Followers

Saturday, 5 July 2014

Homemade - Tepung Pelita

Hi & Assalammualaikum..


30 June 2014, Monday

Tekak teringin nak makan tepung pelita..
Blogwalking blog kak Faezah, ada resepi tepung pelita..
Kenapa tidak sy mencuba buat sendiri?
Haaaa semangat berkobar kobar tau! =D



Balik kerja, pergi kedai runcit beli barang nak buat tepung pelita..
Beli tepung beras, tepung ubi kayu, santan 1 kotak, kapur, & daun pandan sikit ni 50sen.. -.-'
Ni yang nak tanam daun pandan belakang rumah.. Huhuhu..



Adunan pertama..
Kacau sampai pekat..



Dah masak, tuang masuk bekas..
Biarkan sejuk sekejap..



Orang selalu buat letak dalam daun pisang..
Sy mana nak cari daun pisangg daaa...
Pakai je bekas kecik ni.. Huhuhu..



Adunan kedua..
Pening tetiba sebab adunan ni pekat sangat.. HAHAHA..



Dah siap, tuang dalam bekas yang dah isi adunan pertama tadi..
Adunan kedua (yang lapis atas) tak berapa nak jadi la.. Y___Y
Keras sikit tak cair macam lapisan bawah warna hijau tu..



Taraaa siap dah..
Dapat dalam 20bekas kecik ni..
Bagi kat rumah mak salak sikit, tinggal sikit dalam peti sejuk untuk kudap-kudap sambil tengok tv.. =D



Simpan dalam peti ais, makan sejuk-sejuk sedap!

Ni resepi dari blog kak Faezah :-


RESEPI KUIH TEPUNG PELITA
Sumber : zakwan

Lapisan hijau @ bawah :
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan dikisar dgn sedikit air
sedikit kapur  - jgn letak banyak, nanti pahit

Lapisan putih @ atas :
4 sudu besar tepung beras
1 kotak santan
 sedikit garam


Cara :

[1] Tepung beras, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati
[2] Masakkan tepung yang diadun dan kacau hingga masak dan berkilat 
(hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya)
[3] Bila dah masak, masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap
[4] 1 kotak santan dicampurkan dengan 4 sudu tepung beras dan garam
[5] Kacau sehingga sebati[6] Masak adunan dan kacau sehingga adunan pekat  
(hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya)
 [7] Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi
  [8] Sejukkan

NOTA: 
Sedikit tip untuk membuat kuih ni  basah2 seperti kuih dibeli
Dalam bancuhan tepung beras lapisan pandan tu, tambahkan 2 sudu besar tepung ubi
Dan semasa hendak meletakkan lapisan santan putih ke dalam bekas
Sudukan 1/2 sudu kecil gula pasir ke atas lapisan hijau kemudian baru dilapiskan lapisan putih

Selamat mencuba!

Love, Rina Ellisa

2 comments:

  1. rajinnya dia....awin ni, dh 12 ramadhan, masih lum ada kuih dr air tangan sendiri...balik keje, tinggal penat ngn letih je, apa pun tak boleh....dh pesan siap2 kat husbnad, klu rs nak makan kuih, beli je kat bazar... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. takpe awin, ada masa nanti try buat tau.. bila dah jadi, seronok sangat =D

      Delete