Followers

Wednesday, 21 May 2014

Sengugut ke Gastrik?

Hi & Assalammualaikum..

20 May 2014, Tuesday

Hari isnin elok je start kerja happy-happy bila dah lama cuti kahwin..
Hari selasa dah MC..
Hahaha..

Pagi tu dah bangun mandi semua..
Nak iron baju kerja..
Baru nak start iron baju tu, tetiba perut sakit sangat-sangat..
Eh dah kenapa ni..
Kebetulan pagi tu MrP menjelma..
T____T

Tak tahan sangat terus baring kejap atas katil..
Call eshat nangis-nangis bagitau perut sakit sangat-sangat..
Tunggu dia sampai rumah lepastu pergi klinik..

Eshat dah sampai umah pagi tu, sy langsung tak boleh bangun..
Perut sakit sangatttttttttttt..
Rasa sangat tak selesa..
Entah apa eshat baca-baca kat perut sy..
Hahaha sweet tau suami kita ni.. :p

Tido kejap..
Dekat pukul 10 baru siap-siap bangun pergi klinik..

Sampai klinik je, jumpa Doc semua..
Bagitau Doc, sakit perut sengugut lah kot..
Sebab sebelum ni period sy tak pernah pon ada sengugut yang sakit sangat-sangat..
Perubahan hormon ke??

Lepas tu Doc tanya lagi soalan :-
Bila last period?
Dah kahwin ke belum?
Ada keluar darah ketul ketul?
Ada rasa nak kerap kencing?
Ada rasa nak demam?
Ada rasa nak muntah?

Sy last period last month, 19 April.. Memang time sy datang period..
Dah kahwin..
Takde keluar darah ketul-ketul..
Takde rasa nak kerap kencing pon..
Ada rasa nak demam..
Ada rasa nak muntah..

Lepas tu Doc suruh sy baring nak check perut..
Sy baring, Doc tekan-tekan perut bahagian rahim, bahagian perut atas..

Bila Doc tekan bahagian rahim rasa sakit sikit..
Bila Doc tekan bahagian perut atas pon sakit jugak..
Lepas tu Doc cakap, sakit awak ni campur-campur.. 
Sebelum ni memang ada gastrik ke?
Sy memang ada gastrik pon..

Doc takut sy gugur..
Alhamdullilah simpton2 yang Doc tanya tu, sy tak alami..

Last sekali Doc bagi ubat sakit perut, ubat angin & ubat gastrik..
Ubat tahan sakit Doc taknak bagi..
Haishhhh suspen je tau Doc ni..


Lepas tu dapat la MC 1 hari..
Dan Klinik Maria ni bukan panel MAHB lagi..
Kena la bayorrrrrr.. -.-'

Sy kena google balik la pasal kitaran haid, bila subur semua..
Sy dah lupe semua benda-benda tu..
Huwaaaaaaaaaaaaa...

Sebenarnya sy takut jugak..
Sebab masa pindah rumah haritu angkat benda berat-berat..
Y____Y

Sy saja google nak tahu apa tu keguguran..
Ni info kat bawah ni..

Apakah maksud keguguran pada awal kehamilan?

Keguguran pada awal kehamilan ialah keguguran yang berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan. Agak malang kerana perkara ini kerap berlaku, malah tidak mustahil bagi anda mengalami keguguran walaupun sebelum anda tahu bahawa anda hamil. Dianggarkan sebanyak tiga perempat daripada semua telur yang disenyawakan akan gugur dalam minggu-minggu awal kehamilan ini. 

Selepas ujian kehamilan yang positif, terdapat kira-kira satu dalam lima kemungkinan kehamilan itu akan gugur. Waktu inilah kebanyakan kes keguguran berlaku. 

Keguguran pada mana-mana fasa kehamilan boleh jadi amat menyedihkan. Walaupun ia berlaku semasa awal kehamilan, adalah perkara biasa bagi seseorang wanita itu rasa terkejut dan kecewa. Jangan rasa bahawa anda tidak dibenarkan berkabung akibat kehilangan ini. 



Apakah yang menyebabkan keguguran pada awal kehamilan?

Keguguran pada awal kehamilan biasanya berlaku kerana embrio tidak berkembang seperti yang sepatutnya. Masalah kromosom juga dikatakan adalah penyebab yang biasa. Masalah-masalah ini biasanya berlaku tanpa sebarang sebab dan mungkin tidak akan berlaku lagi. 

Bayi memerlukan jumlah kromosom normal yang tepat untuk dia berkembang seperti sepatutnya. Dia memerlukan 23 kromosom daripada ibu dan 23 lagi daripada bapa. Ketaknormalan kromosom boleh menghalang bayi daripada berkembang. Ketaknormalan ini mungkin berlaku kerana jumlah kromosom tidak tepat, atau kerana terdapat perubahan dalam struktur kromosom tersebut. Dalam kes ini, kehamilan akan terhenti pada fasa embrio. 



Bagaimanakah saya boleh tahu jika saya mengalami keguguran pada awal kehamilan?

Tanda-tanda keguguran yang paling biasa ialah keluar banyak darah daripada faraj disertai dengan kesakitan yang menyerupai senggugut yang teruk. Kadang-kala, ia akan terhenti dan kehamilan itu berterusan. Ini dipanggil ancaman keguguran (threatened miscarriage). Walau bagaimanapun, jika proses keguguran itu benar-benar sedang berlangsung, malangnya ia tetap akan berlaku. 

Credit : http://www.babycenter.com.my/a1052725/keguguran-pada-awal-kehamilan#ixzz32QHFl3Cv


Dah masa nye delete pasal wedding preparation haritu..
Kena install info-info rumahtangga dalam kepala pulak lepas ni..

Love, Rina Ellisa

5 comments:

  1. Rina, Dila pun before kahwin xda langsung senggugut... Tapi lepas je kahwin, senggugut truk smpai muntah suma. Mati2 awal tu igt dh ada baby, rupanya tak..huhu.. 7 bulan jugak la merana senggugut sebelum betul2 ada baby. Yang penting,jaga diri tau Rina :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yke dila.. Y____Y

      Sakit jugak sengugut ni.. Nak gerak pon tak boleh..

      InsyaAllah dila, tQ..

      Dila pon take care ea :)

      Delete
  2. Alamakkk ! Jangan macam ni. Kita pun takde sengugut ni. Haaaaa. Pitam. Hahaha. Awak jaga diri makcik , jangan lupa makan !!!!!!!!!. Amek tu , keras punya pesanan. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baiklah..

      Kita rasa kita makan je.. Takde pon skip makan..

      Tapi tah camne ada je gastrik datang serang..

      Dia datang sekali dengan sengugut lak tu..

      Konpiussssss.. T___T

      Delete
  3. keguguran awal kehamilan.. pernah terjadi... sedih.... 5 minggu.. masih belum ade rezeki...

    ReplyDelete