Followers

Wednesday, 25 June 2014

Ayam Masak Lemak Gulai Cili Api

Hi & Assalammualaikum..

Lepas je kenduri haritu terus mintak resepi kat mak..
Masa 2 3 lepas kenduri tu, mak tunjuk kan macam mana nak masak ayam gulai ni..
Ingat tak ingat je time tu..
Bila nak try masak kat rumah, call mak tanya lagi..
Sy siap catat dalam buku nota lagi..
HAHAHA..

Cubaan masak kali pertama

28 May 2014, Wednesday


Blend cili api, bawang putih, bawang merah & halia..


Dah siap blend, curah dalam kuali yang berisi ayam..


Gulai tengah tenggek atas api..

Cubaan masak ayam masak lemak gulai cili api ni berjaya ke tak?
Haaa meh nak cerita..
First time kan masak, sy takot je tak menjadi gulai lemak ni..
Memang tak pernah terpikir pon nak masak sendiri.. Wuuhuhu..
Masa tengah prepare barang, tengah masak memang selawat je..
Takot membazir kalau gulai tak menjadi.. Y___Y

Dah siap masak, tutup api & hidang semua..
Sekali sy tengok eh nape takde kuah ni???
Huwaaaaaaaa...

Masak lemak sy kuah kering.. Ada la sikit-sikit kuah nya..
Tapi macam pekat santan..
Santan sy letak separuh je, air sikit..

Komen eshat :-
Pedas - ok ngam-ngam
Kuah - takde kuah sangat.. Sebab dia suka berkuah banyak
Kentang - tak empuk sangat
Ayam - Tak berapa masak
Rasa - Sedap

Dua kali eshat bertambah makan..
Sebab sedap kata nye..
Hehehe.. Cuma kuah je tak banyak..
Ok B takpe, lepas ni i buat kuah banyak-banyak eh..

Jadi nya, cubaan masak ayam masak lemak gulai cili api kali pertama kurang berjaya..
SobssSobsss.. Y____Y

********************************************************************************

Cubaan masak kali kedua

23 June 2014, Monday

Haritu masak lagi ayam masak lemak gulai cili api..
Nak try masak kali kedua..
Sebab masih tak puas hati masak yang first tu kurang berjaya..


Macam biasa bahan-bahan dah siap blend, curahkan dalam kuali berisi ayam..
Curah santan semua..


Ayam masak lemak gulai cili api siap di masak!
Dah siap masak semua, sy tunggu eshat balik kerja nak makan sama-sama..
Kali ni sy buat, habiskan santan 1 plastik kecik tu..
Letak banyak air sikit..
Sebab nak bagi kuah banyak..
Bila dah masak, kuah ok la ada jugak daripada buat yang first haritu..

Komen eshat :-
Pedas - PEDAS GILA NAK MATIKKKKKK!!!
Kuah - kuah ada.. banyak la jugak
Kentang - empuk
Ayam - semua ayam masak..
Rasa - Sedap, cuma pedas sangat sangat!

Cubaan masak kali kedua ni, terlebih pedas pulak..
HAHAHA..
Memang pedas giler-giler-giler..
Kitaorang makan kenyang air je..
Sebab makan sikit, minum air, makan sikit minum air..
Terlebih cili padi pulak sy letak masa blend..
Haiyoooooooooo..
Eshat makan tak bertambah pon..
Kesian dia.. Sampai sakit-sakit perut makan pedass.. Y___Y

Sy call mak mertua, cerita kat dia..
Tergelakk dia sebab sy masak gulai pedas gilerr..
HAHAHAHA..
Nasib baik mak mertua bagi support lepas ni boleh try lagi..
Tapi dengar dia gelak, memang pecah perut di buat nya.. =D

Maka, cubaan masak kali kedua masih jugak kurang berjaya..
Hahahaha..
Kena cuba lagi ni..

Ni nak share resepi ayam mask lemak gulai cili api versi mak sy..
Bahan-bahan :-
1) Ayam 4 ketul
2) Kentang 1 biji - potong 4
3) Cili Api - agak2 je
4) Bawang putih - 1 ulas
5) Bawang merah - 3 ulas
6) Halia - sebesar ibu jari
7) Asam keping - 1 keping
8) Garam - secukup rasa
9) Serai - 2 batang
10) Santan - 1 plastik kecik
11) Serbuk kunyit - sikit je

Cara-cara nak buat :-
1) Kisar cili api, bawang putih, bawang merah, halia
2) Curah dalam ayam yang di letak kan di dalam kuali/periuk
3) Letak serbuk kunyit sikit.. Agak-agak je nak kuning pekat mana
4) Masuk kan serai 2 batang. Serai di titik dulu
5) Letak santan, letak air.. Kalau nak kuah banyak, letak air banyak sikit
6) Letak kentang. Kacau bagi rata semua bahan-bahan tadi & tenggek kan atas api
7) Kacau jangan tinggal kan terlalu lama.. 
8) Letak garam secukup rasa
9) Kentang dah empuk, last sekali masuk kan asam keping & siap.

Selamat mencuba!

Love, Rina Ellisa

2 comments:

  1. Korang yang makan sambal pedas mak tu pun boleh kate pedas nak matik ! Memang podeh la tu jawab dia. Hahaha. Apa pun tahniah babe , dah berjaya masuk dapur. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha..

      Automatik dah kawen memang akan masuk dapur makcik..

      Masa awak akan tiba nanti.. Hehehe.. :p

      Delete