Followers

Sunday, 21 September 2014

Cameron Highlands - Planters Country Hotel (Bala's Chalet Hotel & Restaurant)

Hi & Assalammualaikum..

31 Aug 2014 (Sun), Cameron Highlands

Lebih kurang 1pagi baru kitaorang check in bilik.. T____T
Sampai fed up dah..
Kalau tak dapat jugak bilik, nekad dah semua tido dalam kereta.. Hahaha..
Kebetulan kitaorang pergi tu public holiday, bilik hotel apartment semua nya full house..

Sehari sebelum nak ke cameron, sy dapat dah contact no apartment kat cameron..
Call deal semua nak booking apartment..
Lepas tu, person in charge tu cakap nak sms no acc bank untuk deposit..
Tunggu punya tunggu sampai hari sabtu dia takde bagi..
Sy pon malas la nak follow up balik..
Kita walk in jela bilik kat cameron nanti..
Tapi dalam masa yang sama carik jugak dekat booking.com..

Dah start otw naik ke cameron, still mencarik jugak bilik..
No telefon apartment bilik yang ada kat kain rentang tepi2 jalan pon kitaorang call..
Sampai la sy dapat sms dari salah sorang no2 telefon yang call2 tu agaknya..
Suruh call Encik R ni.. Deal la jumpa pergi tengok bilik semua..
Sekali dia bawak tengok bilik macam rumah tumpangan tu.. Dah la satu malam RM400..
Memang seram kalau tengok..
Pintu tendang sekali je dah pecah.. Menakutkan!!!!

Last2 bincang semua, kitaorang taknak duduk pon bilik tu..
Dia siap cakap lagi, kat sini selamat jangan risau..
Apa dia ingat kitaorang ni muda-muda tak kahwin lagi ke???????
Dia boleh sound lagi kitaorang, ikut suka hati engkorang la!
Ehhh Ehhhh bilik RM400 kalau cantik & selesa takpe jugak..
Ni macam rumah apa jeeee!!!
Sy bagi klu, rumah tu bersebelah TNB..
Hati2 kalau dapat agent yang bawak ke rumah ni..
Berhati-hati sebelum apa-apa jadi..

Jalan-jalan lagi pusing carik bilik kat tanah rata..
Semua bilik kitaorang call.. Semua full house..
Tiba2 kitaorang ternampak Encik R baru turun dari van dia..
Semua dah gelabah masuk kereta, cepat2 jalan.. Hahaha..
Macam sesuatu la Encik R tu.. Eeeeee takot!!!

Jalan jalan pusing pusing carik bilik lagi..
Sampai la zam dapat call dari seorang uncle ni..
Dia jumpa uncle ni masa carik2 bilik kat tanah rata..
Mula2 dia offer bilik RM650 kat kitaorang..
Zam deal punya deal, dapat la RM550 je semalam..
Sebab kitaorang check in dah pukul 1pagi..
Ada dua katil, 1 belah bawah, 1 belah atas..

Sebelum tu nak jugak tengok dulu bilik..
Ok ke tak.. Selesa ke tak..
Dah tengok semua puas hati, deal bayar terus dapat kunci..
Berakhir la pencarian bilik untuk tido malam tu..
Fuhhhhhhh!!~

Jom tengok apa yang best hotel ni..


Ni katil belah bawah..


Eh macam bos ye bang! =D



Bilik ni ada pintu tengah2 boleh direct ke bilik sebelah..
Kalau datang dengan family ramai-ramai ke, boleh bukak pintu tu..
Masa check in pagi2 buta tu, uncle tu siap pesan..
Masuk bilik jangan cakap kuat-kuat..
Orang sebelah dah tido.. Nanti diaorang complain..

Tapi masa kitaorang masuk bilik tu, memang kuat bunyi tapak kaki.. Hahaha..
Selambar jelaaaa.. Nak buat macam mana.. Tak kan nak jalan atas angin kot..


Rupa katil pagi tu... T_____T
Sejuk sangat sangatttttt..
Tido pakai stokin pon masih rasa sejuk tu..
Sedap tido peluk pelukkkkkk.. Hahahaha...


Bilik air pon cantik..
Bilik air ni ada satu je..
Cuma katil je ada dua..
So pakai sama-sama la bilik air ni.
Nasib baik ada air panas..
Kalau tak, memang menjerit la mandi pagi tu... Hahahaha..


View dari dalam bilik sy..
Tak berapa cantik sangat..
Kalau dari katil ika tingkat atas cantik..

 

Ni tangga nak naik ke katil atas..


Katil atas belah atas tu..


Fefeling kejap sebelum check out! :p

Jom kita tengok bahagian luar pulak hotel ni..



Bunga-bunga kat pintu masuk..


Pintu masuk utama..
Bilik kitaorang atas je daripada lobby hotel tu..



 








Hotel ni macam ala-ala taman inggeris macam tu..
Di penuhi dengan tumbuhan di keliling bumbung dan dinding..
Kalau sekali tengok seram macam dalam hutan.. Hahaha..

Tapi tengok lama-lama dari luar cantik je menhijau..
Sejuk mata memandang.. Cewahhh!!


Ni contact number kalau sapa-sapa carik bilik kat cameron ni..
Bilik dia puas hati sebab cantik & selesa..
Tak rugi la bayar mahal-mahal..

Make sure sebelum sampai cameron, bilik dah booking tau..
Jangan jadi macam kitaorang, konon nak walk in je..
Lagi2 time public holiday.. Memang menangis carik hotel.. Hahaha..

Turun je dari hotel nak balik, jalan dua-dua hala jemmm..
Menangis lagi dalam kereta T___________________T

Love, Rina Ellisa

5 comments:

  1. Oh Bala's Chalet ni kita tau. Tapi memang sedikit mahal. Hahahaha. Naseb haritu kita pergi Cameron gerak pagi , tak jem ! Weeeee. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa nasib baik awak pergi tu tak jemm.. Kalau tak, nangis la dalam kereta.. Hahaha..

      Delete
  2. hai dear.. selamat berkenalan nama sy nuha. nice entry..nuha pun ade plan nak ke Cameron 31 aug haritu tapi cancel mengenangkan public holiday. huhu

    btw jemput ke blog nuha ya.. nuha baru share entry pasal kolagen.

    www.nuhahayati.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi salam kenal Nuha :)

      Elak kan pergi public holiday.. Nanti nangis dalam kereta sebab jemm.. Hihihi..

      Delete
  3. Alhamulillah dapat bilik yang best Rina. Cantik pulak tempat tu.

    ReplyDelete