Followers

Wednesday, 22 October 2014

Pregnancy Journey - Check Up 13 Weeks 1 Day (Minum Air Gula)

Hi & Assalammualaikum..

21 Oct 2014 (Tues), Klinik Kesihatan Salak 

Berat : 41kg
Baby : 13 weeks 1 Day (3 bulan lebih)

Last check up 24 Sept haritu, nurse pesan suruh puasa start pukul 10malam untuk minum air gula esok nya..
Tapi malam tu sy terlajak minum sampai pukul 10.02 rasa nya.. Hihihi..
Rahsia tau jangan bagitau sapa-sapa.. :p

Appointment pukul 8pagi untuk minum air gula dulu..
Tapi sy sampai klinik dalam pukul 8.15am macam tu..
Letak buku pink dalam bakul, lepas tu dapat no giliran..
Masa sampai tu, ada 2 orang tengah minum air gula..

Timbang berat sy dulu..
Naik 1 kilo dari last check up, jadi nya berat terkini 41kg..



1)Ambik Darah
Dah dapat no giliran, nurse panggil nama untuk ambik segala tag fullname..
Tunggu no giliran lagi depan bilik ambik darah..
Kena ambik darah dulu sebelum nak minum air gula..

Masuk je bilik darah tengok ada dua orang praktikal student..
Diaorang dah standby kat tempat ambik darah tu..
Alamak diaorang ke ambik kan darah.. Mesti sakit ni..
Sekali betul diaorang ambik darah sy..
Praktikal student sorang ni ambik darah sy, muka lemah lembut je..
Sekali dia cucuk jarum, uwaaaaaaaaa terasa sakit sangatttttttttt!!

Lepas tu nurse tu cakap kat dia, kalau salur darah dia besar, masuk jarum sikit je..
Jangan masuk jarum dalam-dalam..
Huwaaaaaaaaaaa.. patut lah sakit.. T___T
Nasib baik dia cakap sorry..

2)Ambik Air Kencing
Dah siap ambik darah, kena bagi sampel air kencing pulak..

3)Minum Air Gula
Dah siap ambik darah, dah bagi sampel air kencing baru lah boleh minum air gula..

Orang cakap air gula ni manis giler giler..
Tapi sy rasa ok ok la..
Takde manis sangat..
Tahap boleh telan lagi la..
Rasa macam kalau bancuh air berperisa tu, kita letak gula banyak banyak sampai manis gila..
Haaa macam tu la lebih kurang..
Cuma beza air gula yang sy minum ni takde perisa pape..
Hanya air gula semata..
Nasib baik air gula tu panas-panas suam..
Boleh la minum sikit-sikit lama-lama habis..
Ambik masa 10 minit jugak la nak habis kan..

Habis je minum berair-air mata.. Huhu..
Ada akak sebelah sy tu, dia 2 3 kali tenguk je dah habis air gula dia..
Hebatlah dia..
Lagipun dia dah masuk anak ke 3 ke 4 macam tu..
Dah tak kesah dah minum air gula tu..

Dah siap minum air gula dalam pukul 9lebih, kena tunggu 2jam untuk ambik darah lagi..
Nurse suruh tunggu je kat klinik, duduk je kat kerusi..
Sy malas tunggu kat klinik tak boleh nak baring-baring..
Sy & eshat terus je balik rumah..

Lepas minum air gula tu, ingat kan boleh la makan ke minum ke..
Sekali tak boleh makan minum pape lagi..
Haaa berlapar la lagi 2 jam.. T____T
Sampai sakit perut sebab lapar..


Pukul 1130am sampai klinik, terus masuk bilik ambik darah..
Kali ni yang ambik darah practikal student yang sorang lagi..
Muka rock habis, tapi ambik darah elok je..
Tak rasa sakit masa first sy ambik darah pagi tu..
Minta dia cucuk belah kiri pulak..
Pengsan kang kalau 2kali ambik tempat yang sama..
Jangan di sangka muka lemah lembut tak ganas buat kerja.. Huhuu..

Lepas ambik darah, nurse bagitau kena check perut..
Macam mana tah boleh ter miss check sekali..
Nurse tengok dalam buku pink, awak kena check perut ni..
Sepatutnya masa nak tunggu 2jam tu, boleh dah check perut..
Ni lepas ambik darah, kena tunggu turn masuk bilik jumpa nurse..
Nasib baik kejap je tunggu giliran..

Masuk bilik, nurse tanya ada alahan apa-apa lagi tak..
Check perut nurse tekan-tekan sikit..
Dia cakap baby kecik lagi..
Tak rasa pape lagi..
Dah siap semua, nurse bagi obimin lagi..

Next appointment 18 Nov 2014, 3pm..
Kali ni nak try appointment petang..
Dengar cerita, kalau petang orang kurang sikit..
Takde la azab sangat menunggu..

Love, Rina Ellisa

No comments:

Post a Comment