Followers

Friday, 25 July 2014

Persiapan Raya 2014

Hi & Assalammualaikum..

Harini last day kerja.. Tapi yang sedih tahun ni tak dapat halfday balik awal.. SobSobss..
Semua yang kerja harini mengharap top management bagi pelepasan balik awal..
Tapi tinggal harapan je.. Huhuhu..

Tak lama je lagi ni kita nak raya..
Mesti persiapan raya semua dah nak complete kan..
Sy tahun ni first time raya dengan suami..
Ada la sikit-sikit buat persiapan sama-sama..
Macam carik baju raya, buat kuih raya..
Cuma rumah sewa je tak beraya..
Baru je pindah kan..Barang2 rumah tak lengkap lagi..
Segan nak jemput orang datang rumah.. Hihihi..


Tahun ni jugak first time zakat fitrah ada suami bayarkan..
Selalu tiap-tiap tahun bayar sendiri je..
Alhamdullilah setel dah benda wajib ni sebelum raya..


Pelita pon dah beli kat Aeon Big Alamanda..
Eshat nak pasang kat kampung dia, pasang kat rumah mak salak..
Senang nak main bunga api/mercun katanyaaaaaaaaaaaa... Y___Y
Sabor jelaaa..
Sampai hari ni bila nampak je lampu kelip2 kat rumah orang, mesti sedih.. Uwaaaaa..
Sebab teringat lampu kelip2 yang tertinggal dalam troli masa beli dengan pelita ni.. Y_________Y


Langsir raya untuk mak pon dah siap jahit..
Kesian mak asal balik buka puasa kat rumah, mesti tanya langsir mak bila nak beli..
Sedih pulak dengar..
Kena beli jugak ni kain, jahitkan kejapp..
Sy jahit 2 hari je siap.. Jahit lurus je cepat lah siap..
Alhamdullilah dapat pon buatkan langsir mak..

Janji dengan mak time kenduri kahwin sy haritu nak buat kan dia langsir baru..
Tapi tak sempat.. Sempat buatkan langsir kat rumah nenek je haritu..
Raya ni kena jugak buatkan langsir untuk mak..


Senyap2 je eshat bawak masuk mercun ni letak dalam storrrr.. Y___Y
Bila dia bawak seludup masuk dalam rumah pon tak tahu.. Huhuhu..
Ni baru sikit dia beli kat member tempat keja dia..
Belum dia amek yang order kat cousin dia lagi..
Kat cousin dia je seratus lebih harga mercun..
Nangis dengar beli mercun je beratussss.. Y___Y
Bakorrr duit betull..
Cuba bagi kat i ni boleh beli handbeg ke.. Ekekekeke...

Janji awak bahagia dah la abang oi..
Raya setahun sekali katanyaa..
Biarlah nak meriah sikit..

Tapi mercun colour merah tu memang meriah!
Last year eshat bakar kat rumah mak, memang pompompommm meletop!
Macam mercun cina yang panjang2 tu..
Yang mercun lagi satu tu, eshat cakap macam mercun klcc..
Tah la, sy pon tak pernah tengok dia bakar mercun tu..
Raya ni dapat lah tengokkk macam mana rupa nya..


Tahun ni dapat sampul raya 5 paket je..
3paket company bagi, 1 paket dapat free masa gunting rambut kat Hairzone, 1 paket lagi dapat masa beli barang kat Mr Diy..


Duit raya pon sempat tukar RM5 & RM1 je..
Mula2 kirim tukar RM1 dengan officemates..
Saje la tukar sikit2 je, kot2 eshat nak pergi tukar kat bank ke..
Sekali haritu dia pergi bank, 5bank dah habis duit rayaa..
Kan dah melopoongggg..
Duit raya pon tak sempat masuk kan dalam sampul lagi..


Kerepek pon dah borong haritu..
Tahun ni beli lebih sikit.. Boleh bagi mak mertua..
Ni tinggal beg plastik mak je.. Mak mertua punya dah bagi..
Tak sempat nak snap gambar..


Persiapan paling lastttttttt..
Buat kuih rayaaa.. HAHAHA..
Mengada nak buat jugak kuih raya..
Nasib baik eshat nak tolong buatkan sekali..
Kalau sy sorang2 memang tak akan buat laa..

Balik dari berbuka puasa kat luar malam tu, terus ajak eshat buat kuih..
Pukul 3pagi tido.. HAHAHA..
Tu pon tak habis buat semua..
Sebab confleks tak melekat sangat.. Y____Y
Tanya sifu2 dulu, baru adjust lagi biar confleks melekat..


Untuk baju raya tahun ni sy pon tak sangka banyak giler baju kurung!
Tak pernah baju raya sebanyak ni seumur hidupppp..
Mentang2 lah first time raya ada husband kemain meriah.. Huhuhu..

Macam ni cerita nya..
Lepas je kenduri kahwin haritu, sy hantar kain ela kat tailor..
Banyak jugak hantar kat tailor.. Campur kain pasang yang dah lama peram tak hantar2 tempah..
Cakap dengan tailor, kak sy nak 3 pasang je dulu untuk pakai raya..

Hari tu dia msg bagitau baju raya dah siap..
Sekali nak collect baju kat tailor, dia siapkan 5 pasang terus..
4 pasang baju kurung moden, 1 pasang jubah..
Lepas tu carik baju raya sedondon dengan eshat nak pakai pagi raya, dapat lagi sepasang..
Ika ada beli kan baju kurung sepasang..
Lepas tu sy hantar orter jubah sepasang, lepas tu ada jubah abaya sepasang..
Jadi nya dah berpasang pasang baju raya..
Terkejut tengok baju raya banyak gile tahun ni!
Tu yang beli tudung sikit-sikit je..
Tak sanggup nak beli banyak2, sebab terkejut tengok baju raya banyak sangat.. HAHAHA..
Tudung kita pakai je apa yang ada..

Alhamdullilah persiapan raya hampir siap semua dah..
Tinggal nak bagi barang2 raya kat rumah mak sebelum balik kg eshat beraya..
Baju pon tak packing lagi ni nak balik kampung beraya ni..
Waaa first time beraya balik kampung ni.. Heheehee..

Huwaaa sedih tahun ni first time beraya jauh dari family sy.. sobssobsss..
Dan dapat beraya dengan family baru.. :)

"Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kawan-kawan blogger..
Minta maaf kalau ada silap pertuturan dan tingkah laku..
Kosong-kosong tau!
Hati-hati balik kampung.. Semoga selamat pergi dan balik.. Amin.."

Love, Rina Ellisa

Iftar With Geng 14

Hi & Assalammualaikum..

24 July 2014 (Thurs), Bangi Golf Resort Bandar Baru Bangi


#Gambarselfie
Member2 eshat whatsap gambar diaorang otw dalam kereta ke bangi..
Kitaorang nak jugak share dalam group.. HAHAHA..

Tunggu eshat balik kerja semua, pukul 630ptg baru gerak ke bangi..
Petang biasa lah orang balik kerja.. Jem la sekejap kat area bangi tu..
Sy sempat lah jugak lelap dalam kereta.. Huhuhu..

Sampai BGR pukul 715pm..
Sekali parking jauh pulakkkkk..
Kelim kelibut la lari2 masuk tempat makan..


Dapat table depan stage..
Sampai2 je tengok orang ramai gilaaaaaaaaaaaa..
Nak amek makanan pon kena beratur panjang..


Tapi tengah borak2 tu menganggu lah jugak..
Binggit telinga.. Nasib baik la suara yang menyanyi tu sedap..


Untuk buka puasa dengan member2 eshat tahun ni, dia yang carik tempat..
Sy pon tolong google je mana tempat yang ok..
Kat BGR ni RM50 untuk 1 pax.. Kalau walk in kena bayar dalam RM65 macam tu..
Buat booking, setel payment semua..
Sy request meja dalam tempat ber aircond..
Tapi dapat tempat duduk berkipas biasa.. Haiyaaa..



Yang ok kat sini dah siap2 letak signage tempat makanan belah atas.. Senang lah nak tengok..
Cuma orang telalu RAMAI!!!


Sy makan yong tau fau ni..
Sedapdapdap..


Eshat makan sup kambing ni..
Gambar makanan banyak tak dan nak snap..
Takot tengok orang ramai sangat.. HAHAHA..


Boleh panggil perantin baru lagi kan?? Kihkihkih..


Bakal perantin tak lama je lagi.. =D



Geng2 eshat..


Bridemaids sy sarah & nad..
Lama dah tak jumpa diaorang ni..
Sebelah tu pon bakal perantin jugak.. Kawan baru we olls..







Laki bini photobomb gambar sarah & ijat.. HAHAHA..
Ampun sarah.. :p


Tengah syiok2 borak, di ajak balik pulakkkk..


Tengok sempat lagi sambung borak kat luar.. Hihihi..
Perempuan lah katakan..


With my love Abi! :)





Haru bila bergambar ramai-ramai kat luar..
Seronok!!


Dengan Cik Nad..


Dengan Eshat..



InsyaAllah jumpa lagi iftar tahun depan..
Walaupon makanan kureng kat BGR ni, orang terlalu ramai, tapi dapat berkumpul jumpa kawan2 seronok..
Dapat jugak berbuka puasa ramai-ramai tahun ni..
Itu pon dah hujung2 puasa..

Love, Rina Ellisa

Thursday, 24 July 2014

Shopping Raya

Hi & Assalammualaikum..

20 July 2014, Sunday

2 minggu eshat direct kerja sabtu ahad..
Pulun habis OT nak raya ni..
Kesian jugak tengok dia kerja jeeee..
Sebelum raya, moh la kita shopping raya..
Dah la baju raya nak pakai pagi raya pon tak beli apa lagi..
Haritu busy buat persiapan kahwin, nak tempah siap2 baju raya pon tak sempat nak pikir.. Huhu..


Selfieee~


Sampai dah KL..
Gerak dalam pukul 11 macam tu, 12lebih sampai dah..
KL sesakkkkk!
Kitaorang parking kereta dekat2 dengan jalan tar..
Parking RM15 sekali masuk.. Selalu RM10 je..
Eshat cakap kita berjalan sampai malam baru puas hati bayar RM15.. HAHAHA..
Lepas tu naik monorail je nak pergi mana-mana..
Kang kalau nak kereta, buang masa dalam kereta je bila jemmm..
Tapi penat sikit la kena jalan nak ke monorail..

Dari jalan tar kena jalan kaki sikit naik monorail kat medan tunku..
Sampai sakit2 la kaki jalan kaki.. Hahaha..
Nak shopping punya pasal sanggup redah ni..


Sebelum ke sg wang, times square, masuk pertama complex dulu..
Eshat nak beli seluar jeans..
Tiap2 tahun dia memang akan beli jeans kat sini..
Tahun ni dapat lah paw dia satu jeans kat dia.. Hehehehehe..

Best kedai ni..
Siap boleh orter free lagi..
Tapi design sy nak banyak takde saiz pulakkk.. T___T

Dah setel beli seluar, masuk nagoya nak carik kain langsir untuk mak..
Setel beli kain langsir mak, carik tudung pulak..
Eshat tunggu je tepi, sy dengan kakcik redah je dengan bersesak sesak tu..
Pilih cepat2, bayar cepat2.. Tak sanggup sebenarnya nak redah manusia yang terlalu ramai kat jalan TAR tu..


#ootd tepi jalan..
Tunggu eshat hantar barang2 beli tadi kat kereta..
Lepas tu baru marathon jalan kaki nak naik monorail.. T____T
Dengan panas nya, dengan haus lagi.. Bertahannnn je...

Round2 sg wang takde yang menarik..
Terus marathon jalan kaki lagi ke times square..
Turun naik lagi kat Times Square.. Kakcik je beli baju2 dan kasut..
Kitaorang berdua takde beli apa pon..
Takde yang menarik la pulakkk..


Tiap2 tahun memang akan bawak kakcik shopping raya..
Tinggal dia seorang je.. Adik2 beradik lain dah kerja dah boleh beli barang sendiri..
Tinggal adik bongsu sy sorang ni..
Tak bawak dia jalan2 shopping raya rasa tak best.. Rasa macam ade je tak kena..
Dari kecik sy bela dia.. Suapkan makan, tukarkan pampers, cuci b****k semua..
Rasa kejap je kakcik dah besar kan :)

Dulu kecik-kecik along selalu bawak kakcik jalan2 depan rumah nenek amek angin petang..
Sekarang kakcik dah 14tahun dah pon..
Sejak arwah ayah takde, dekat kitaorang akak abang la kakcik bermanja..
Ayah pergi masa umur kakcik 9bulan..
Haihhh sedih pulakkk.. :'(

Kakcik jadi bestfriend along forever tau!


Along dengan abang long jugak tak beli pape.. Hehehe..



Lepas tu seronok naik tangga ni..
Bila kita pijak je bunyi piano..
Sy siap buat video lagi.. HAHAHA..


Tu dia kakcik shopping.. Raya sakan naaaa..
Dah beli barang2 kakcik, carik tempat nak berbuka puasa..

Jalan2, jumpa station kopitiam..
Boleh la janji boleh makan..


Kakcik makan nasi goreng pataya (RM8.90), milo ais (RM2.70)..
Sy makan set nasi tomyam ayam.. Ada telur dadar, buah, keropok dan air bandung (RM13.90)..
Rasa ok ok la..


Eshat amek set nasi ayam black paper (RM13.90)..
Ada telur dadar, buah, air bandung & keropok..
Rasa pon ok ok la..

Dah kenyang, terus balik..
Esok nak keje dahhhh..


Ni la hasil shopping..
Dapat beli seluar & tudung je..
Eshat carik kemeja & kasut pon tak jumpa apa yang dia berkenan..

Love, Rina Ellisa