Followers

Wednesday, 10 December 2014

Resepi Ikan Keli Berlado

Hi & Assalammualaikum..

5 Dec 2014, Friday

Selalu sebelum ni eshat beli ikan keli, mesti pos rumah mak..
Mintak mak masak kan..
Sebab nya sy tak reti+tak sanggup nak masak ikan keli tu.. Y__Y

Haritu macam kesian pulak dia dah beli ikan keli..
Tak kan nak pos rumah mak lagi minta mak masak kan..
Nak taknak kena la sy masak jugak ikan keli tu..
Tetiba teringat Kak Elly ada post entry ikan keli belado..
Tapi carik2 balik kat blog dia tak jumpa..
Yang jumpa resepi dari blog kak Filla..
Boleh la try masak..
Tapi resepi ni sy olah sikit2 nak pedas..

Bahan-Bahan :-
Bawang besar - 1 biji
Bawang putih - 3 biji
Lada besar - 4 batang
Cili api - 3 batang
Asam Limau - 1 biji

Cara-cara :-
1. Goreng dulu ikan keli ni garing-garing. Lepas tu ketepi kan..
2. Tumbuk bawang besar, bawang putih, lada besar, cili api.. Letak garam sikit..
3. Dah lumat, perah asam limau sikit..
4. Panas kan minyak sikit, masuk kan bahan2 yang dah di tumbuk tadi dan tumis sampai naik bau..
5. Dah pecah minyak, masuk kan ikan keli yang dah di goreng tadi..
6. Letak garam sikit. Dah siap!


Taraaaa ni lah ikan keli belado kali pertama masak..
Rasa boleh tahan..
Eshat cakap sedap!
Tapi kalau dia saje nak sedapkan hati sy tak tau lah.. Hahahaha..


Memula-mula sy goreng ikan ni sekor-sekor..
Sampai kat eshat yang angkat ikan dari kuali, dia pegi potong dua ikan ni.. T__T

Nasib baik eshat suka ikan keli berlado sy masak ni..
Lepas ni request mintak masak kan lagi..
Lepas habis tumbuk cili tu, berpijoooo dua2 tangan..
Rasa panas je tangannnn.. Y___Y
Masuk kereta, letak dua2 tangan kat aircond lega sikit..
Kalau tangan korang berpijo try la letak kat aircond..


Lepas tu teringin nak makan kobis masak lemak pulak malam tu..
Masak la sikit..
Ni pon sy main belasah & ikut logik je masak..
Tak sempat call tanya mak resepi.. Hahaha..
Alhamdullilah nasib baik menjadi jugak..

Love, Rina Ellisa

4 comments:

  1. huyoooooooooooooo,belado lado ni kita serammmmm sebab takut pedas,haha...tapi ikan keli memang feberet onie ! ikan keli goreng la tapi,kikikikiki :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. pedas pedas la sedap onie :p

      Delete
  2. dua2 tu kalau hidang memg ngammmm rinaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan hannah.. makan letak kuar biar banjirrrr.. nyum2 sedapnya! :)

      Delete