Followers

Saturday, 2 August 2014

Sebelum Raya

Hi & Assalammualaikum..

25 July 2014, Friday

Hari Jumaat malam tu balik rumah mak kejap..
Hantar langsir, kuih raya semua..
Mak & adik2 tengah sibuk mengemas rumah malam tu..
Sempat lah jugak main mercun..


Eshat bakar mercun yang ada bunga2 macam mercun klcc tu..
Pommpommm meletuppppp!! Seronok!! Hahahaha..


Tapi sikit je.. Berapa das je keluar..


Balik dari rumah mak, pulun laki bini buat confleks madu.. HAHAHA..


Sebab buat last minit, dalam la 1 balang 1 tupperware kecik tu..
Hari kedua sambung buat, pukul 12lebih macam tu dah siap dah..

26 July 2014, Saturday

Hari sabtu tu eshat kerja lagi..
Sy kat rumah packing2 bag..
Eshat balik kerja petang terus gerak balik kampung kat Batu Kikir Kuala Pilah..
Nasib lah kampung eshat dekat je.. Kalau kena jauh2 memang nangis la hadap jemm.. Huhu..

Pening jugak nak bawak baju banyak mana..
First time nak balik kampung beraya.. Huhuhu..
Dari pagi sampai ke petang packing baju.. Lama gilerrrrrrrr..
Nasib la eshat balik kerja petang tu dah nak siap packing..

Sebelum gerak balik kampung, singgah bazar kejap beli makanan dulu untuk berbuka..
Kitaorang plan nak berbuka dalam kereta je..
Takot jem kat highway lekas..


Sebelum balik kampung eshat, singgah rumah mak dulu hantar confleks madu..
Salam peluk cium mak & adik2 semua, pukul 7 gerak dah..


Sayu je hati nak pergi..
Sedih tak dapat iron kan baju raya family dah..
Tolong2 mak kemas2 rumah.. Uwaaaaa!! T____T


Singgah RNR lekas untuk berbuka puasa..
Ada la 2 3 family yang duduk berbuka kat pondok ni time tu..
Ngam2 lepas tol masuk waktu berbuka..
Time ni kereta tak banyak sangat pon..

Eshat beli nasi dengan ikan keli gulai je RM6 rasa nya kat bazar kota warisan..
Mahal gilerrrr hoii.. Agak2 la menjual akhir2 puasa pon..
Mentang2 la dah tak ramai orang meniaga nasi campur, diaorang sesedap rasa je letak mahal2..
Dah siap makan solat semua, pukul 8pm terus kan perjalanan..

Dalam pukul 9lebih macam tu dah sampai kampung..
Eshat ikut jalan lama..
Lalu lekas, keluar ikut kuala kelawang..
Lalu jalan dalam kiri kanan hutan dengan takde lampu jalan..
Dengan jalan tak habis turap dengan tar lagi..
Haihhh seram betul.. Nasib lah bulan puasa time tu..

Dia lalu situ sebab nak elak jem kat bukit putus & kuala pilah..
Lepas ni kalau balik kampung hari2 biasa, tak payah dah la ikut jalan belakang..
Menyeram kannnn..


Sampai je kampung, letak bag salin baju terus main mercun bunga api..
First time tengok diaorang main mercun kuat2 sampai bergegar2 gendang telinga..
Berlawan2 diaorang main mercun dengan rumah sebelah.. HAHAHA..
Macam2 mercun ada.. Mercun bola la, mercun gasing la.. Tah apa2 mercun lagi..
Kita bakar sikit2 dulu, malam raya tu kita kasi bakar bunga api yang bape puluh tah das nya.. Meriah!


Stok bunga api banyak gilaaaaaaaaaa diaorang bawak balik kampung..
2 hari main tak habis2 lagi..
Budak ada sorang je pon yang main..
Kitaorang mak2 dara ni lah yang tolong habiskan bunga api tu..
Bosan lah hai bakar lepas tu dah habis buangg.. Kihkihkih..

Tengah main2 bunga api pon masih teringat2 lagi adik2 kat rumah..
Diaorang suka la main2 bunga api..

27 July 2014, Sunday

Hari ahad tu pagi2 dah bangun, kena menolong kat dapur..
Potong daging nak buat rendang daging, sup daging..
Haihhh first time jugak ni pagi2 kena potong daging kat dapur..
Dengan terkuap2 nya.. Hahaha.. Kelakar betul..
Selalu kalau kat rumah mak sendiri, sedap lagi golek2 pagi tu.. Huhuhu..


First time ni berjinak2 membasuh dagingggg.. Kihkihkih..
Haa dah kahwin ni, semua benda tak pernah buat bujang2 dulu, merasa la kena buat..
Sebelum basuh daging, timbang dulu nak masak daging guna 6kg je..
Selebih nya bungkus bawak balik sorang sikit..


Tengahari sikit dah start masak ketupat, rendang ayam, rendang daging..
Bab2 masak ni kasi mak2 bapak2 yang uruskan..
Kitaorang yang mak2 dara tengok2 jengok2 je.. Hihihi..


Eshat, cousin dia, pakcik2 dia gotong royong bersihkan kawasan luar rumah atuk nenek..
Sekarang tengah musim buah kat kampung..
Rambutan, manggis, langsat tengah banyak buah..
Kalau nak makan buah, pergi je kat pokok petik terus makan..
Fresh dari pokok lagi..


Masa otw balik kampung tu, sy tanya jugak eshat selalu family dia buat apa je sehari sebelum raya..
Dia cakap la kena lapah daging, kena kemas2 laman rumah nenek atuk..
Masing2 dah tahu tugas masing2..


Pelita semua pon dah siap cacak siap isi minyak tanah..
Malam dah boleh main bunga api dengan riang ria..

Malam lepas berbuka, lepas solat isyak berjemaah, ada takbir raya..
Takbir raya family eshat ramai-ramai buat sendiri kat rumah..
Kalau kat rumah mak sy, orang2 masjid akan datang takbir raya..
Selesai takbir raya, bersiap2 semua nak main lawan mercun dengan rumah sebelah..
Meriah betul la malam raya tu!


Ini bunga api aiskrim..
Sy baru tahu ada bunga api ni.. Hihihi..


Kitaorang mak2 dara berani main bunga api, mercun yang tak kuat sangat bunyi..
Macam mercun gasing ke, mercun apa tah lagi satu..
Tu jela kitaorang berani bakar.. Yang mercun kuat macam bom tu memang tak la nak bakar.. Huhuhu..
Haa time malam ni line tenet dah putus2..
Kejap ada kejap takde.. Sabar jeeeeeeeee..


Cantik bunga api aiskrim ni..
Lepas main bunga api mercun semua, time untuk gosok baju rayaaa pulak sebelum tidorrr..
Dah siap2 sediakan semua, baru lah zzzzzzzz..
Pukul 11malam macam tu dah golek2 nak tidur..
Selalu kat rumah mak sendiri pukul 1 2 pagi baru boleh tidur..
Macam2 keja nak buat.. Isi kuih raya la, pasang langsir la, iron baju raya la..
Yela dulu iron kan baju raya family berduyun-duyun..
Kali ni iron baju raya sendiri dengan suami je.. Huhuhu..


Petang raya tu beli lagi minyak tanah 3 botol, topap kat pelita dah kehabisan minyak..
Malam boleh sambung main bunga api lagi..

Love, Rina Ellisa

No comments:

Post a Comment