Followers

Wednesday, 5 March 2014

Wedding Preparation : Rumah Sewa.

Hi & Assalammualaikum..

24 Feb 2014 (Mon), Taman Warisan Bestari

Area klia, bandar baru salak tinggi, kota warisan & nilai rumah sewa RM400 RM500 sebulan memang susah dah nak dapat..
Lagi2 area sini tengah pesat membangun..
Kalau ada pon sewa bawah RM500 yang dah 4 5 tahun menyewa rumah tu..
Kalau start menyewa time klia tengah membangun ni, memang tak dapat harga tu..
SobssSobssSob... Y__Y

Ada jugak sebelum ni pergi tengok satu rumah kat bandar seri ehsan..
Rumah 2 tingkat sewa RM650 sebulan..
Tapi eshat taknak sebab masuk ke dalam sangat..
Ok fine taknak takpe
Kita carik umah sewa lain..

24 Feb sy tengok rumah sewa kat mudah.com..
Ada berkenan dengan satu rumah ni..
Rumah baru, tak duduk lagi..


Ni gambar yang kat mudah.com..


Sewa RM900 sebulan.. Glup!! --'
Mula2 tengok telan air liur jugak lah..
Bayar sewa rumah je RM900..
Nak makan apa ni bulan2?
HAHAHA!!~

Bincang dengan eshat semua, dia kata ok..
Proceed je sewa rumah tu..
Call owner deal nak tengok rumah dari luar dulu..

24 Feb 2014, Monday


Petang lepas kerja sy terus pergi tengok rumah dari luar..
Jauh sikit la dari jalan besar nak masuk ke taman perumahan tu..
Lebih kurang 5-10 minit camtu..
Nanti hari-hari dah lalu dah biasa dah..


Tak ramai lagi yang duduk kawasan perumahan Taman Warisan Bestari ni..
Sebelah kanan rumah ni dah ada orang duduk..
Sebelah kiri takde orang lagi..

Bila dah bagitau eshat pasal area rumah semua, kitaorang decided nak booking dulu..
Bayar dulu duit booking RM200..
Hari sabtu baru jumpa owner untuk tengok rumah bahagian dalam..
Sebab sy memang dah suka sangat rumah ni..
Sanggup letak booking dulu..
Takot orang lain deposit dulu nanti..
HUHUHU!!

1 March 213, Saturday

Hari sabtu 10pagi kitaorang janji nak jumpa owner kat rumah..
Ngam2 pukul 10pagi kitaorang sampai..
Tengok owner dah ada..
Owner bawak masuk tengok rumah..
Sy excited giler time tu..
WUUUU!!~


Ni bahagian dapur..


Table top pon dah ada..
Dapur gas pon dah siap pasang..
Sy tinggal beli tong gas je..


Ni bilik air dapur..
Rumah ni ada 2 bilik air..
Satu kat dapur, satu kat masterbedroom..


Kipas & lampu kat dapur..


Ni dari masterbedroom..
Rumah ni ada 4 bilik..


Ni pintu depan..

Pintu semua owner dah pasang grill..
Rasa selamat dah..
Cuma rumah kena cuci sebab berdebu time diaorang renovate pasang lampu kipas table top..

Owner rumah ni anak En Zainuddin..
Tapi anak dia tak dapat datang time ni..
En Zainuddin & wife dia jumpa kitaorang..
Alhamdullilah sangat senang berurusan dengan En Zainuddin ni..
Sangat memahami macam we olls yang baru nak mula hidup baru..

Yang sy paham kitaorang kena bayar deposit rumah 1 bulan + api air..
Rupa nye kena bayar sewa rumah untuk 1 bulan jugak..
Jadik 2 bulan + api air la..
Sebab kitaorang plan nak masuk rumah ni bulan 5 lepas kenduri kahwin nanti..
Tapi bincang2 dengan En Zainudin, hujung bulan 3 bayar sewa rumah separuh je..
Hujung bulan 4 baru bayar full..
Dan dapat nego lagi sewa rumah..
Alhamdullilah syukur sangat dapat owner yang boleh tolak ansur ni..


Tak sabar nak basuh rumah, nak jahit langsir & nak deco rumah ni..
Yeyyyyyy!!!~ =D


Deposit rumah dah bayar, kunci rumah pon dah dapat..
Dah setel basuh rumah semua nanti, nak duplicate & tag kunci2 ni..
Dapat jugak tempat berteduh untuk mula hidup baru nanti..
Alhamdullilah..

Lepas tengok rumah, terus pergi kuala pilah nak beli emas kahwin..

Love, Rina Ellisa

No comments:

Post a Comment