Followers

Friday, 12 December 2014

RinaIrsyad's Wedding Review - Baju Bertandang, Tudung, Veil & Crown

Hi & Assalammualaikum..

Rasanya ni dah hujung2 entry wedding review..
InsyaAllah ada 2 3 entry lagi..
Lepas tu habis dah review..
Ni pon bercinta nak ingat balik, nak menaip..
Sebab malas menguasai segala-galanya.. HAHAHA..

Untuk baju majlis bertandang, memang plan nak buat sendiri je..
Memula plan baju kahwin purple ni nak pakai majlis sebelah sy..
Lepas tu tukar plan pakai majlis sebelah eshat pulak..
Baru la cantik meleret-leret kain belakang lalu atas carpet merah.. Hihihi..

Set Baju Eshat
Beli fabrik & tempah kat Silver Star Wedding Gallery..
First time pergi tu cuma nak survey2 je baju pengantin lelaki..
Lepas seminggu, dah bincang2 kitaorang datang balik tempah baju kahwin untuk eshat kat sini..
Siap dalam masa sebulan..

Hujung bulan Jan 2014, kitaorang pergi collect baju eshat dah siap..
Fitting dulu.. Tapi bahu lebar pulak..
Eshat cakap takpe bawak je balik..
Hantar orter dekat tailor tempat biasa la..
Yang lain-lain baju ok cantik ngam2 dengan badan eshat..
Total set baju eshat RM250 termasuk fabrik dan kain..

Tanjak, Samping & Bengkung
Set ni kitaorang beli siap je terus kat Silver Star Wedding Gallery..
Beli sekali masa datang nak tempah baju eshat time tu..
Sebab dah confirm ambik fabrik yang mana..
Harga set mula2 RM60.. Lepas tu dapat kurang dapat harga RM50..

Brooch Bulan Bintang & Brooch Lebar (untuk letak kat bahu baju)
Brooch bulan bintang warna silver beli kat kedai brooch jalan TAR..
Harga RM15 1pc..
Brooch lebar untuk letak kat bahu baju pon beli kat kedai yang sama..
Harga RM10 untuk 1pc.. Beli 2 ketul untuk pakai kiri kanan bahu..

Keris
Sewa dengan Butik Juntaian Qaseh Dizara Bandar Baru Salak Tinggi Sepang..
Ada jugak survey keris kat silver star wedding gallery tu..
Harga dalam RM80-RM150 macam tu..
Macam2 jenis & design ada..
Memula eshat nak beli je.. Lepas guna boleh simpan buat koleksi..
Sy cakap takpayah laaaa.. Sewa je senanggg..


Alhamdullilah baju eshat ok..
Dia pon selesa pakai masa hari majlis tu..


Set Baju Rina
Baju bertandang sy ni inspired dari baju kahwin bertandang Leuniey..
Sy suka sangat2 design baju dia..
Tapi takde lah dapat 100% design baju tu..
Sy tiru sikit-sikit je.. Hihihi..

Bahagian atas sy guna full prada lace..
Bahagian bawah guna full chiffon..
Bahagian depan kain bawah nak ada chiffon jatuh lipat ke bawah..

Bab nak beli fabrik chiffon ni sangat mencabar..
Dengan kain tak sama warna dengan baju eshat..
Dengan kain tak cukup..
Nak nangis rasa bila tailor bagitau kain chiffon tak cukup time tu.. Huhu..
Tapi demi baju pujaan, ku gagahkan juga kaki ke kedai kain mencarik kain lagi..
Huwaaaaa bila ingat2 balik, rindu moment tu.. :D

Mula2 beli kain chiffon kat kamdar Jalan TAR..
Beli chiffon 6meter total RM53.40, beli lining 3meter RM22.50..
Time pilih2  chiffon tu pening..
Sebab warna seakan-akan sampin eshat takde..
Last beli je warna yang seakan sama selepas pusing2 banyak kali kat kain bergulung2 tu.. Y__Y

Lepas tu hantar kat tailor, tailor cakap warna tak sama dengan sampin eshat..
Lari sikit... Y___Y
Terpaksa pergi carik chiffon lain kat nilai square..
Alhamdullilah jumpa jugak..
Tapi lupa dah harga berapa..
Resit dah bercampur2.. Tak tau mana satu harga chiffon tu..
Last2 suruh tailor buatkan jubah untuk mak & kakcik je untuk kain chiffon yang tak sama colour tu..

Fuhhh lega dah bab kain chiffon setel..
Biasa lah nak dapatkan baju pujaan hati..
Mesti macam2 pancaroba kena tempuhhh.. Huhuhu..

Untuk prada lace, kebetulan sangat2 bakal mak mertua sy nak ke vietnam awal tahun haritu..
Kirim kat dia je lace kat sana..
Dapat harga murah sikit.. Sy just bagi contoh gambar je..
Beli 2meter prada lace dapat harga RM90..
Takpayah pening2 kepala nak beli lace kat sini dengan harga beratus-ratussss..

Ok, setel bab mencarik fabrik..
Turn hantar kat tailor pulak..
Jumpa tailor bincang nak buat baju macam mana semua..
Apa2 hal tunggu tailor call je..

Baju dah hampir siap, tailor call untuk fitting baju..
First time fiting, tailor tak dapat buat kain meleret sebab kain chiffon tak cukup..
Sy nak jugak kain meleret, kena pergi lagi beli chiffon untuk tambah kain biar meleret..
Lepas tu kain lipatan kat bahagian depan baju tu nampak kosong, sy mintak tailor tambah kan pearl..
Alhamdullilah kak zura tak pernah menghampakan sy..
Dia buat baju apa yang sy nak..

Di sebabkan baju ni nak pakai belah eshat, seminggu selepas majlis sebelah sy baru ambik..
Kak zura siapkan lambat sikit..

Kat bahagian lengan baju dan zip belakang macam biasa sy tambahkan butang bungkus..
Guna lebihkan kain chiffon yang ada..
Tapi dalam gambar ni tak nampak pulak..

Tudung & Veil
Tudung sy beli kat Jalan TAR.. Harga RM15..
Veil minta tailor buatkan sekali lebihkan kain chiffon..
Veil sy ikut 100% veil bertandang leuniey..
Sy suka pearl yang ada kat keliling veil tu..

Rantai & Crown
Yang set ni pinjam je kat Aunty Mala..
Kebetulan sangat2 aunty mala ada set ni..
Jimat takpayah sewa dah..

Alhamdullilah sy dapat pakai baju pujaan hati inspired Leuniey sangat tu.. Hehehe..
Bila lagi nak all out.. Time majlis kita la..
Bila lagi nak merasa semua ni.. Time kahwin la! :D

Love, Rina Ellisa

6 comments:

  1. papepun lawa syggg. td terenter plk. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq hannah.. takpe komen banyak2 kali pon.. hahaha..

      Delete
  2. Cantik baju rina.. Purple my febret kaler.. Tp masa kahwin kami pilih putih.. Haha

    ReplyDelete