Followers

Sunday, 29 June 2014

Resepi - Biskut Batik

Hi & Assalammualaikum..


24 June 2014, Tuesday

Opis buat portluck, sy pon tak tau nak bawak apa..
Last-last buat biskut batik la..
Senang sikit nak buat..
Nak masak menu yang sedap2 tak pro lagi..
Huhuhu.. T___Y

Balik kerja terus larik beli barang kat speedmart..
Ada orang panggil biskut batik, ada orang panggil kek batik..
Mana-mana pon boleh la..



Bahan-bahanya :-
1) Biskut Marie
2) Buttercup 250gram
3) Susu pekat
4) Milo paket kecik

Simple je kan bahan-bahan dia..
Tak de yang susah-susah punya..
Pejam mata je capai kat speedmart & bayar..
Hekhekhek..



Biskut marie di patah-patahkan 4..
Habiskan 1 paket tu..

Cara nak buat :-
1) Cairkan buttercup.. Guna seketul buttercup tu habiskan
2) Buttercup dah cair, masuk kan milo. Pon habiskan 1 paket tu
3) Lepas tu masuk kan susu pekat setengah tin.. Nak habiskan 1 tin tu pon boleh.. Tapi nanti manis sangat
4) Kacau rata jangan berhenti.. Jangan bagi bancuhan tu berketul-ketul
5) Bancuhan coklat dah cair, tutup api, tuangkan biskut marie & gaul kan bagi sekata dengan bancuhan coklat tadi



Taraaaa siap!



Letak alas plastik dalam bekas/tupperware..

Untuk mengelakkan melekat nanti time kita nak potong biskut marie..



Kemudian masuk kan bancuhan biskut marie tadi dalam bekas dan mampat-mampatkan..



Buat dua bekas..
1 bekas bawak untuk opis, 1 bekas buat kudap-kudap kat rumah..



Last sekali sejukan dalam fridge tempat beku..
Biarkan semalaman.. Bila dah keras & sejuk baru sedap makan..

Selamat mencuba!

Love, Rina Ellisa

No comments:

Post a Comment