Followers

Monday, 29 December 2014

Juara Pencetus Ummah Musim Ke-2, PU Azman

Hi & Assalammualaikum..

25 Dec 2014 (Thur), KUIS Bandar Seri Putra


Sy & eshat pergi mimbar pencetus ummah akhir ni, main redah je..
Sebab tiket takde.. Tiket sangat sangat terhad..
Tiket untuk family cukup2 untuk atuk nenek, adik2 beradik abah & family maksu je..
Petang tu aunty(adik abah) ada call bagitau ada satu lagi tiket..Dia nak bagi kat eshat..
Di sebabkan eshat tak sampai hati tinggalkan bini dia sorang2 kat luar, dia pon tak ambik la seat tu..
Jadi nya, kitaorang pon selambar je datang walk in..
Nak tengok dari scrin besar kat luar je..


Pintu masuk VIP..
Kitaorang takde tiket ni, sedu sedan je tengok orang masuk ikut pintu tu.. Huhuhu..


Kitaorang first time datang KUIS ni..
Nasib guna waze membantu la jugak..
Sampai dalam pukul 810pm macam tu..
Terus carik mana port screen besar..
Dah jumpa port nak tengok PU live, carik masjid pulak..
Dah selesai solat isyak, jalan balik ke screen besar..
Time tu dah hujan..
Sekali tengok takde orangggggg...
Mana semua orang pergi???
Kitaorang pon main redah jela masuk carik pintu masuk..
Sekali dapat lah masuk hall tu..
Haaaaaaaaa hujan rahmat tu..
Kalau tak hujan, mesti dapat tengok mimbar PU akhir dari luar je.. Hihihi..

Tengah beriya-iya jalan meredah hujan kat tengah2 court skrin besar tu..
Tetibaaaaaaaaaa nak TERJATUH!!!!
Court tu ada kelopak air.. Licin..
Ya Allah.. Nasib baik sempat tahan kaki dari montot jatuh ke lantai... Y____Y
Laju sangat2 jantung time tu..
Nasib baik takde pape..

Dugaan betul la nak tengok tokSu kat mimbar PU akhir ni.. :)


Masuk2 je Dato' Hattan tengah nyanyi..


Tempat duduk lelaki perempuan asing..
Eshat dapat duduk bahagian bawah..
Sy duduk bahagian atas..
Kena hangkut kerusi sendiri naik tanggaaaaaaaaaaa..
Fuhhhh mengah! --'
Dugaan lagi..


Lepas dah habis opening, sesi kenalkan finalis2 pulak..
Bila announce je PU Azman, dengar live dari hall tu.. Macam mimpi pulak.. Hihihi.. Excited!
Selalu tengok kat tv je..


Ni persembahan paksu yang kedua..
Finalis ada 3 persembahan..
2 solo dan 1 berduet dengan finalis mimbar PU akhir yang lain..
Untuk berduet paksu di gandingkan dengan PU Faiz..
Alhamdullilah gandingan duet paksu & PU faiz dapat komen positif dari juri2..
Selesai je ke empat2 persembahan finalis, masa untuk umumkan pemenang..


Detik2 menanti di umumkan siapa juara Pencetus Ummah Akhir Musim Ke-2..


Alhamdullilah PU Azman menang mimbar pencetus Ummah akhir musim kedua..
Paksu menang award PU pilihan pruBSN & pilihan pendengar sinar FM..
Sekali gus dinobatkan sebagai Juara Pencetus Ummah musim ke-2..



Tahniah paksu!!!!
Paksu memang layak menang!


Tempat Pertama - PU Azman
Tempat Kedua- PU Faiz
Tempat Ketiga - PU Yusuf
Tempat Keempat - PU Luqman

Habis je live kat tv, semua family member pergi ke stage nak bergambar dengan paksu..
Tapi sekejap je paksu ada kat stage..
Tak sempat ambik gambar..
Kitaorang family jela bergambar sakan atas stage tu.. Hahaha..



Sebak pulak rasa nya time ni..
Paksu salam peluk cium nenek..


Atuk di interview oleh crew astro..


Turn aunty kena interview..


Maksu, aunty ina, aunty roy, atuk, nenek & imam muda Aran kalau tak silap nama dia..
Dia ni kawan paksu dari paksu belajar kat mesir lagi..



Penyokong paksu dengan banner masing-masing..



Muka senyum puas lepas harung macam2 dugaan nak tengok PU secara live.. Hahaha..


Sebok sangat nak bergambar kat beduk tu haaaaaa..


Kat luar hall jumpa abang beduk, nak jugak bergambar dengan abang beduk ni..



Arash mohamed dan wife dia sangat sporting & friendly..
Borak dengan nenek macam dah lama kenal je.. Huhuhu..



Habis je semua nya, masing-masing dah kebuluran kelaparan..
Singgah kedai mamak, jom la kita makan beramai-ramai..
Meraikan kemenangan paksu kecil-kecilan..


Haaa memang rock habis PU Faiz ni..
Abah & uncle2 nak jugak bergambar dengan dia..


Kitaorang tunggu2 jugak mana la paksu ni tak keluar2..
Tak lama lepas tu, tetiba paksu muncul..
Kebetulan lepas sidang akhbar malam tu, handfone paksu hilang pulak..



Paksu bawak balik hadiah best2, kitaorang bawak balik air anugerah je.. Hihihi..

Tahniah paksu..
Kitaorang doakan paksu istiqamah dan sabar dalam berdakwah untuk masyarakat di luar sana..
Kalau nak follow PU Azman :-
FB : Pencetus Ummah Azman Syah
Instagram : Azmansyah.Asia.ASA

Love, Rina Ellisa

8 comments:

  1. Tahniah paksu eshat. Memang dah agak dah paksu boleh menang.
    Paksu memang best!
    Moh dogheh!

    Eh, dan dan jadi paksu :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq kak Ain..

      Hahaha.. Moh dogheh poei ngaji ha! :p

      Delete
  2. Tahniah PU Azman.. nanti kirim salam kat paksu yer.. die mmg layak menang.. :)

    ReplyDelete
  3. Tahniah PU Azman.... Suka dengar dia berceramah... Lembut tapi tegas.... Alhamdulillah semoga menjadi pendakwah yang hebat dan dapat membimbing umat Rasullah S.A.W sebaik-baiknya... ameen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.. Mokcik2 admire kat PU Azman.. Hehehehe :p

      Delete
  4. Rina..nak tau x..tak pernah folow pun PU ni..huhu..kesian kn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe.. Takpe Ayue.. Nanti jangan lupe tengok musim ke3 ye :)

      Delete