Followers

Sunday, 3 August 2014

Irinaraya 2014 - 1 Syawal Part 1

Hi & Assalammualaikum..

28 July 2014 (Mon), Batu Kikir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Tahun ni tahun pertama beraya sebagai isteri..
Tahun ni jugak first time beraya berjauhan dari family sy..
Tapi tahun ni jugak first time beraya dengan family baru..
Yang sedih sebab berjauhan dengan family sy..
Yang seronok teruja excited sebab dapat beraya dengan suami.. Yeyyyyy!!!

Dulu sebelum kahwin, terkenang-kenang la buah hati yang jauh nun kat kampung dia..
Kali ni raya, celik mata je buah hati ada je kat sebelah..
Tak payah sibuk2 nak wish pagi2 kannnn.. HAHAHA..

Pagi raya tu, line telefon out of service..
Nak call tak boleh, line internet pon putus2..
Telefon mak kat sepang pon guna tepon rumah nenek..
Pagi2 raya dengar suara mak, Ya Allah sebak nya..
Tengok gambar2 raya adik2 bagi kat whatsapp, Ya Allah bergenang airmata..
Yela selama hidup 24tahun beraya dengan mak & adik-adik je..
Mana tak sedih pagi-pagi raya tu.. SobssSobss..
Tapi dah kahwin ni, dah ada suami kena la ikut suami kan..


Pagi2 lepas breakfast, family eshat semua pergi sembahyang raya..
Kitaorang yang tinggal kat rumah, kena standby kan apa2 yang patut..
Kena isi kuih raya semua lah..
Dah siap semua, terus cepat2 siap..
Kang diaorang balik dari masjid, turn diaorang2 pulak bersiap..

First time ni siap2 kan suami di pagi raya..
Siap2 kan eshat pakai sampin je pon.. Kihkih..
Terasa bahagia nyeee..
Bang, tiap2 tahun i nak siapkan u di pagi syawal tauuu.. Hihihi.. =D

Yang tak boleh lupa, sy boleh tersilap bawak songkok eshat...
Sy bawak songkok lama diaaaaaaaaaaa...
Tak pepasal je kena ceramah free pagi tu.. HAhaahha..
Ampun bang pagi2 buat u moody.. T______T


Dah siap laki bini, keluar rumah kejap bergambar first raya as husband & wife..
Lepas tu share kat group family sy..


Eshat dan cousin (Ziqri) dia yang paling kecik sekali..
Memang jadi tumpuan lah budak kenit ni..
Beralih-alih tangan orang dukung dia..


Ha kemain senyum manis lagi dia pagi syawal tu dengan berbaju melayu merah..
Dah la putih melepak, pakai lagi songkok.. Haihhh comil nye awak dik..
Dia dengan abang dia jelah budak2 yang ada pon dalam rumah tu..
Pagi raya seronok je semua bagi diaorang berdua duit raya..


KakNgah & Faten..
Sementara tunggu get ready nak salam raya, amek2 gambar dulu..


Sy & Faten (biras)..
Berseri-seri aten pregnant ni..


Sy, Faten, Mak & KakNgah..
Raya tahun ni bertambah anak-anak perempuan mak..


Start dah salam raya..
Gambar sempat amek yang macam ni je..
Tak sempat nak amek gambar salam-salam sebab sy ada buat video..

Masa nak salam raya ni, kitaorang beratur la ikut turn..
Sy sampai je kat nenek dah sebak..
Terus teringat kat arwah andung, nenek atuk, mak.. Sebak sangat..
Terus la bercucuran airmata pagi tu.. Huhuhu..
Sedih ooooOooo rasa beraya kali pertama jauh dari family..

Habis salam raya, ramai2 keluar rumah amek gambar family..
Laman rumah nenek luas, memang amek port masing2 la family2 yang ada bergambar..


Maklong's family..
Tak cukup anak maklong sorang..
Raya ke3 baru balik raya sebab ada urusan kerja..
Tapi bertambah ahli keluarga baru, menantu maklong..


Mak ngah's family, family mertua sy..
Cukup korum semua ada..
Tahun depan raya kitaorang dan abang takde pulak..


Maklang's family..
Baju raya tema purple..


Pak Uda's family..
Ziqri dah merengek nak tido agak nya..
Tak nampak muka awak dik dalam gambar.. Hihihi..


Pokcu's family..
Tak sempat nak snap gambar diaorang kat luar rumah..

Ada satu lagi family, family makcikpakcik tak sempat jugak snap gambar family diaorang..
Pon tak cukup korum jugak..
Anak pakcik yang dah kahwin sorang beraya kat rumah mertua..


My new family.. :)


Ladies nak bergambar..


Anak-anak emak..


Pehal tak mamat ni selfie dengan betik niiiiiiii..
Serius betik ni pelik..
Panjang lak tuuuu.. Hahahaha..

Makcikpakcik pergi amek gambar dengan betik ni..
Mak mertua sy bantai gelak, kitaorang pon boleh tergelak dengar mak mertua gelak.. Hihii..


Baju kitaorang dah sama dengan bunga kertas warna pink belakang tu.. Hihihi..

Tak habis lagi bergambar..
Selagi ada tempat, sakan bergambar..


Kat pondok tepi rumah nenek..


Eshat cakap, dulu dia beranak dalam pondok ni la..
Dulu pondok ni rumah lama nenek.. Lepas tu dah di ubah suai, terus jadikan pondok je..
Tapi masa diaorang alih kan pondok ni beramai-ramai tahun lepas, berat gilerrrrrrrrrrrrr katanya..



Ada sebuah rumah tinggal ni takde waris..
Atuk amek, jaga elok2 rumah tu..
Jadi lah tempat bergambar raya tiap-tiap tahun cousin eshat..



Rumah ni cantik & unik..


Ni kat tangga tepi..


Ni kat tangga depan..


Candid sikit..


Tahun depan kita bergambar lagi kat sini yea..
Baju raya kitaorang beli readymade je..
Tak sempat nak tempah..
Baju melayu eshat beli kat downtown mines harga RM95..
Sampin pakai apa yang ada.. Baru lagi sampin eshat ni..
Songkok tersalah pakai yang lama punya..

Baju jubah sy ika beli kan kat metro kajang harga RM60..
Tudung beli last minit masa pergi pekan bahau dengan kakNgah..
RM15 sehelai wide shawl ni.. Mahalllll..
Cuma jubah tu kena orter sikit la, sebab besar..
Sebelum raya tu mak mertua dah cakap, raya tahun ni pakai pink..
Nasib baik eshat nak pakai baju pink.. Huhuhu..


Cousin eshat semua nya dah besar panjang..
Yang ada budak2 pon, adik2 beradik duaorang si kenit tu la..


Family potrait 1 Syawal 1435H..
Semoga Allah memberkati hidup kita sekeluarga.. Amin..

Lepas bergambar sakan kat luar dengan panas terik nya, masuk rumah rehat2, lepas zohor baru jalan raya..
Jalan raya kita buat Part 2 pulak ek..
Gambar banyak sangat.. Huhuhu..

Love, Rina Ellisa

2 comments:

  1. Hamboiii sakan raya. Kita pun patutnya pink dengan Wan tahun ni. Aleh aleh tempah baju nikah lupa tempah baju raya. T_T.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mane ade sakan la.. biasa2 aje.. Huhuu..

      Sama lah kita makcik.. Excited tempat baju nikah je dulu.. Baju raya tolak tepi.. :p

      Delete