Followers

Wednesday, 22 October 2014

RinaIrsyad's Wedding Review - Doorgift

Hi & Assalammualaikum..

Doorgift ni bab paling best buat..
Tapi makan masa jugak la nak buat keputusan nak bagi apa untuk tetamu yang datang..
Mula-mula plan nak bagi sejadah mini..
Kira-kira terlebih budget..
Lebih tu plan lain nak bagi fridge magnet..
Pon bila dah kira kira terlebih budget lah pulak..

Doorgift Tetamu

Last sekali bagi je makanan ringan untuk tetamu..
Tapi banyak kerja sikit la nak buat doorgift ni..
Kena celup doily paper, kena tampal sticker, kena isi makanan ringan dalam kotak..
Nasib baik lah ramai sedara mara yang tolong habis buatkan..
Masa 2 3 minggu sebelum majlis, dah start packing doorgift ni..
Di sebabkan ada je makanan ringan tu tak cukup, ada la jugak kena packing 2 hari sebelum majlis..
Tapi alhamdullilah doorgift siap jugak sebelum majlis berlangsung..


Sy jumpa info kotak doorgift ni kat blogger ni..
Sejak jumpa entry dia, rasa tak sabar nak pergi survey dan beli..
Mula-mula sy survey dulu tengok kotak ni ok ke tak, besar ke kecik ke..
Lepas dah tunjuk kat mak semua, mak pon cakap ok..
Cuma pikirkan kemudian je nak letak apa dalam ni..
Klik SINI kalau nak beli kotak doorgift ni..


Sy tampal doily paper berwarna atas kotak ni..
Ni tutorial DIY Doily paper berwarna Part 1, Part 2..
Ni tutorial Sticker Thank You..
Kalau nak cari kertas sticker, klik SINI..

Langkah Pertama
Sy akan siap kan semua dulu doily paper yang dah siap di warnakan..
Tampal siap siap sticker thank you..

Langkah Kedua
Dah siap semua aksesori untuk kotak doorgift, baru sy lekatkan pada kotak doorgifft..
Cuma letak double tape je belakang doily paper tu untuk dia lekatkan kat kotak tu..
Senang kerja buat step by step..

Langkah Ketiga
Baru isi makanan ringan dalam kotak ni..
Makanan ringan sy beli kat 3 tempat ni :-

Perniagaan Weng Kent
PT 5761, Jalan TS 2/1F
Jalan Semarak Nilai
Tel/Fax : 06 - 799 6121

B Scent Enterprise
PT 20576, Jalan TS 2/1F
Taman Semarak 2
Nilai 71800 Negeri Sembilan
Tel : 012 - 2855706

Kim Hok Hin Sdn Bhd
Pemborong Gula-gula dan Biskut
No.3, Jalan Besar
43900 Sepang Selangor
Tel : 03 - 3141 3010
Fax : 03 - 3142 1209
(Sy beli lolipop, fruit jelly, gula-gula campur & nips)


Ni antara makanan ringan yang sy isi..
Sy letak campur-campur segala makanan ringan yang ada..
Tak semua doorgift dapat benda yang sama..

Kalau nak carik makanan ringan yang murah2, boleh pergi kedai yang sy bagi info tu..
Kena betul betul pandai budget kan la..
Sy mula-mula pening jugak..
Kali pertama pergi kedai beli, dah kira siap-siap berapa nak letak dalam kotak..
Apa nak letak dalam kotak..
Sekali dah sampai rumah, tak cukup jugak..
Tu yang sampai 3 kedai pergi..
Pening penat, tapi enjoyyyyyyyyyyy..
Sebab tengok banyak dan macam-macam makanan ringan ada dalam kedai tu.. Hahaha..

Sy ada beli aiskrim batang..
Untuk bagi kat budak budak masa hari majlis tu..
Beli kat dua kedai bawah ni :-

Neu Econ Enterprise
No. 42 Tingkat Bawah
Jalan Besar 43000 Kajang
Tel : 03 - 8734 4836
(RM7 1 kotak/90pcs)

B Scent Enterprise
PT 20576, Jalan TS 2/1F
Taman Semarak 2
Nilai 71800 Negeri Sembilan
Tel : 012 - 2855706
(RM7 1 kotak/84pcs)

Bila dah beli kat dua dua kedai ni, baru tahu ada beza sikit jumlah aiskrim tu..
Sesiapa nak beli aiskrim batang tu nanti ke, rajin-rajin la survey..
Mana tahu boleh harga & jumlah yang berpatutan..

Doorgift Bridesmaid

Untuk bridesmaid sy sediakan hadiah yang special sikit..
Sebab diaorang tungkus lumus tolong mak hari majlis sy tu..
Kalau takde diaorang, memang tak cukup tangan mak haritu..
Macam macam benda kena buat..


Sy sediakan 10pcs paper beg..
Dalam tu ada sejadah mini, bakul, fridge magnet, brooch, cookies & doorgift..
Cookies sy letak kemudian, takde dalam gambar..
Sebab packing kemudian..
Fridge magnet tu, sy DIY sendiri je..
Nak tempah mahal.. Klik tutorial ni..
Senang je buat.. Kalau rajin, semua benda jadi lah.. Huhuhu..
Alhamdullilah diaorang suka dapat hadiah dari sy yang tak seberapa ni..

Doorgift Keluarga Lelaki

Untuk keluarga lelaki, makcik sy sponsor doorgift..
Bagitau je tema kahwin apa, diaorang sediakan semua..
Siap packing kan lagi..
Makcik hantar kat rumah, semua dah siap..
Waaaaaa lega siap 1 bab doorgift time tu..
Takyah pening pening pikir dah..


Ni je gambar doorgift yang ada..
Tak sempat nak ambik gambar isi dalam..
Tapi dalam paper beg hijau ni ada cawan, air kotak & cookies..
Lepas tu selitkan sekali letak bunga telur..
Harap harap semua keluarga pihak lelaki dapat lah doorgift ni..
Takot jugak kalau ada yang tak dapat ke..

Alhamdullilah sy puas hati dengan semua doorgift untuk hari majlis kahwin sy.. :)
Misi tercapai!

Love, Rina Ellisa

1 comment:

  1. Hai rina.. Cantik la doorgift awak. Teringat dulu nuha pun gigih diy sana sini preps utk majli kahwin. Memang enjoy to the max even penat.

    Jemput ke blog nuha. Ada entry baru: 3+1 Konsep Asas Urus Kewangan

    Thank you :)

    ReplyDelete