Followers

Sunday, 26 October 2014

RinaIrsyad's Wedding Review - Table Centerpiece

Hi & Assalammualaikum..

Kalau google, macam-macam jenis table centerpiece yang ada..
Simple & cantik-cantik..
Di sebabkan barang-barang ada, sy nak buat lah table centerpiece ni..
Table centerpiece ni letak kat atas meja untuk belah lelaki je..
Senang tag awal-awal..
Nanti takde tetamu lain duduk meja tu..

Sy buat dalam 6pcs je..
Nak buat untuk semua meja malas.. Huhu..
Barang-barang pon guna je apa yang ada..
Cuma batu colourfull tu je beli kat kedai RM2..
Barang-barang lain lebihan masa buat doorgift dan bunga pahar..


Barang-barang yang sy guna kan untuk DIY table centerpiece :-
1) Botol Jar
2) Lidi Satay
3) Doily Paper
4) Bunga Plastik
5) Double Tape
6) Batu Colourfull

Sy start buat pon 2 3 hari sebelum majlis..
Sebab simple je bunga meja ni..
Tak sampai sejam dah siap..


Step 1
Lekatkan doily paper 2pcs guna double tape..
Kalau guna gam, nanti tak cantik.. Macam gelembung2..
Make sure letak lidi satay kat tengah2 antara doily paper tu..


Step 2
Masukkan batu colourfull & bunga-bunga plastik dalam botol jar..
Batu colourfull tu agak-agak je letak..
Asalkan botol jar tu dah berat, ok dah tu..

Step 3
Last sekali letak kan je lidi satay yang dah siap di lekatkan dengan doily paper tu..
Senang je..


Ni lah hasil DIY table centerpiece sy..
Simple je..
Asal kan ada untuk tag meja untuk keluarga lelaki..

Ni tengok contoh table centerpiece yang lain-lain :-
Link 1
Link 2
Link 3
Link 4

Selamat men DIY b2b kat luar sana..
Enjoy ur wedding preparation..
Nanti mesti rindu nak buat semua-semua tu..
Trust me bebeh! =D

Love, Rina Ellisa

No comments:

Post a Comment