Followers

Monday, 20 October 2014

RinaIrsyad's Wedding Review - Bridesmaid & Bestman

Hi & Assalammualaikum..

Tanpa bantuan bridesmaid, tak tahu la kelancaran majlis kahwin sy macam mana..
Mesti mak tak cukup tangan hari majlis tu..
Alhamdullilah sy ada kawan kawan yang sudi membantu..

Jadi sy nak kawan kawan sy pakai baju sama dan cantik cantik untuk hari majlis kahwin sy..
Mula la sy survey design & warna macam mana yang paling dabomm untuk diaorang..
Klik SINI untuk cerita sy survey design..
Sy nak warna baju bridesmaid mesti contra dengan baju pengantin..
Nanti warna baju sama pulak dengan pengantin, tak cantik la dalam gambar..


Ni bestman(pengapit) eshat & pengapit sy..
Acap kawan eshat, kak sue akak angkat sy masa sekolah teknik dulu..
Eshat macam biasa last minit baru tanya kawan-kawan dia untuk jadi pengapit..
Baju melayu kuning ni pon last minit kitaorang beli kan..

Lama dah tak jumpa kak sue..
Last jumpa masa sekolah menengah..
Lepas tu mana ada jumpa dah..
Nasib baik kak sue nak tolong jadi pengapit masa hari majlis tu..


Mereka ialah 8 bridemaid sy yang jelita pada hari majlis :-
Nadia
Umie
Lean
Ema
Qila
Jane
Kak Suhaila
Sarah

Diaorang semua ni kawan kawan lama..
Asa dari sekolah rendah, dari sekolah menengah ada, dari kawan kepada kawan pon ada..


Untuk bridesmaid, sy sponsor diaorang kain ela untuk tempah sendiri baju..
Design apa semua dah bincang masa jumpa nak bagi kain masa tu..
Ada jadi isu jugak corak kain ni masa bridesmaid sy pakai baju ni..

Macam-macam gelaran diaorang dapat..
Tak tahu la kenapa ada je tak puas hati..
Sy tengok corak kain ni, design baju ni elok je diaorang semua pakai..
Tak tahu la kenapa ada yang sakit hati sangat tengok, sampai cakap bukan-bukan..
Janji bridesmaid sy cukup pakai kain, tutup aurat semua..


Cuma kak sue je sy terbagi kain ela plain 4meter..
Ingat nak buat lain sikit dari bridesmaid yang lain..
Sebab dia pengapit sy..
Tapi bila bergambar ramai-ramai sekali, dia lain kat situ..

Sy sponsor kain ela & pin shawl..
Tudung diaorang plan sendiri nak beli warna sama..
Yang tampal tampal lace tu, ikut citarasa sendiri..
Sy tak kisah pon..



Tapi walaupon bermacam-macam ayat-ayat tak sedap diaorang dengar, diaorang tetap happy je..
Walaupon sakit la jugak hati diaorang ni, tapi diaorang berseronok je masa majlis sy tu..
Biarlah apa orang nak cakap pon..
Ada sy kesah??????








Rindu pulak kat korang bila tengok balik gelagat korang dalam gambar2 ni..
Happy je muka semua..
Walaupon berpeluh peluh masa hari tu kan.. Hahaha..


Diaorang semua ni giler selfie..
Lagi ada antara diaorang supply monopod haritu..
Kerja berselfie jela diaorang..

Selfie selfie pon, kerja tetap jalan..
Kalau tak jalan, tak smooth la majlis sy kan..


Ni tak sure la tugas-tugas diaorang dah habis ke belum...
Masing masing lepak santai..
Nampak nye macam lean je ketua diaorang kat situ.. Hahaha..


Haa tengok ni selfie lagi..
Nampak kepala je dari atassss.. Hahahaha..

Habis dah tugas tugas diaorang masa majlis tu, last tugas kena teman pengantin pergi outdoor..
Jom layan gambar outdoor pulak..










Diaorang lah meng havoc kan keadaan masa shoot outdoor tu..
Macam-macam pose ada..Happy sangat!


And gambar last sebelum semua bersurai..
Masa nak balik tu, tetiba sy rasa sedih pulak..
Macam nak berpisah lama-lama..
Padahal lepas tu boleh jumpa lagi..

Tetiba sy rasa macam terharu dengan kesungguhan diaorang tolong masa hari majlis tu..
Tq so much korang!!
Dan tq jugak bagi hadiah kahwin yang sangat best dan berguna..
Hahahaha..
Harap hubungan persahabatan kita berkekalan sampai bila-bila.. Amin..

Love, Rina Ellisa

3 comments:

  1. Hahahahahahahahahahahahaha part hadiah tu ! Hahahahahahahahahaahahahahaha. Amek kau panjang gelak den. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.. shhhtttt jgn bagitau org hadiah apaaa.. hahahaha..

      Delete
  2. Eh eh Jane lah. Patut nmpk cam kenal. Zoom lagi, sah kenal. Hehehe:)

    ReplyDelete