Followers

Monday, 29 September 2014

RinaIrsyad's Wedding Review - Hantaran

Hi & Assalammualaikum..

Untuk hantaran, sy guna balik barang-barang apa yang ada time bertunang tahun lepas..
Span bantal hantaran ni dulu masa tunang warna biru elektrik..
Sy beli kain jersey warna putih, balut balik dengan warna putih..
Mula2 ingat nak pakai fresh flower untuk gubah hantaran..
Bila fikir2 balik, satu hal nak lari2 ke kedai bunga ambik bunga last minute..
Jadi nya, buat keputusan guna bunga plastik jela..

Pergi beli bunga kat nilai 3 dengan mak.. Tu pon pergi minggu2 last nak majlis..
Memang kelam kabut rasa berlari ke sana sini mencari barang..
Time tu badan dah rasa nak demam..
Ku gagahkan jugak la keluar mencari barang-barang..

Sy beli barang-barang je.. Yang gubah sepupu mak dan anak2 dia..
Nasib baik la diaorang nak tolong gubahkan..
Dah nak dekat2 majlis, kepala sy memang dah tepu..
Tak boleh nak pikir apa nak kerah idea semua..
Redho jela dengan apa diaorang gubah kan..

Sekali dah siap, sy puas hati sangat-sangat..
Sy nak gubahan yang simple-simple je.. Taknak penuh2 sangat..
Sy tunjuk gubahan macam mana sy nak, diaorang buatkan..
Kalau tak ok gubahan tu, diaorang  bukak, buatkan yang lain..
Syukur sangat diaorang melayan je kerenah pengantin baru.. Hihihi..

Sy bagi 7 dulang hantaran kat Eshat..
Dia balas balik 5 ke 7.. Lupa dahhhh.. Hahahaha..
Ok jom tengok gambar hantaran..


1. Perfume
Beli kat KLIA.. Kalau staff KLIA, dapat lah diskaun,..


2. Buah Apple Hijau
Elle sponsor buah ni.. Elle datang pagi tu sempat kak sue gubahkan..
Kak sue just letak riben je kat tangkai apple tu..
Simple, sy suka!


3.  Cake
Tempah dekat kenalan kawan lama family eshat..
Dapat diskaun kitaorang beli 2 kek sekali..


4. Jersey Negeri Sembilan
Jersey ni sy beli kat Pertama Kompleks KL..
Lama dah eshat nak jersey original ni..
Alang2 beli, letak sekali atas hantaran..


5. Sirih junjung
Sirih junjung ni hantaran paling awal siap..
Sepupu mak buatkan.. Simple je.. Sy suka!
Ni dia pakai daun sirih plastik..
Tu boleh siap awal.. Kalau pakai daun sirih ori, layu la nanti..


6. Kuih Tart
Officemates sponsor last minute..
Just ikat dengan riben je dua-dua bekas tu..


7. Tali pinggan + wallet
Ni beli kat parkson alamanda..

Ada 1 lebih hantaran.. Perasan tak ada kotak kek secret resepi kat perfume hantaran atas tu?
Sepupu sy bagi kek secret resepi..
Tapi sy tak sempat tengok pon rupa kek tu macam mana..
Dia sampai je tengahari tu, terus letak kek kat pelamin..
Apa pon, tq banyak2 kawan2 sedara mara yang sponsor hantaran dan tolong buatkan gubahan hantaran sy..
Semoga tuhan membalas jasa baik semua.. Amin..

Kesimpulan nya, sy sangat puas hati dengan hantaran sy sendiri..
Lagi2 bila DIY sendiri.. Kepuasan tu tak tau nak cakap macam mana..
Bila ambik gambar hantaran ni dekat dengan lampu pelamin nikah tu, lagi suka sy tengok hantaran sendiri.. Hihihi..
Sy dapat gubahan hantaran yang macam mana sy idam-idam kan..
Yeyyyyy puas hati!!! =D

Love, Rina Ellisa

Sunday, 28 September 2014

RinaIrsyad's Wedding Review - Henna by Nurul Huda

Hi & Assalammualaikum..

2 May 2014, Friday


Mula-mula kak Huda nak datang petang untuk pakaikan inai..
Tapi petang tu sy nak keluar pergi ambik kak sue(pengapit sy) kat ktm nilai..
Jadinya, deal dengan Kak Huda start berinai malam..

Kak Huda tengah sarat mengandung..
Tengah sarat2 pon dia gagahkan jugak diri untuk setel kan job dia sebelum bersalin..
Sebab sy booking dengan dia dari tahun lepas lagi..
Dia nak cancel kan tak sampai hati..

Lepas magrib tu, dah siap semua ambik kak sue kat ktm, mandi siap2 tunggu Kak Huda sampai..
Kak huda sampai je, terus berinai..
Tinggal la kitaorang berdua je dalam bilik berinai..


Credit Website : www.mukhrizudey.com
Credit FB : Mukhriz Latif & Udey Ismail Photography

Sy request design macam ni..
Kak Huda pon ok boleh buat kan..


Di sebabkan kitaorang berdua je malam tu dalam bilik, takde la sapa nak ambik kan gambar tengah berinai..
Ni pon mula2 je sy sempat snap..
Lepas pada tu dua2 tangan dah berinai, macam mana nak pegang talifon..


Dalam pukul 11malam siap dahberinai kaki dan tangan..
Fuhhhh kematu montotttt.. =D
Kat kaki, sy nak simple je..
Senang nak bergerak ke sana sini..


Design kak Huda buatkan sama lebih kurang dengan contoh gambar yang sy bagi tu..
Sy suka & puas hati!

3 May 2014, Saturday



Yang ni gambar esok nya..
Inai jadi merah sangat-sangat..
Rasa tak caya pon ada nak nikah haritu siap pakai inai semua.. Huhuhu..


Suka nya dengan inai sayaaaaaaaaaa!!! =D

10 May 2014, Saturday


Inai ukir dalam seminggu tu dah hilang..
Mana tak nya, asyik main air je.. Basuh pinggan la, masak la.. Hihihi..
Tapi masa nak kenduri bertandang sebelah lelaki, sy sempat touch up inai kat kuku je..
Kang nak tambah2 ukir jadi tak cantik pulak..
So, biarkan je inai ukir tu nampak tak nampak macam tu..

Alhamdullillah sy puas hati dengan inai kak Huda buatkan ni..
Walaupon free henna termasuk dalam pakej make up untuk 3 kali, kak Huda tetap buatkan yang terbaik..
Kalau rasa nak hire Kak Huda untuk buat henna, boleh search FB dia Nurul Huda..
Kak Huda ni sporting & gila-gila.. Seronok berkerja dengan dia! =D

Love, Rina Ellisa

25

Hi & Assalammualaikum..

Setelah lama nya terperap kat rumah, hujung minggu kena keluar..
Nak celebrated birthday girl..
Biar lambat, asalkan celebrated..
Kalau tak siang malam tanya eshat taknak celebrated ke, taknak celebrated ke.. Hihihihi..

Kalau ikut plan, sy ke bandung dengan family in law..
Tapi kesihatan tak mengizinkan, tak dapat pergi..
Dari sy pergi susahkan family nak shopping nanti kat sana, baik sy cancel je pergi..
Burm je tiket flight.. SobSobsss..
Takpe insyaAllah ada rezeki lain..


Lokasi celebrated ke Sunway Piramid..
Nak pergi redeem hadiah birthday sekali kat MAC, sephora..
Sekali jalan la kita celebrated kat sana..



Tekak nak makan spaghetti & pizza..
Ke pizza hat la kita makan..
Celebrated makan-makan je..
Balik baru singgah SR beli kek..


Happy kemain dapat balon tu ha!!


Hadiah redeem kat sephora dapat sunglass & take photo kat photobooth dan terbeli la sekali eyeshadow tu ha..
Pergi MAC redeem apa tah benda alah tu..
Takde la nak pakai sangat pon..
Sesaja pergi tengok barang apa dapat redeem..


Balik rumah tiup la kek sambil2 eshat nyanyi lagu birthday..
Dapat makan-makan, dapat redeem hadiah, dapat kek pon happy dah..
Asalkan ada yang sudi celebrated birthday kita.. Weeeee!! :p

Love, Rina Ellisa

Thursday, 25 September 2014

RM25 dari GROUPON!

Hi & Assalammualaikum..

Groupon baik hati bagi RM25..
Tapi kena beli voucher RM50 ke atas la baru boleh guna RM25 ni..


Mula-mula log in dulu akaun groupon..
Lepas tu nanti terus pop up keluar message dalam box kuning kat atas tu..
Rasa nya semua orang dapat kot..
Cuba log in check akaun groupon masing-masing..


Kalau dapat RM25 dari groupon tu, tak tahu nak beli apa, boleh beli voucher seoul garden ni..
RM39 saje untuk duaorang lepas tolak RM25 tu..
Murah & berbaloi-baloi..
Sy dah beli pon.. Nanti nak ajak eshat dating kat Seoul Garden la! Hihihi..

Tapi, baca dulu terma & syarat betul-betul dulu sebelum beli..
Kang ada yang menyesal.. Huhu..
RM25 ni valid harini je 25 Sept 2014..
Cepat2 pergi log in akaun groupon tu!

Selamat membeli belah di GROUPON!!

Love, Rina Ellisa

Pregnancy Journey - Check Up 9 Weeks 2 Days (First Scan)

Hi & Assalammualaikum..

24 Sept 2014 (Wed), Klinik Kesihatan Salak

Excited nak scan baby dalam perut..
Malam nak tidur asyik berangan je ape nak jadi esok hari..
Ni kira hadiah birthday paling best la sebab dapat hadiah ada baby dalam rahim.. :)

Appointment pukul 9pagi..
Pukul 11lebih baru dapat masuk jumpa doctor..
Itu pon dah berapa kali tanya kat kaunter..
Sekali jumpa doc sekejap je..
Tak sampai setengah jam pon..
Haihhh sabar jelaaaa..

Masa 1st scan ni, bby dah 9weeks 2 days..
Masuk je bilik doctor, check tekanan darah semua..
Timbang berat sy 40kg..
Lepas tu baru scan perut..
First time scan tu rasa sejuk je perut..
Rupa nya dekat alat scan tu ada macam gel..
Doc tekan2 sikit bahagian bawah perut..

First sekali sy nampak adalah jantung baby berdenyup laju..
Ya Allah time tu tak terkata apa..
Seronok sangat..
Tapi time tu eshat tak masuk pulak bilik..
Kalau tak boleh bagi dia tengok sekali..

Doc scan tak lama pon..
Dia golek-golek kan alat tu, dah dapat tengok jantung baby semua..
Tetiba doc cakap due awak 3 May 2015 ni..
Eh sama dengan tarikh nikah sy la doc..
Tapi kita ikut nurse kira yang dah tulis kat buku pink la..
Ok la kalau macam tu, due sy 27/28 Apr 2015 la doc..
Tak kisah la mana-mana..
Janji bby selamat lahir nanti..
Eshat cakap baby keluar bulan 5 pon ok..
Bulan sama birthday dengan dia bulan 5.. Hahaha..

Lepas scan, doc brief sikit..
Sy kena banyak makan makanan yang ada kandungan zat besi..
Doc bagi date 21/10/2014 datang untuk check up lagi..


Lepas tu pergi balik kaunter depan serahkan buku pink kat nurse..
Next apointment sy kena minum air gula..
Kena puasa start 10 malam..
Ambik obimin kat farmasi, lepas tu selesai dah..


Ni lah gambar first scan.. Ada 1 kantung je..
Nampak kecik je..
Terjawab dah persoalan mom in law, yang tah-tah kembar.. Hihii..
Semoga awak membesar dengan sihat-sihat je sayang dalam rahim ibu ye.. :)

Love, Rina Ellisa

Tuesday, 23 September 2014

Birthday Breakfast

Hi & Assalammualaikum..

23 Sept 2014 (Tues), MarryBrown KLIA2

Pagi2 tu Judy (officemates) ajak semua pergi breakfast..
Cepat pilih nak breakfast kat mana..
Dia belanja sy & officemates yang lain sempena my birthday.. Huhuhu..
Di sebabkan time tu sy tak berapa nak makan sangat..
Kitaorang pergi makan kat MarryBrown je..
Kat MB ada bubur..
Sedap sikit pagi2 dapat makan bubur..


Haaa muka gebuss masing-masing..
Power betul camera 360 ni.. Hahaha..



Order dah sampai..
Pose duluuuu..



Haa sy makan bubur MB ni..
Sedap!
Bubur MB ni lembut je rasanya..
Lagi sedap lagi bubur MCD..

Dah kenyang makan MB, cari kedai kek pulak..
Ramai2 kitaorang berjalan macam passenger kat KLIA2 tu..
Padahal tengah waktu kerja time tu.. Hahaha..



Sementara tunggu akak2 yang lain beli kek, posing2 dulu kat Coffee Bean ni..


Tq Judy belanja makan MB & Tq akak2 semua belanja kek birthday dari Coffee Bean ni..
Tahun depan belanja lagi tau..
Kek Basket Robin pon sedap jugak.. Hihihi..


And last mangga telur fresh dari pokok depan rumah kak Ana..
Rasa dia memang power! huhuhu..
Tq kak Ana..

Love, Rina Ellisa

Sunday, 21 September 2014

Cameron Highlands - Planters Country Hotel (Bala's Chalet Hotel & Restaurant)

Hi & Assalammualaikum..

31 Aug 2014 (Sun), Cameron Highlands

Lebih kurang 1pagi baru kitaorang check in bilik.. T____T
Sampai fed up dah..
Kalau tak dapat jugak bilik, nekad dah semua tido dalam kereta.. Hahaha..
Kebetulan kitaorang pergi tu public holiday, bilik hotel apartment semua nya full house..

Sehari sebelum nak ke cameron, sy dapat dah contact no apartment kat cameron..
Call deal semua nak booking apartment..
Lepas tu, person in charge tu cakap nak sms no acc bank untuk deposit..
Tunggu punya tunggu sampai hari sabtu dia takde bagi..
Sy pon malas la nak follow up balik..
Kita walk in jela bilik kat cameron nanti..
Tapi dalam masa yang sama carik jugak dekat booking.com..

Dah start otw naik ke cameron, still mencarik jugak bilik..
No telefon apartment bilik yang ada kat kain rentang tepi2 jalan pon kitaorang call..
Sampai la sy dapat sms dari salah sorang no2 telefon yang call2 tu agaknya..
Suruh call Encik R ni.. Deal la jumpa pergi tengok bilik semua..
Sekali dia bawak tengok bilik macam rumah tumpangan tu.. Dah la satu malam RM400..
Memang seram kalau tengok..
Pintu tendang sekali je dah pecah.. Menakutkan!!!!

Last2 bincang semua, kitaorang taknak duduk pon bilik tu..
Dia siap cakap lagi, kat sini selamat jangan risau..
Apa dia ingat kitaorang ni muda-muda tak kahwin lagi ke???????
Dia boleh sound lagi kitaorang, ikut suka hati engkorang la!
Ehhh Ehhhh bilik RM400 kalau cantik & selesa takpe jugak..
Ni macam rumah apa jeeee!!!
Sy bagi klu, rumah tu bersebelah TNB..
Hati2 kalau dapat agent yang bawak ke rumah ni..
Berhati-hati sebelum apa-apa jadi..

Jalan-jalan lagi pusing carik bilik kat tanah rata..
Semua bilik kitaorang call.. Semua full house..
Tiba2 kitaorang ternampak Encik R baru turun dari van dia..
Semua dah gelabah masuk kereta, cepat2 jalan.. Hahaha..
Macam sesuatu la Encik R tu.. Eeeeee takot!!!

Jalan jalan pusing pusing carik bilik lagi..
Sampai la zam dapat call dari seorang uncle ni..
Dia jumpa uncle ni masa carik2 bilik kat tanah rata..
Mula2 dia offer bilik RM650 kat kitaorang..
Zam deal punya deal, dapat la RM550 je semalam..
Sebab kitaorang check in dah pukul 1pagi..
Ada dua katil, 1 belah bawah, 1 belah atas..

Sebelum tu nak jugak tengok dulu bilik..
Ok ke tak.. Selesa ke tak..
Dah tengok semua puas hati, deal bayar terus dapat kunci..
Berakhir la pencarian bilik untuk tido malam tu..
Fuhhhhhhh!!~

Jom tengok apa yang best hotel ni..


Ni katil belah bawah..


Eh macam bos ye bang! =D



Bilik ni ada pintu tengah2 boleh direct ke bilik sebelah..
Kalau datang dengan family ramai-ramai ke, boleh bukak pintu tu..
Masa check in pagi2 buta tu, uncle tu siap pesan..
Masuk bilik jangan cakap kuat-kuat..
Orang sebelah dah tido.. Nanti diaorang complain..

Tapi masa kitaorang masuk bilik tu, memang kuat bunyi tapak kaki.. Hahaha..
Selambar jelaaaa.. Nak buat macam mana.. Tak kan nak jalan atas angin kot..


Rupa katil pagi tu... T_____T
Sejuk sangat sangatttttt..
Tido pakai stokin pon masih rasa sejuk tu..
Sedap tido peluk pelukkkkkk.. Hahahaha...


Bilik air pon cantik..
Bilik air ni ada satu je..
Cuma katil je ada dua..
So pakai sama-sama la bilik air ni.
Nasib baik ada air panas..
Kalau tak, memang menjerit la mandi pagi tu... Hahahaha..


View dari dalam bilik sy..
Tak berapa cantik sangat..
Kalau dari katil ika tingkat atas cantik..

 

Ni tangga nak naik ke katil atas..


Katil atas belah atas tu..


Fefeling kejap sebelum check out! :p

Jom kita tengok bahagian luar pulak hotel ni..



Bunga-bunga kat pintu masuk..


Pintu masuk utama..
Bilik kitaorang atas je daripada lobby hotel tu..



 








Hotel ni macam ala-ala taman inggeris macam tu..
Di penuhi dengan tumbuhan di keliling bumbung dan dinding..
Kalau sekali tengok seram macam dalam hutan.. Hahaha..

Tapi tengok lama-lama dari luar cantik je menhijau..
Sejuk mata memandang.. Cewahhh!!


Ni contact number kalau sapa-sapa carik bilik kat cameron ni..
Bilik dia puas hati sebab cantik & selesa..
Tak rugi la bayar mahal-mahal..

Make sure sebelum sampai cameron, bilik dah booking tau..
Jangan jadi macam kitaorang, konon nak walk in je..
Lagi2 time public holiday.. Memang menangis carik hotel.. Hahaha..

Turun je dari hotel nak balik, jalan dua-dua hala jemmm..
Menangis lagi dalam kereta T___________________T

Love, Rina Ellisa