Followers

Wednesday, 31 December 2014

Family Dinner

Hi & Assalammualaikum..

31 Dec 2014(Wed), Ana Ikan Bakar Petai Bangi

Pukul 7lebih Ika call nak belanja family makan kat luar..
Plan nak masak malam tu.. Ikan pon tengah berendam..
Dah nak makan luar, masuk kan balik ikan dalam peti sejukk.. Hihihi..
Eshat pulak kerja OT pukul 930pm baru sampai rumah..
Tunggu dia balik kerja, baru lah gerak ke bangi..
Sampai je kedai pukul 1030pm, nasib baik ada meja kosong..


Sampai pilih2 apa yang nak dulu..



Bergelimpangan ikan-ikan..




Cukup la 2 bekas ni untuk 15 orang makan..



Senarai harga ikan bakar kat Ana Ikan Bakar Petai..
Siap pilih ikan, order nak masak apa..
Tunggu la makanan sampai..
Nasib baik tak lama sangat menunggu..
Maybe orang dah kurang time tu..


Lovebird atuk & nenek.. :)
Nenek sekarang tak boleh berenggang dengan atuk..
Haritu duduk rumah makjang(adik mak) kejap pon, sibuk nak balik rumah..
Susah atuk nak makan katanya..
Padahal hari2 mak masak lauk, hantar kat rumah atuk nenek..
Nak berkepit je tauuu.. Hihihi.. :p


Lovebird ni pon sekarang takleh berenggang jugak..
Nak kemana-mana berkepit je.. Kihkihkih :p
Sementara borak2, ambik2 gambar, makanan pon sampai..


Tomyam, telur dadar, sayur sampai dulu..
Ikan bakar, sotong, udang kemudian..


Udang cheese kot?


Sotong celup tepung..
Tengah sibuk2 ambik2 gambar laki dah marah suruh makan cepat.. Hihii..
Jadi, ambik gambar mana yang sempat jela..


Alhamdullilah kenyang sangat-sangat malam tu..
Ikan bakar sampai bungkus bawak balik rumah..
Dapat berkumpul ramai-ramai seronok sangat..
Adib & Aidil je takde malam tu..
Masing2 sibuk dengan kerja..


Tengok nak berkepit jeeeeee.. :p


Ashiq sejak2 ni manja betul..
Haritu masa kat rumah mak, dia kiss pipi sy la.. Dahi la.. Hidung la.. Dagu la..
Sweet sangat dia tu! :D

Tq Angah & Bang Ngah belanja kitaorang makan malam tu..
Semoga di murahkan lagi rezeki lepas ni.. Amin..

Love, Rina Ellisa

Tuesday, 30 December 2014

Andung ku, Hjh Derama Dalin Dalam Kenangan (15.4.1933 - 2.5.2014)

Hi & Assalammualaikum..

2 May 2014, Friday

Jantung bagai di rentap bila dapat berita Andung dah pergi malam sebelum nya hari sy nikah..
Tuhan je tahu apa yang sy rasa kan masa tu..
MUA baru mula pakaikan inai 2 jari..
9.10malam dapat call dari cousin, "Andung Dah takde"..
Allah! Tuhan menguji di saat ku menanti hari yang paling bahagia dalam hidup ni..
Hati meronta-ronta nak pergi malam tu..
Tapi mak tak bagi keluar..

Andung mula sakit hujung tahun 2013..
Time tu sy memang tengah sibuk buat persiapan kahwin..
Memang jarang sangat jumpa andung time tu..
Patutlah dah lama andung takde call..
Rupa nya andung memang dah sakit sampai tak bangun kadang-kadang..

Sampai lah satu hari, sy pergi tengok andung kat rumah mak sedara kat dengkil..
Masuk je bilik tengok keadaan andung sangat menyedihkan..
Memang tak tertahan airmata..
Lama sangat2 dah tak jumpa andung.. :(
Sy usap kepala andung, urut2 tangan andung..
Allah! Bagai di carik carik dada time tu..
Terlalu sedih tengok keadaan andung..
Ayat andung sampai ke hari ni masih terngiang ngiang "Tah sempat ke tak tengok ina kahwin"
Apa yang andung cakapkan tu betul..
Sehari sebelum sy menikah, andung dah takde.. :(
Terkilan rasa hati..
Ingatkan lepas je menikah tengahari tu, terus nak pergi jumpa andung dengan pakai baju pengantin..
Semua tu hanya lah mimpi.. :(

Awal tahun 2013, andung dah keluar masuk hospital..
Macam2 komplikasi ada..
Family hanya mampu berdoa, andung kuatkan semangat untuk teruskan hidup..


Ada sekali turn sy & cousin jaga andung kat hospital..
Rasa tak terbalas jasa2 andung kat kitaorang adik beradik dengan jaga andung kat hospital sehari je..
Hari ke hari keadaan andung sangat menyedihkan kitaorang sekeluarga..
Sampailah doc bagi kebenaran untuk bawak andung balik rumah..
Anak cucu cicit, sedara mara tak putus2 datang ziarah..

Kalau tengok balik gambar-gambar andung masa dia sakit, rasa sedih sangat..
Hebat ujian Allah untuk andung..
Allah tak kan uji hamba nya di luar kemampuan hamba nya..
Tapi kami anak cucu cicit tak pernah putus berdoa untuk andung..
Harapan kami sekeluarga nak kan andung sihat macam dulu..
Kehulur kehilir dengan celoteh dia..
Rindu nya kat Andung :(

Selesai urusan sy malam berinai tu, tido berendamkan airmata..
Terasa dunia ni kosong..
Pagi esok nya sebelum jenazah andung di kebumikan, sempat sy & adik2 pergi tengok andung untuk kali terakhir..
Sempat peluk cium andung..
Dengan inai merah kat jari.. T___T

Selesai urusan pengebumian, sy terus balik rumah..
Nak bersiap untuk menikah lepas zohor..


Aman damai lah andung di sana..
Semoga roh andung di tempatkan di kalangan golongan orang-orang yang beriman.. Amin..
Kenangan2 bersama andung je jadi peneman rindu kami sekeluarga di kala hati teringat pada gelak tawa keletah andung..

Rindu Andung.. Alfatihah~

Love, Rina Ellisa

Monday, 29 December 2014

Juara Pencetus Ummah Musim Ke-2, PU Azman

Hi & Assalammualaikum..

25 Dec 2014 (Thur), KUIS Bandar Seri Putra


Sy & eshat pergi mimbar pencetus ummah akhir ni, main redah je..
Sebab tiket takde.. Tiket sangat sangat terhad..
Tiket untuk family cukup2 untuk atuk nenek, adik2 beradik abah & family maksu je..
Petang tu aunty(adik abah) ada call bagitau ada satu lagi tiket..Dia nak bagi kat eshat..
Di sebabkan eshat tak sampai hati tinggalkan bini dia sorang2 kat luar, dia pon tak ambik la seat tu..
Jadi nya, kitaorang pon selambar je datang walk in..
Nak tengok dari scrin besar kat luar je..


Pintu masuk VIP..
Kitaorang takde tiket ni, sedu sedan je tengok orang masuk ikut pintu tu.. Huhuhu..


Kitaorang first time datang KUIS ni..
Nasib guna waze membantu la jugak..
Sampai dalam pukul 810pm macam tu..
Terus carik mana port screen besar..
Dah jumpa port nak tengok PU live, carik masjid pulak..
Dah selesai solat isyak, jalan balik ke screen besar..
Time tu dah hujan..
Sekali tengok takde orangggggg...
Mana semua orang pergi???
Kitaorang pon main redah jela masuk carik pintu masuk..
Sekali dapat lah masuk hall tu..
Haaaaaaaaa hujan rahmat tu..
Kalau tak hujan, mesti dapat tengok mimbar PU akhir dari luar je.. Hihihi..

Tengah beriya-iya jalan meredah hujan kat tengah2 court skrin besar tu..
Tetibaaaaaaaaaa nak TERJATUH!!!!
Court tu ada kelopak air.. Licin..
Ya Allah.. Nasib baik sempat tahan kaki dari montot jatuh ke lantai... Y____Y
Laju sangat2 jantung time tu..
Nasib baik takde pape..

Dugaan betul la nak tengok tokSu kat mimbar PU akhir ni.. :)


Masuk2 je Dato' Hattan tengah nyanyi..


Tempat duduk lelaki perempuan asing..
Eshat dapat duduk bahagian bawah..
Sy duduk bahagian atas..
Kena hangkut kerusi sendiri naik tanggaaaaaaaaaaa..
Fuhhhh mengah! --'
Dugaan lagi..


Lepas dah habis opening, sesi kenalkan finalis2 pulak..
Bila announce je PU Azman, dengar live dari hall tu.. Macam mimpi pulak.. Hihihi.. Excited!
Selalu tengok kat tv je..


Ni persembahan paksu yang kedua..
Finalis ada 3 persembahan..
2 solo dan 1 berduet dengan finalis mimbar PU akhir yang lain..
Untuk berduet paksu di gandingkan dengan PU Faiz..
Alhamdullilah gandingan duet paksu & PU faiz dapat komen positif dari juri2..
Selesai je ke empat2 persembahan finalis, masa untuk umumkan pemenang..


Detik2 menanti di umumkan siapa juara Pencetus Ummah Akhir Musim Ke-2..


Alhamdullilah PU Azman menang mimbar pencetus Ummah akhir musim kedua..
Paksu menang award PU pilihan pruBSN & pilihan pendengar sinar FM..
Sekali gus dinobatkan sebagai Juara Pencetus Ummah musim ke-2..



Tahniah paksu!!!!
Paksu memang layak menang!


Tempat Pertama - PU Azman
Tempat Kedua- PU Faiz
Tempat Ketiga - PU Yusuf
Tempat Keempat - PU Luqman

Habis je live kat tv, semua family member pergi ke stage nak bergambar dengan paksu..
Tapi sekejap je paksu ada kat stage..
Tak sempat ambik gambar..
Kitaorang family jela bergambar sakan atas stage tu.. Hahaha..



Sebak pulak rasa nya time ni..
Paksu salam peluk cium nenek..


Atuk di interview oleh crew astro..


Turn aunty kena interview..


Maksu, aunty ina, aunty roy, atuk, nenek & imam muda Aran kalau tak silap nama dia..
Dia ni kawan paksu dari paksu belajar kat mesir lagi..



Penyokong paksu dengan banner masing-masing..



Muka senyum puas lepas harung macam2 dugaan nak tengok PU secara live.. Hahaha..


Sebok sangat nak bergambar kat beduk tu haaaaaa..


Kat luar hall jumpa abang beduk, nak jugak bergambar dengan abang beduk ni..



Arash mohamed dan wife dia sangat sporting & friendly..
Borak dengan nenek macam dah lama kenal je.. Huhuhu..



Habis je semua nya, masing-masing dah kebuluran kelaparan..
Singgah kedai mamak, jom la kita makan beramai-ramai..
Meraikan kemenangan paksu kecil-kecilan..


Haaa memang rock habis PU Faiz ni..
Abah & uncle2 nak jugak bergambar dengan dia..


Kitaorang tunggu2 jugak mana la paksu ni tak keluar2..
Tak lama lepas tu, tetiba paksu muncul..
Kebetulan lepas sidang akhbar malam tu, handfone paksu hilang pulak..



Paksu bawak balik hadiah best2, kitaorang bawak balik air anugerah je.. Hihihi..

Tahniah paksu..
Kitaorang doakan paksu istiqamah dan sabar dalam berdakwah untuk masyarakat di luar sana..
Kalau nak follow PU Azman :-
FB : Pencetus Ummah Azman Syah
Instagram : Azmansyah.Asia.ASA

Love, Rina Ellisa

Sunday, 28 December 2014

Pregnancy Journey - Shopping Barang Baby

Hi & Assalammualaikum..

27 Dec 2014 (Sat), Billion Bangi

Lama dah nak ajak eshat pergi billion bangi survey2 barang-barang pureen..
Sebab baca review mom to be, kat billion bangi ada kedai pureen..
Masuk je billion tu, sampai ke tingkat atas round carik kedai pureen..
Rupa nya kedai baby kat belah bawah sekali..
Dalam kedai Baby Center ke Baby World nama kedai tu..
Dalam tu ada brand fify, pureen & anakku..


Harga sabun ABD pureen ni kat bangi RM20.90(200ml)..
Sy memang nak guna sabun ni untuk baju2 baby nanti..
Sebab ramai mom to be review, sabun ni bagus & wangi..

Haritu survey barang2 baby kat Manjaku Bangi, sabun ABD liquid ni takde..
Yang ada sabun ABD powder je..
Tapi kat pureen billion takde pulak sabun ABD powder ni haritu..

Barang-barang lain sy survey :-
1) Napkin Pureen Corak - RM28.90 (10pcs)
2) Liquid Cleanser Pureen(750ml) + Refill Liquid Cleanser Pureen(750ml) - RM25.90
3) Liquid Cleanser Pureen(750ml) - RM17.90
4) Refill Liquid Cleanser Pureen(750ml) - RM11.90
5) Syampo Pureen(750ml) - RM12.90
6) Bath Pureen(750ml) - RM12.90
7) Baby Yogurt Pureen(750ml) - RM13.90
8) Baby Wipes Pureen (Blue Colour) (80sheetX2pax) - RM9.90
9) Bedak Pureen - RM7.90


Sebelum masuk kedai baby tu, masuk billion bangi dulu kat tingkat atas..
Sy ingat nak beli hangar, bakul baby dulu..

Hasil belian untuk baby kat billion bangi malam tu :-
1) Hanger kecik - RM7.90
2) Hangar bulat - RM4.90
3) Laundry Bag - RM4.90

Yang bakul baju kotor baby ni standby je beli yang jenis net macam ni..
Lagipon kat rumah ada extra bakul kosong dah..
Senang nak balik kampung letak baju2 kotor baby dalam tu je nanti..
Hanger kecik tu macam kena tambah lagi je..

Love, Rina Ellisa