Followers

Wednesday, 14 May 2014

Balik Kampung Batu Kikir.

Hi & Assalammualaikum..


11 May 2014 (Sun), Batu Kikir

Lepas je kenduri sebelah eshat, esok nya kitaorang kena hantar atuk nenek eshat balik..
First time ni balik kampung eshat..
Kitaorang gerak pukul 11lebih, dalam pukul 12lebih dah sampai kampung..
Mak, kakNgah tak ikut sebab nak setel kan dewan dan saki baki hal-hal majlis..

Sampai je kampung terus tolong nenek masak..
Lauk terbaik lah..
Gulai masak lemak telur itik campur dengan buah kuini muda, sayur, telur dadar..
Makan dengan nasi panas-panas, memang terangkat!
Gulai masak lemak tu nenek la masak..
Sy tak reti masak.. Hehehe..
Sy tolong goreng sayur masak sayur boleh la..
Belum pro lagi bab2 gulai ni.. :p

Belakang rumah nenek ada macam kebun..
Ada macam2 pokok ada..
Ada pokok kuini, durian, manggis, langsat dan macam2 lagi la..
Lagi tambah teruja ada anak sungai belakang rumah nenek..
Mula la keluar cerita  zaman-zaman eshat kecik-kecik..
Haihhh rugi lah tak amek gambar..

Lepas makan solat semua, kitaorang bantai terbongkang..
Hahahaha..
Penat semalam kenduri pon tak hilang lagi kan..




Petang eshat bawak jalan-jalan naik motor pusing-pusing kampung..
Boleh tahan jugak panas time tu..

Banyak rumah-rumah pusaka tinggal kosong macam tu je..
Sayang tengok rumah terbiar..
Eshat cerita, orang lain tak boleh ambik rumah2 pusaka ni..
Kecuali waris je..
Negeri sembilan kan kuat adat..



Senyap-senyap je kitaorang keluar naik motor atuk..
Masa pusing kali kedua tu, nampak nenek keluar dah pakai tudung nak carik kitaorang..
Hahahaha..
Tetiba hilang, mana tak nenek carik.. :p

Rupa nya nenek dah siap sediakan ubi rebus..
Makan cicah dengan gula merah, kelapa..
Memang sedap!
Lama dah tak makan ubi rebus..

Dalam pukul 6lebih gerak balik..
Jalan jem pulak kat kuala pilah..
Nak balik, nenek tapaukan ubi rebus, buah kuini..
Tahun ni balik raya kampung eshat..
Yeayyyyy!! Boleh makan ubi rebus lagi.. =D

Love, Rina Ellisa

No comments:

Post a Comment