Followers

Monday, 4 August 2014

Irinaraya 2014 - 1 Syawal Part 2

Hi & Assalammualaikum..

28 July 2014 (Mon), Batu Kikir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Lepas zohor, siap cantik2 semua kita pergi beraya rumah sedara mara..
Jalan2 area kuala pilah jugak..
Dalam 5 buah kereta pergi beraya time tu..


Selfie dulu dalam kereta ye bang! :p


Ingat eshat tak nak la pakai baju melayu pink ni..
Sebab dia bila sy nak beli kan kemeja pink dia taknakkkkk Y___Y


Senyum sikit..


Ni rumah kedua..
Rumah first pergi rumah sepupu mak mertua rasa nya..
Pagi tu diaorang anak beranak dah datang raya rumah atuk nenek..
Lepas zohor turn kitaorang pulak anak beranak datang rumah diaorang..


Yang ni rumah kedua, rumah sepupu mak mertua jugak rasanya.. Lupa dahhh.. Hihi..
Macam rombongan meminang pulak..
Seronok kan beramai-ramai kunjung mengunjung rumah sedara mara..
Time raya ni lah nak jumpa balik..


Beramai-ramai datang dengan baju ala-ala sedondon je purple..
Tetiba sy dengan eshat kena jadi pengantin sebab baju kitaorang menyerlah.. Huhu..


Cousin eshat faiz, dan wife dia Husna..
Selalu tegur2 Husna kat IG je..


Eshat's Cousin..


Eshat's family..

Masa kitaorang datang beraya ni, ada pulak orang bakar mercun..
Time tu pakcik eshat tengah pegang air nak minum, sekali dia melatah dengar bunyi mercun kuattttttt..
Haaaaa satu rumah gelak besar!! HAHAHHAA..

Rumah ke tiga pergi beraya kat Selaru..
Ramai lagi sedara mara eshat yang sy tak berapa kenal lagi..
Yela baru 2 bulan lebih kitaorang kawen..


Dengan mak buyung (biras)..
Selagi pakai baju raya, selagi tu kita bergambar.. Hiihi..
Aten due date bulan 8 ni.. Tak sabar nak ada anak buah lagi ni..


Kat rumah sedara kat selaru ni, menu wajib ada di pagi raya ialah sup kaki lembu..
Memang terbaik!
Dengan berlemak nye.. Haishhh terliur dah ni teringat-ingat..
Sy pon first time makan sup kaki lembu ni..
Letak sambal kicap cili lagi, memang terangkat makan!
Berebut semua beratur nak sup..


Haa pagi tu kakNgah bagi duit raya..
Ingatkan dah kawen ni tak dapat dah la..
Dapat jugak duit raya 1 sampul!

Nak magrib gerak balik dah..
Esok2 kita sambung raya lagi..


Malam sambung main bunga api lagi..
Stock banyak lagi, mari lah ramai2 menghabiskan stok yang adaaaa..


 Seronok betul tu ha main bunga api.. :p

Love, Rina Ellisa

2 comments: