Followers

Wednesday, 24 December 2014

Big Bad Wolf 2014

Hi & Assalammualaikum..

19 Dec 2014 (Fri), The Mines Serdang


Mula2 nak pergi macam tak sempat dah..
Lepas tu tengok kat IG, diaorang post2 bagitau BBW extend lagi sampai 21 Dec..
Apa lagi laju jela pegi laki bini pergi pukul 12tengahmalam..
Kitaorang pergi jumaat malam.. Berduyun2 kereta masuk parking..




Masuk je dalam hall tu, tengok ramai nya orang..
Eh diaorang ni tak reti nak tido ke??? Huhuhuhu...
Kitaorang masuk je pening mana nak start dulu..
Maklum la first time laki bini pergi BBW ni..
Belah2 depan semua nya novel2..
Eh tak minat laaaaaaaaaa..
Masuk lagi ke dalam, haaaa macam2 buku ada..

Lalu kiri kanan tengok buku2 macam takde perasaan..
Tengok orang lain penuh2 bakul ambik buku..
Kitaorang berdua jalan melenggang tengok buku apa yang best..

Sampai la seksyen children, tetiba laki bini jadi excited..
Pilih2 buku mana yang best..
Dapat terus ambik.. Tak larat dah nak pusing2..
Hall tu besar gilerrrrrrrrrrr..
Lepas tu tengok kaunter panjang nye orang beraturrrrr...
Tapi nasib baik banyak kaunter bukak..
Takde la lama menunggu..


Buku kisah2 nabi & buku warna untuk adik2..


Haaa yang buku2 ni eshat yang pilih! :D


Ni hasil membeli di BBW untuk kali pertama datang..
Tak tahu nak beli buku apa..
Datang malam2, pusing2 carik parking, lepas tu kalau tak beli apa2 kan tak berbaloi..
Jadi, beli la jugak buku2 apa yang best..


Total RM55.. 1.30pagi baru keluar dari hall tu..
Tak boleh round lama2, nanti tah apa2 lagi buku yang di ambikkkk..
Nak exit ke pintu luar, dapat la satu penanda buku ni..

Taubat taknak datang lagi dah lepas ni..
Sebab penat pusing2! Hahaha..
Melainkan memang betul2 carik buku apa yang nakkkk..




Adik2 datang rumah weekend haritu, bagi diaorang mewarna buku2 tu..
Ameer pon dah pandai membaca..

Love, Rina Ellisa

2 comments:

  1. Kemainnn ! Kita ritu pergi pun kejap je. Tahun lepas sempat borong 7 8 novel. Tahun ni borong 3 je. Tak larat haish ! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah tak larat makcik nak jalan satu hall tu.. pengsan!! Hahahah..

      Delete