Followers

Tuesday, 28 October 2014

RinaIrsyad's Wedding Review - Outdoor 10 May 2014

Hi & Assalammualaikum..

10 May 2014 (Sat), Taman Saujana Hijau Putrajaya

Lepas habis majlis kat dewan, terus pergi photoshoot outdoor kat Taman Saujana Hijau Putrajaya..
Tempat ni famous orang buat photoshoot pre wedding/wedding, maternity dan lain-lain lagi la..
Kitaorang photoshoot tak sampai 1jam pon..
Sebab cuaca time tu dah mendung..
Tak lama lepas tu, tetiba hujan rintik-rintik..
Pasrah la pengantin & OP beransur pulang.. Wuhuhuu..

Walaupon tak sampai sejam pon photoshoot, tapi tetap puas hati dengan gambar/pose yang ada..
Janji ada gambar time outdoor..
Kalau tak, menyesal seumur hidup tak dapat photoshoot outdoor.. Huhuhu..

Kalau di ikutkan, taman saujana hijau ni sangat luas..
Banyak pelusuk tempat yang cantik menarik..
Tapi di sebabkan dah nak hujan time tu..
Mana sempat je kitaorang lalu untuk shoot..
Kat bawah ni antara gambar outdoor wedding sy..

















Cuba tengok betul-betul gambar yang last ni..
Ada hujan rintik-rintik..
Time ni jalan tu dah basah..
Dress yang meleret-leret pon dah habis basah..
Tapi tetap nak posing jugak sampai nak tunggu hujan lebatttt.. Hahaha..

Hujan nak makin lebat, laju2 masing masuk dalam kereta lepas tu terus la balik ke rumah..
Maka, habis lah majlis haritu..
Walaupon macam sebak je bila semua nya dah berakhir..
InsyaAllah segala kenangan manis pahit masa buat preparation kawen, masa majlis berlangsung tetap sy ingat sampai bila-bila..

Love, Rina Ellisa

Pregnancy Journey - Jatuh Depan Bilik Air

Hi & Assalammualaikum..

27 Oct 2014, Monday

Malam tu pergi klinik maria kota warisan sebab sy kencing kotor..
Lepas tu doc advise minum air banyak-banyak..
Sy pon malam tu minum je la air macam biasa..

Awal-awal pregnant memang kerap kencing..
Tiap-tiap malam mesti bangun nak buang air..
Tah macam mana, pagi tu dalam pukul 3pagi..
Sy terjatuh lepas keluar dari bilik air.. Y__Y
Jatuh depan pintu bilik air..
Sy panik terus jerit panggil eshat..
Eshat pon mengelupur la bangun bila dengar bini dia menjerit..
Eshat time tu reaksi dia memang terkejut..
Dengan suara dia macam nak menangis.. :o

Dia papah sy duduk atas katil, lepastu dia bebel2 marah sy..
Huwaaaa orang dah la sakit terjatuh..
Kena bebel lagi.. Makin banyak la airmata gugur..
Bukan nak pujuk ke apa.. Marah lagi ada..
Lepas dia dah bebel2 baru dia pujuk.. Hahaha..
Tak sangka benda2 camni boleh jadi..
Yela kita kalau bangun nak terkencing pagi2 buta mesti la tengah mamai-mamai kan..

Lepas eshat papah sy duduk atas katil tu, sy takot nak tengok seluar..
Kot-kot ada bleeding ke.. Y__Y
Eshat suruh check.. Tapi sy taknak.. Terus tido kot time tu..
Siku dua-dua lengan sakit.. Ada lebam sikit, ada luka sikit..
Nasib baik masa jatuh tu, sy tahan guna siku..
Kalau punggung jatuh dulu tak tau la apa jadi.. Hmmmm..
Esok nya pagi2 terus pergi klinik scan..

Pagi check kat klinik maria..
Sy suka pergi klinik maria tu..
Sebab Dr.Seha best.. Cara dia advise tu seronok..
Tapi pagi tu bukan Dr Seha yang duty..
Doktor lelaki yang duty.. Eshat pon izinkan..
Sebab tak pikir apa dah.. Memang pikir nk scan tengok baby je..
Alhamdullilah bila dah scan, Dr Sabri tunjuk jantung baby..
Lega sangat kitaorang time tu..
Cuma Dr Sabri pesan kalau ada bleeding cepat-cepat pergi hospital..


Ni gambar scan baby..
Syukur alhamdullilah baby ok takde pape..
Cuma ibu jela sakit2 badan.. Huhuhu..
Lepas pada kejadian pagi tu, nak bangun kencing je kena kejut eshat..
Risau dia bini bangun buang air sorang-sorang..

Love, Rina Ellisa

Monday, 27 October 2014

RinaIrsyad's Wedding Review - Majlis Bertandang 10 May 2014

Hi & Assalammualaikum..

10 May 2014 (Sat), Putrajaya

Lepas je habis kenduri sebelah sy, seminggu lepas tu kenduri sebelah eshat pulak..
Family memang pilih jarak seminggu je untuk majlis belah lelaki..
Hari rabu sebelum majlis hari sabtu tu, sy dah ikut eshat balik rumah family dia..
Tolong pape yang patut untuk majlis sebelah sana pulak..

Dari pelamin sampai ke catering semua nya mom in law yang uruskan..
Colour pelamin, lauk-lauk katering, tempahan dewan, doorgift semua nya mom in law uruskan..
Tapi kitaorang ada la bantu sikit-sikit mana yang perlu..

Cuma baju bertandang je kitaorang uruskan semua nya..
Sebab nak buat baju kahwin sendiri..
Kat bawah ni pelamin bertandang sy..




Sy suka pelamin bertandang ni..
Simple & sweet je colour pink ni..
Masa hari majlis bertandang baru sy tengok pelamin ni..
Memang urusan pasang pelamin semua mom in law yang uruskan..
Kira nya majlis bertandang ni, memang sy bawak badan jela.. Hihihi..


Sy start make up pukul 8lebih macam tu..
MUA kena serah diri kat hospital sebab kandungan dia ada komplikasi macam tu..
Dalam pukul 10lebih sy dah siap make up..
Awal gila.. Hahaha..
Nasib baik MUA make up bagi tahan sampai ke petang..


Jane pengapit sy masa majlis bertandang tu..
Dia la pakaikan sy tudung, baju, pakai kan veil semua..
Siap pakaikan kasut lagi.. Terharuuu!!
Dia jugak make up kan eshat pakaikan bedak semua..
Tq so much babe!

Pengantin dah siap semua, kakngah calling2 suruh gerak ke dewan cepat..
Kalau ikut dalam kad jemputan, pengantin bersanding 1230..
Tapi ada sikit miss comunication, pukul 1lebih baru bersanding..
Keluarga sy dah lama sampai kat dewan..
Diaorang kena tunggu dulu sementara pengantin sampai..
Rumah eshat ke dewan tak jauh pon..
Dalam 5-10 minit macam tu sampai dah..


Eshat minta tolong acap jadi pengapit sebelah lelaki jugak..


Huwaa rindu nak pakai dress kahwin ni.. T__T


Sampai dah dewan..
Family sy pon dah standby nak ikut berarak sekali..
Get ready nak masuk dewan..
Weeeee best nye bersanding lagi.. Hihihi..


Jalan atas kapet merahhhh..


Sy sangat suka dengan dress kahwin sy ni..
Nanti sy review entry lain..


Menuju ke pelamin..


Haa duduk atas pelamin dah..
Berdebar-debar tu masih ada..


Lepas tu bacaan doa sebelum majlis mula..


Lepastu turun untuk makan beradap pulak..


Seronok rasa nya di layan macam raja sehari.. Hihihi..


Pengantin lapor sangat ke tu?


Lepas makan beradap, acara potong cake pulak..


I suap u, u suap i.. Ok bang? Hihihi..


Acara suap menyuap mesti ada..
Pengantin macam biasa dapat rasa cake secuit jela.. Huhuu..

Kat bawah ni gambar suasana majlis berlangsung..


View dari meja makan beradap..


Dalam dewan..


Family members sy..


Family eshat bagi doorgift kat tetamu..
Tema majlis bertandang warna pink..
Jadinya, family members eshat kena pakai baju pink..
Doorgift, khemah, pelamin semua nya warna pink..


Makb boyong tengah rehat.. Hihihi..


Sepupu sepapat eshat..


Family eshat sambut pengantin nak masuk dewan..


My mom in law layan tetamu..


Haaa siap ada aiskrim lagi..


Sempat lah jugak pengantin makan aiskrim satu kon..
Lepas tu tinggal tanda kenangan kat baju..
Aiskrim jatuh terkena baju..
Sampai sekarang baju kawin ni tak hantar dobi lagi nak cuci.. --'

Haaaa pengantin kena panggil nyanyi lagi..
Kitaorang belasah jela nyanyi lagu baldu biru..
Kalau tak sedap tu mintak maap la yeeee.. :p

Ramai jugak kawan-kawan eshat datang majlis bertandang ni..
Kawan-kawan sy pon ada jugak yang datang..
Mana yang tak dapat datang majlis sebelah sy, diaorang datang majlis sebelah eshat ni..

Pukul 5pm macam tu kitaorang dah gerak pergi shoot outdoor..
Hari pon mendung petang tu..


Alhamdullilah kedua-dua majlis kitaorang selesai dengan jayanya..
Berbulan-bulan buat preparation, stress, sakit kepala..
Tu semua benda biasa kalau nak buat majlis kahwin.. Weeee..
Berkat doa, kesabaran dan kegigihan kitaorang dan ahli keluarga, majlis berjalan dengan lancar..
Terima kasih kepada semua ahli keluarga yang terlibat secara langsung atau tak secara langsung dalam majlis kitaorang ni..
Tidak ketinggalan jugak untuk kawan-kawan yang sudi membantu..
Hanya tuhan dapat membalas jasa dan keringat semua..

Mana ada terkurang tercacat cela kat mana-mana, harap di maafkan..
Terima kasih dengan hadiah, doa dan kehadiran semua ke majlis perkahwinan kami..
Doakan kebahagian sy & suami yea! :)

Love, Rina Ellisa

Sunday, 26 October 2014

RinaIrsyad's Wedding Review - Table Centerpiece

Hi & Assalammualaikum..

Kalau google, macam-macam jenis table centerpiece yang ada..
Simple & cantik-cantik..
Di sebabkan barang-barang ada, sy nak buat lah table centerpiece ni..
Table centerpiece ni letak kat atas meja untuk belah lelaki je..
Senang tag awal-awal..
Nanti takde tetamu lain duduk meja tu..

Sy buat dalam 6pcs je..
Nak buat untuk semua meja malas.. Huhu..
Barang-barang pon guna je apa yang ada..
Cuma batu colourfull tu je beli kat kedai RM2..
Barang-barang lain lebihan masa buat doorgift dan bunga pahar..


Barang-barang yang sy guna kan untuk DIY table centerpiece :-
1) Botol Jar
2) Lidi Satay
3) Doily Paper
4) Bunga Plastik
5) Double Tape
6) Batu Colourfull

Sy start buat pon 2 3 hari sebelum majlis..
Sebab simple je bunga meja ni..
Tak sampai sejam dah siap..


Step 1
Lekatkan doily paper 2pcs guna double tape..
Kalau guna gam, nanti tak cantik.. Macam gelembung2..
Make sure letak lidi satay kat tengah2 antara doily paper tu..


Step 2
Masukkan batu colourfull & bunga-bunga plastik dalam botol jar..
Batu colourfull tu agak-agak je letak..
Asalkan botol jar tu dah berat, ok dah tu..

Step 3
Last sekali letak kan je lidi satay yang dah siap di lekatkan dengan doily paper tu..
Senang je..


Ni lah hasil DIY table centerpiece sy..
Simple je..
Asal kan ada untuk tag meja untuk keluarga lelaki..

Ni tengok contoh table centerpiece yang lain-lain :-
Link 1
Link 2
Link 3
Link 4

Selamat men DIY b2b kat luar sana..
Enjoy ur wedding preparation..
Nanti mesti rindu nak buat semua-semua tu..
Trust me bebeh! =D

Love, Rina Ellisa

Friday, 24 October 2014

RinaIrsyad's Wedding Review - Guestbook

Hi & Assalammualaikum..

Guestbook sy minta tolong kak suhaila (kakak angkat) buatkan..
Dia memang kreatif bab-bab seni ni..
Bagi apa je kat dia, mesti jadi..
Dulu time sekolah teknik, macam-macam jenis nota dapat dari dia..
Comil-comil pulak tu..

Jadi, untuk guestbook ni sy bagi 100% idea kat dia untuk buat..
Cuma sy bagitau tema wedding je..
Sy supply dia border lace kuning & softcopy gambar-gambar je..
Yang lain-lain dia buatkan..
Masa dia whatsapp gambar progress guestbook tu, sy memang tak sabar nak tengok depan-depan..
Mesti meletop la hasil nya nanti..

Kak suhaila sampai rumah sy 3 hari sebelum majlis..
Malam masa sy tengah pakai inai, dia sempat lagi touch up guestbook ni..
Sekali dah dapat kat tangan, berat gilerrrrr guestbook ni..
Tapi sy sukaaaaaaaaaaaa.. :)


Pen/Marker minta sarah bawak kan..
Sy memang tak sempat nak pergi beli dah..
Pergi ke mydin banyak kali dah..
Mesti terlupa je nak beli pen/marker colourfull..
Nasib baik la sarah bawak kan hari majlis tu..


Taraaa ni la hasil kreatif kak suhaila..
Memang cantik sangat..
Sy suka!


Sy ada bagi beberapa contoh guestbook kat dia..
Untuk panduan dia cari idea ke..
Tapi guestbook yang dia buatkan ni memang lain dari yang lain..
Tak sangka hasil secantik camni..


Kertas bahagian dalam guestbook ni, kak suhaila guna kertas lukisan..
Atas kertas lukisan tu dia print kat gambar-gambar yang sy email kat dia..
Tak semua helaian kertas lukisan tu ada gambar..
Ada yang ada gambar, ada yang dia letak words je..


Signage guestbook ni pon last minit kak suhaila buatkan..
Pagi hari majlis nak berlangsung tu dia baru buat..
Dia pakai je barang-barang apa yang ada..
Tapi hasil nya terbaik!!!
Haishhh tangan orang seni buat apa pon jadi je..


Habis je majlis petang tu, signage guestbook ni tak nampak bayang dah.. T__T
Diaorang cabut buang kot..



Gambar Jane & Ekin je ada masa tulis guestbook ni..
Tq korang tuliskan wish atas guestbook tu..
Kat bawah ni antara kawan-kawan sedara-mara yang tulis wish dalam guestbook ni..


Wish dari Kak Faezah (officemate)..


Dari kak Ikin (officemate)..


Dari geng-geng eshat..


Dari antie mala..


Dari kak Ida (officemate)..


Dari Jane..


Dari kak Mahirah (officemate)..


Dari bridesmaid umie, nad, qila..


Dari kasnorniza (classmate teknik 3 ert setapak kl)..


Dari Akma (junioe ert setapak kl)..


Dari blogger kak Rina Hamid..


Dari bridesmaid Sarah..


Dari Kak Elyn (senior ert setapak kl)..
Yang ni dia tulis belah eshat kat putrajaya..


Dari Faten (biras)..


Dari bridesmaid ema & lin..


And last from kak Sha (officemate)..

Ni sebahagian ucapan yang ada..
Nak snap gambar banyak-banyak jenuh pulak nanti.. Hehehe..
Guestbook ni sy guna kedua-dua belah majlis..
Sebelah sy guna, majlis sebelah eshat pon guna..
Tu minta kak sue buatkan tebal sikit..
Tapi tak habis guna semua kertas lukisan ni..

Belah belakang guestbook ni, sy tampal kan kad-kad hadiah, kad kahwin, signage..
Dari terbiar je kosong macam tu je, sy letak je apa yang patut..

Tq semua yang sudi tuliskan ucapan dalam guestbook ni..
Bila boring-boring kat rumah, bukak balik baca guestbook ni, senyum-senyum je baca..
Macam-macam ucapan ada.. :)

Dan tq so much kak suhaila dengan penat lelah perah idea untuk hasilkan guestbook ni..
Tq jugak hadiahkan guestbook ni untuk Lisa..
Alhamdullilah guestbook impian tercapai..

Love, Rina Ellisa