Followers

Monday, 27 October 2014

RinaIrsyad's Wedding Review - Majlis Bertandang 10 May 2014

Hi & Assalammualaikum..

10 May 2014 (Sat), Putrajaya

Lepas je habis kenduri sebelah sy, seminggu lepas tu kenduri sebelah eshat pulak..
Family memang pilih jarak seminggu je untuk majlis belah lelaki..
Hari rabu sebelum majlis hari sabtu tu, sy dah ikut eshat balik rumah family dia..
Tolong pape yang patut untuk majlis sebelah sana pulak..

Dari pelamin sampai ke catering semua nya mom in law yang uruskan..
Colour pelamin, lauk-lauk katering, tempahan dewan, doorgift semua nya mom in law uruskan..
Tapi kitaorang ada la bantu sikit-sikit mana yang perlu..

Cuma baju bertandang je kitaorang uruskan semua nya..
Sebab nak buat baju kahwin sendiri..
Kat bawah ni pelamin bertandang sy..




Sy suka pelamin bertandang ni..
Simple & sweet je colour pink ni..
Masa hari majlis bertandang baru sy tengok pelamin ni..
Memang urusan pasang pelamin semua mom in law yang uruskan..
Kira nya majlis bertandang ni, memang sy bawak badan jela.. Hihihi..


Sy start make up pukul 8lebih macam tu..
MUA kena serah diri kat hospital sebab kandungan dia ada komplikasi macam tu..
Dalam pukul 10lebih sy dah siap make up..
Awal gila.. Hahaha..
Nasib baik MUA make up bagi tahan sampai ke petang..


Jane pengapit sy masa majlis bertandang tu..
Dia la pakaikan sy tudung, baju, pakai kan veil semua..
Siap pakaikan kasut lagi.. Terharuuu!!
Dia jugak make up kan eshat pakaikan bedak semua..
Tq so much babe!

Pengantin dah siap semua, kakngah calling2 suruh gerak ke dewan cepat..
Kalau ikut dalam kad jemputan, pengantin bersanding 1230..
Tapi ada sikit miss comunication, pukul 1lebih baru bersanding..
Keluarga sy dah lama sampai kat dewan..
Diaorang kena tunggu dulu sementara pengantin sampai..
Rumah eshat ke dewan tak jauh pon..
Dalam 5-10 minit macam tu sampai dah..


Eshat minta tolong acap jadi pengapit sebelah lelaki jugak..


Huwaa rindu nak pakai dress kahwin ni.. T__T


Sampai dah dewan..
Family sy pon dah standby nak ikut berarak sekali..
Get ready nak masuk dewan..
Weeeee best nye bersanding lagi.. Hihihi..


Jalan atas kapet merahhhh..


Sy sangat suka dengan dress kahwin sy ni..
Nanti sy review entry lain..


Menuju ke pelamin..


Haa duduk atas pelamin dah..
Berdebar-debar tu masih ada..


Lepas tu bacaan doa sebelum majlis mula..


Lepastu turun untuk makan beradap pulak..


Seronok rasa nya di layan macam raja sehari.. Hihihi..


Pengantin lapor sangat ke tu?


Lepas makan beradap, acara potong cake pulak..


I suap u, u suap i.. Ok bang? Hihihi..


Acara suap menyuap mesti ada..
Pengantin macam biasa dapat rasa cake secuit jela.. Huhuu..

Kat bawah ni gambar suasana majlis berlangsung..


View dari meja makan beradap..


Dalam dewan..


Family members sy..


Family eshat bagi doorgift kat tetamu..
Tema majlis bertandang warna pink..
Jadinya, family members eshat kena pakai baju pink..
Doorgift, khemah, pelamin semua nya warna pink..


Makb boyong tengah rehat.. Hihihi..


Sepupu sepapat eshat..


Family eshat sambut pengantin nak masuk dewan..


My mom in law layan tetamu..


Haaa siap ada aiskrim lagi..


Sempat lah jugak pengantin makan aiskrim satu kon..
Lepas tu tinggal tanda kenangan kat baju..
Aiskrim jatuh terkena baju..
Sampai sekarang baju kawin ni tak hantar dobi lagi nak cuci.. --'

Haaaa pengantin kena panggil nyanyi lagi..
Kitaorang belasah jela nyanyi lagu baldu biru..
Kalau tak sedap tu mintak maap la yeeee.. :p

Ramai jugak kawan-kawan eshat datang majlis bertandang ni..
Kawan-kawan sy pon ada jugak yang datang..
Mana yang tak dapat datang majlis sebelah sy, diaorang datang majlis sebelah eshat ni..

Pukul 5pm macam tu kitaorang dah gerak pergi shoot outdoor..
Hari pon mendung petang tu..


Alhamdullilah kedua-dua majlis kitaorang selesai dengan jayanya..
Berbulan-bulan buat preparation, stress, sakit kepala..
Tu semua benda biasa kalau nak buat majlis kahwin.. Weeee..
Berkat doa, kesabaran dan kegigihan kitaorang dan ahli keluarga, majlis berjalan dengan lancar..
Terima kasih kepada semua ahli keluarga yang terlibat secara langsung atau tak secara langsung dalam majlis kitaorang ni..
Tidak ketinggalan jugak untuk kawan-kawan yang sudi membantu..
Hanya tuhan dapat membalas jasa dan keringat semua..

Mana ada terkurang tercacat cela kat mana-mana, harap di maafkan..
Terima kasih dengan hadiah, doa dan kehadiran semua ke majlis perkahwinan kami..
Doakan kebahagian sy & suami yea! :)

Love, Rina Ellisa

2 comments: