Followers

Saturday, 6 September 2014

Pregnancy Journey - 6 Weeks 4 Days (Buku Pink)

Hi & Assalammualaikum..

5 Sept 2014 (Fri), Klinik Kesihatan Salak

Dah test UPT kat rumah, dah double confirm check dekat klinik, next kena buka buku mengandung..
Atau buku merah@buku pink..
Sy pon pelik kejap2 orang panggil buku merah, kejap buku pink..
Tapi sy panggil buku pink jela.. Sebab buku ni warna pink kan..

Macam tak percaya pon ada..
Yela sebab 4 5 tahun dulu tengok buku pink mak je..
Sekarang ada buku pink sendiri dah..
Nak jadi ibu dah.. :p

Sampai KK dalam pukul 9lebih macam tu..
Pergi kaunter ibu dan anak cakap nak bukak buku pink..
Nurse tanya duduk mana semua..
Sebab ada alamat rumah kena ikut KK yang berdekatan..
Sy guna alamat rumah mak.. Senang sikit berurusan kalau pape..

Nurse bagitau ambik masa lama untuk proses bukak buku pink ni..
Lagi2 sy sampai lambat hari jumaat tu..
Tak kisah lah nurse.. Janji semua nya selesai haritu..

Lepas tu nurse bagi 2 buku pink untuk isi maklumat kita & pasangan..
1 buku KK akan simpan untuk rekod diaorang, 1 buku kita akan simpan untuk di bawak balik..
Masa nak pergi bukak buku pink ni, eka & mak pesan suruh bawak sijil nikah..
Takot klinik mintak.. Tapi diaorang tak minta pon..
Cuma tulis je tarikh nikah dalam ruang page 1..

Dah siap isi semua, nurse bagi no giliran..
Sebelum tu kena check berat, tinggi & tekanan darah dulu..
Tunggu la turn untuk di panggil pergi ambik air kencing & check darah..

Masuk je bilik check darah, terus cuakkkk..
Sakit kena ambik darah T___T
Jumpa lagi nurse yang ambik darah time buat test hiv nak kahwin dulu..

Nurse cucuk je jarum, bagai di sentap..
Dah siap tengok darah penuh 1 tabung uji kecik tu..
Lepas tu kena hantar sample darah tu ke lab untuk result..
Kena tunggu lagi untuk tau darah ok tak semua..

Dah setel semua kat luar, tunggu lagi giliran nak masuk bilik jumpa nurse..
Masuk je bilik, nurse tu membebel la pulak..
Cakap awak datang klinik lambat nak bukak pink semua..
Nurse/doc dah ada appointment masing-masing..
Mana la sy tahu nurse oiiiii..
Sy pon baru first time datang klinik ibu anak ni.. T__T
Dia dah bebel2 sy pon di suruh baring..
Kena tanggal kan cangkuk bra..
Nurse tu nak check breast, leher, kaki semua..


Ni la rupa buku pink mengandung sy..
Setel semuanya pukul 12lebih dah siap..
Balik rumah terus tido tak ingat donia.. Hahaha..
Next appointment check up 24 Oct 2014 9pagi..


Nurse bagi pamplet ni untuk baca..

Love, Rina Ellisa

No comments:

Post a Comment