Assalammualaikum..

9 March 2014 (Sun), GM Klang

Bercinta jugak nak pergi GM klang ni..
Bila dah plan nak pergi, mesti tak jadi.. Y__Y
Haritu dapat pon pergi..
Sebab dah kesuntukan masa..
Memang kena lari jugak pergi beli pearl..

Tujuan utama pergi nak beli pearl..
Baca dari review exb2b/b2b, pearl kat GM Klang murah-murah..
Jadi, kena carik jugak kat sana..

First time sampai GM Klang yang baru ni..
Sebelum ni pergi yang bangunan lama, bangunan yang warna-warni tu..
Parking pon free kat GM Klang yang baru ni..
Tapi pening jugak nak carik kedai jual pearl..
Sebab rambang mata semua kedai nak masuk tengok..
Wuhuuuu~

Masuk 2 3 kedai jual pearl nak survey2 dulu..
Tapi owner macam nak taknak je jual..
Tanya sepatah jawab sepatah, bosan!
Last2, jumpa jugak 1 kedai yang ok ni..







Memang mengila tengok pearl macam-macam kaler..
Kalau ikut hati, nak beli je banyak2..
Rasa nya harga pon lebih kurang ikut saiz pearl tu..
Kalau beli 12 utas, setiap utas dapat separuh harga..
Dari RM3, dapat RM1.50..
Memang murah..
Total sy beli 21 utas..

Sy beli 2 saiz je, dua-dua saiz sama je harga..
Memula beli pearl colour untuk baju songket je..
Dah pergi makan semua, baru teringat pearl untuk veil baju bertandang lupa nak beli..
Pergi la balik kedai tu..
Nasib baik dapat harga separuh harga lagi..
Wuuuhuuu~



Border lace pon sy beli kat kedai yang sama..


RM22 untuk semeter..


Kalau carik pearl kat GM Klang, boleh carik kat kedai DIY Collection Trading..
Owner dia mesra & tolong kita carik kaler apa yang kita nak..
Kedai lain jangan pergi, sebab tak mesra alam..
HAHAHA!!~

Info Kedai :-
A1-22-23, Tingkat 1, Blok A
Pusat Pemborong GM Klang
Jalan Kasuarina 1/KS6, Bandar Botanik
41200 Klang Selangor
Whatsapp : 012 - 658 3822 / 016 - 699 1886


Sy beli bunga manggar ni RM1.80 sepeket, dalam ada 20pcs..
Sy beli 4 paket dulu..
Colour hijau takde pulak..
Nanti nak carik kat nilai3 pulak..

Love, Rina Ellisa

No comments:

Post a Comment