Followers

Sunday, 28 September 2014

RinaIrsyad's Wedding Review - Henna by Nurul Huda

Hi & Assalammualaikum..

2 May 2014, Friday


Mula-mula kak Huda nak datang petang untuk pakaikan inai..
Tapi petang tu sy nak keluar pergi ambik kak sue(pengapit sy) kat ktm nilai..
Jadinya, deal dengan Kak Huda start berinai malam..

Kak Huda tengah sarat mengandung..
Tengah sarat2 pon dia gagahkan jugak diri untuk setel kan job dia sebelum bersalin..
Sebab sy booking dengan dia dari tahun lepas lagi..
Dia nak cancel kan tak sampai hati..

Lepas magrib tu, dah siap semua ambik kak sue kat ktm, mandi siap2 tunggu Kak Huda sampai..
Kak huda sampai je, terus berinai..
Tinggal la kitaorang berdua je dalam bilik berinai..


Credit Website : www.mukhrizudey.com
Credit FB : Mukhriz Latif & Udey Ismail Photography

Sy request design macam ni..
Kak Huda pon ok boleh buat kan..


Di sebabkan kitaorang berdua je malam tu dalam bilik, takde la sapa nak ambik kan gambar tengah berinai..
Ni pon mula2 je sy sempat snap..
Lepas pada tu dua2 tangan dah berinai, macam mana nak pegang talifon..


Dalam pukul 11malam siap dahberinai kaki dan tangan..
Fuhhhh kematu montotttt.. =D
Kat kaki, sy nak simple je..
Senang nak bergerak ke sana sini..


Design kak Huda buatkan sama lebih kurang dengan contoh gambar yang sy bagi tu..
Sy suka & puas hati!

3 May 2014, Saturday



Yang ni gambar esok nya..
Inai jadi merah sangat-sangat..
Rasa tak caya pon ada nak nikah haritu siap pakai inai semua.. Huhuhu..


Suka nya dengan inai sayaaaaaaaaaa!!! =D

10 May 2014, Saturday


Inai ukir dalam seminggu tu dah hilang..
Mana tak nya, asyik main air je.. Basuh pinggan la, masak la.. Hihihi..
Tapi masa nak kenduri bertandang sebelah lelaki, sy sempat touch up inai kat kuku je..
Kang nak tambah2 ukir jadi tak cantik pulak..
So, biarkan je inai ukir tu nampak tak nampak macam tu..

Alhamdullillah sy puas hati dengan inai kak Huda buatkan ni..
Walaupon free henna termasuk dalam pakej make up untuk 3 kali, kak Huda tetap buatkan yang terbaik..
Kalau rasa nak hire Kak Huda untuk buat henna, boleh search FB dia Nurul Huda..
Kak Huda ni sporting & gila-gila.. Seronok berkerja dengan dia! =D

Love, Rina Ellisa

6 comments: