Followers

Thursday, 16 October 2014

RinaIrsyad's Wedding Review - Baju Sanding, Tudung, Veil & Sanggul Lintang

Hi & Assalammualaikum..

Masa nak cari baju sanding, pening sangat..
Kan macam-macam design baju ada..
Yang jadi masalah nya, sy ni kurus sangat..
Cuba jugak cari design baju bila sy pakai tak nampak sangat sy ni kurus..

Survey sana survey sini, last sekali ambik keputusan buat baju sendiri je la..
Masa tu memang mengila mencari nak guna kain apa, nak buat design apa, nak cari tailor semua..
Habis semua benda sy google, tanya exb2b semua la..
Nak seribu daya, taknak seribu dalih..
Haaaa gitu la sy pegang bila dah decide NAK BUAT BAJU KAHWIN SENDIRI..

Ada pro and contra jugak kalau buat baju kahwin sendiri..
Kalau buat baju kahwin sendiri ni, dari A sampai Z semua kita buat sendiri..
Ke hulur ke hilir penat sikit la..
Sebab macam-macam kita kena cari kena sedia sebelum serahkan semua nya pada tailor untuk magic kan jadi baju kahwin nanti..
Cuma jahit baju je sy hantar tailor..
Tak cukup ilmu lagi nak jahit baju kahwin sendiri.. Huhuu..

Kalau nak sewa je baju kahwin kat butik, sediakan duit je..
Bayar deposit, pergi fitting, ambik baju sebelum majlis dan lepas tu setel..
Tak payah fikir apa jenis kain apa jenis design semua nak..

Jadinya tepuk dada sendiri apa yang kita nak buat untuk hari bahagia kita..
Rancang, lakukan, usaha, gigih, sabar & tawakal..
InsyaAllah dapat apa yang kita nak kan..

Haa panjang pulak mukadimah entry ni..
Ni sy nak cerita baju kahwin sy & eshat..
Harap harap dapat bantu b2b kat luar sana yang nak buat baju kahwin sendiri..
Kat entry ni sy akan bagi info yang sy rasa berguna untuk di kongsi kan..

Untuk baju sanding sebelah sy, kitaorang decide nak pakai songket..
Sebab rumah sy kawasan kampung..
Sesuai la pakai songket ni..

Langkah Pertama - Survey design
Boleh klik link bawah ni untuk contoh-contoh design baju songket :-
Songket Fouziah Gous & Zhaf
Songket Apek & Leuniey Natasha
Songket Farid Kamil & Diana Danielle
Songket Awal Ashari & Scha Alyahya

Dah survey semua design baju songket yang ada, kitaorang pilih design Songket Awal Ashari & Scha Alyahya..
Kira baju kahwin kitaorang inspired bulat-bulat ikut Awal & Scha la.. Huhuhu..
Harihari sebelum tidur mesti tengok gambar baju kahwin diaorang..
Excited sebab tak sabar nak buat baju kahwin sendiri.. Hahaha..

Langkah Kedua - Beli Kain Songket
Sebelum pergi beli kain, gigih sy google mana nak beli kain songket, mana nak dapat murah semua..
Sy jumpa entry dari blogger Yaya Ayarus..
Entry dia sangat membantu sy..
Klik link ni untuk cerita sy pergi beli kain songket..

Langkah Ketiga - Beli Pearl & Lace
Setel beli kain songket, nak cari lace & pearl pulak..
Untuk letak atas baju songket & veil nanti..
Klik link ni untuk cerita sy beli lace & pearl..

Langkah Keempat - Tempah Baju
Dah setel beli kain songket, cari pearl dan lace, dah confirm design, baru boleh hantar tempah baju..
Klik link ni untuk cerita sy hantar baju kat tailor..

Langkah Kelima - Fitting Baju
Dah bagi semua sepenuh kepercayaan kat tailor untuk buat baju kahwin..
Tiba masa dapat call dari tailor untuk fitting baju pulak..
Excited lagi nak fitting dan nak tengok baju sanding sendiri.. Hihihi..
Klik link ni untuk cerita fitting baju..

Langkah Terakhir - Hantar Dobi & Get ready pakai
Dah final fitting baju songket, dah puas hati, baru boleh ambik segala semua baju veil tengkolok semua..
Lepas tu sy terus hantar dobi & minta iron siap-siap..
Bila dah ambik dari dobi, boleh terus pakai hari sanding nanti..
Tak payah pening2 lagi pikir nak gosok lagi..

Jadi setel dah bab kronologi cara sy buat baju sendiri..
Kat bawah ni sy cerita sikit mana yang boleh di kongsi kan..

Baju Sanding Perempuan


Design baju sy ikut sama macam songket wedding Scha Alyahya..
Cuma tampal lace je lain..
Untuk tampal lace, sy serahkan pada tailor je..
Ikut la macam mana dia nak tampal lace tu..
Asalkan nampak cantik & simple je..

Kat bahagian pinggang ke bawah baju songket ni kembang sikit..
Jadi kat situ lah sy sorok kan kurus nya sy ni.. Huhuhu..
Baru lah confident sy nak pakai baju kahwin idaman hati.. :p

Alhamdullilah sy puas hati dengan lace & pearl yang dia buatkan..


Tampal lace penuh kat bahagian dada, kat pinggang bahagian depan & hujung lengan..
Lace & pearl yang sy bagi kat tailor pon cukup cukup je..
Sy guna lace kuning untuk naik kan warna bila di padankan dengan songket hijau ni..
Untuk pearl sy guna 6 colour yang berbeza..
Klik sini untuk info..
Hujung lengan & bahagian baju belakang sy letak butang bungkus warna kuning..
Boleh tengok gambar lain yang tunjuk gambar butang bungkus kat lengan..


Ni gambar penuh baju songket sy..
Sy sangat sangat puas hati tailor buatkan baju ni..
Rasa taknak bukak nak bawak tidur je.. Hahahah..

Tudung


Tudung sy beli sekali dengan tudung nikah kat jalan TAR..
Harga RM15 saje..
Tudung ni jenis chiffon halfmoon..
Dalam sy pakai inner cotton..
Nasib baik ok je pakai halfmoon ni..
Kalau tak mengagau jugak cari tudung kalau kalau tetiba tak menjadi pakai tudung ni..

Sanggul Lintang


Sanggul lintang ni sy sewa dari butik Juntaian Qaseh Dizara Bandar Baru Salak Tinggi Sepang..
Harga sewa sanggul lintang ni RM80..
Nak nampak dari lain yang lain, sy pakai sanggul lintang ni..
Selalu pengantin pakai crown je kan..
Sy pilih pakai sanggul lintang ni..
Berat sikit je.. Kena pin betul betul biar lekat kat tudung..
Kang tengah seronok2, tetiba sanggul lintang pengantin tercabuttt..
Maluuuuuuu laaaa.. Hahaha..

Veil


Untuk buat veil, sy minta tailor provide kain untuk veil..
Sy cuma sedia kan lace & pearl je..
Lebihan lace & pearl tailor lekatkan kat veil..
Veil sy request taknak labuh sangat..
Ikut ukuran veil nikah..
Sebab nanti tak nampak butang bungkus bahagian belakang baju songket ni..

Baju Sanding lelaki


Untuk baju sanding eshat ni, sy tempah sekali dengan tailor yang sama..
Senang kerja bila nak datang fitting nanti..
Baju lelaki tak banyak sangat kena orter..
Tailor buatkan sekali terus ok..

Tanjak, Bengkung, Sampin
Untuk ketiga tiga set ni kitaorang tempah sekali kat tailor..
Cuma sediakan kain songket je..

Brooch Bulan Sabit
Brooch kitaorang beli kat jalan TAR..

Rantai, Keris
Rantai & keris sy sewa sekali kat Butik Juntaian Qaseh Dizara Bandar Baru Salak Tinggi Sepang..


Ni baju sanding eshat..
Alhamdullilah dia suka dengan baju yang tailor buatkan ni..
Sampin tu dia pakai sendiri je..
Di bantu oleh ibu mertua sy..


And last, ni lah baju kahwin idaman kitaorang..
Dapat jugak pakai walaupon macam macam benda kena buat..
Hasil nya sangat puas hati..
Yeayyyyyy!!! =D

Kalau nak cari kain songket, boleh beli kat sini :-

Silver Star Wedding Gallery
Lot No G10, G11, G12, G13, Ground Floor
Plaza City One, Jalan Munshi Abdullah, 50100 Kuala Lumpur
Tel : 03 - 2692 7986/ 03 - 2721 2349
Fax : 03 - 2694 7986
Email :ssw404@gmail.com
Website : www.silverstarsdnbhd.com.my

Kalau nak cari pearl & lace, boleh beli kat sini :-

DIY Collection Trading
A1-22-23, Tingkat 1, Blok A
Pusat Pemborong GM Klang
Jalan Kasuarina 1/KS6, Bandar Botanik
41200 Klang Selangor
Whatsapp : 012 - 658 3822 / 016 - 699 1886

Kalau nak contact number tailor, email sy :-

rina_ellisa@yahoo.com

Kalau nak sewa sanggul lintang, boleh contact :-

FB : Mirra Adilla (Juntaian Qaseh Dizara)


Kalau nak sewa baju sanding perempuan & baju sanding lelaki, email sy :-

rina_ellisa@yahoo.com

UPDATE 1 OCT 2015!!!!
KLIK ENTRY NI UNTUK CONTACT NUMBER TAILOR & ADDRESS

Love, Rina Ellisa

23 comments:

  1. Awkkk, nk tahu harga tempah please. Inspirasi ni sebab sy pon kurus jugak. Baju sanding ni tak nk buat utk tempahan ke? Hehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam rina. saya pun nak tahu harga tempahan. terima kasih.

      Delete
  2. Warna baju cantik sangat matching dengan lace pearl semua. Make up pun cantik padan dengan baju. Tapi kan, time beli warna lain kan kan kan?



    p/s: share la butik tu kat mana Rina. Ahkak ni jenuh nak cari tailor nak tempah baju pesen2 :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kak masa beli kain lain. Lepas tu tukarrr.. hehehe..

      Ok done share dgn akak kan ;')

      Delete
  3. Replies
    1. Email rina utk details ea rina_ellisa@yahoo.com

      Tq ;)

      Delete
  4. adore dgn rina sbb bt baju songket sendiri..gigihnya rina then hasil die mmg cantik plak tu !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq fa.. alhamdullilah rina dapat jugak pakai baju idaman hati :')

      Delete
  5. sanggul tu xgerak2 ke dear? mcm tringin tp mcm xconfident. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak gerak sya.. kena pin banyak2 sikit. Pakai la sya. Nampak lain daripada yang lain nanti :')

      Delete
  6. Wahhh sanggul lintang tu cantik. Sesuai la dgn songket, betul nampak lain dari lain. Nanti Reen pon nak pakai songket, boleh la nak pakai sanggul lintang jugak. Hehehhe:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh2.. nti reen pakai la sanggul lintang.. nampak lain dari yg lain nanti :)

      Delete
  7. Salam, awakk, cantik sgt the songket. Bleh share kt mana tempah baju tu. And harga tempah pls, thankyouu :D melurjasmine11@gmail.com

    ReplyDelete
  8. Cantik cantik baju rina... Kene dengan tuan badan.. Btw tahniah dear.. semoga bahagia hingga ke Jannah.. Aamiin..

    ReplyDelete
  9. Your page ni sangat membantu.. thank you so much!

    ReplyDelete
  10. Salam awak nak tanya.Panas tak pakai songket?

    ReplyDelete
  11. Salam.. Sy nk tnya brp ya harga sewa baju prempuan n bg lelaki samping n tanjak shj?

    ReplyDelete
  12. Hai dear.boleh taw tempah baju di man?:)

    ReplyDelete
  13. Assalam. Boleh tak emailkn detail tailor. tofik_rahman91@yahoo.com. thnx ye ☺

    ReplyDelete
  14. Salam sis. Awak pakai pin apa ya utk lekatkan sanggul lintang dekat tudung? Terima kasih.

    ReplyDelete
  15. boleh sy tahu , kat mana tempah baju kawin tu ?? cantik sgt 😍

    ReplyDelete