Followers

Friday, 16 January 2015

Pregnancy Journey - Breastfeeding For Working Moms by PumpOnTheGo

Hi & Assalammmualaikum..

7 Nov 2014 (Friday), HQ MAHB KLIA

Ni sebenarnya cerita tahun lepas..
Harap-harap tak lupa la point2 penting masa join breastfeeding talk ni..
Sebelum terlupa terus, baik cepat2 letak dalam blog ni..

Breastfeeding talk ni first time di adakan kat office sy..
Bagus untuk ibu2 yang menyusukan baby & akan menyusukan baby..
Boleh tambah ilmu bab2 menyusu ni..
Lagi2 untuk first time yang nak jadi ibu..

PumpOnTheGo ni sy ada follow kat FB..
Tak sangka dapat dengar talk diaorang free je kat office..
Rugi la kalau tak join kan..






Sebelum talk mula, kita layan slide lagu dari PumpOnTheGo dulu..
Haihhh memang touching je tengok slide ni..
Rasa macam tak percaya  yang akan sampai masa sy akan lalui saat-saat tu nanti..


Staff office dah ramai, Pn Zuain (pengasas PumpOnTheGo) mula kan sesi..
Dia kenalkan diri dia dulu..
Kalau dengar cerita dia breastfeed kan anak pertama dia, memang sedih..
Sesiapa yang pernah join class dia, tahu la kot kan story dia..


Pn Zuain tunjuk kan cara menyusu kan baby..


Cara yang betul bila baby menyusu..
Pastikan kawasan tompok hitam betul-betul dalam mulut baby..

Kat bawah ni sy share apa yang sy dapat join breastfeeding talk ni :-

Kenapa Susu Ibu?
1. Menjadi kan hubungan rapat antara ibu dan anak
2. Penyembuhan cepat selepas bersalin
3. Makanan utama anak
4. Untuk pertumbuhan struktur muka & anak
5. Anak menjadi sihat & iQ tinggi
6. Susu ibu selamat untuk anak
7. Selepas anak 2 tahun, membantu anak bercakap
8. Susu ibu ada mengandungi sel hidup iaitu menjadi antibodi untuk anak
9. 2 ahun pertaman adalah pertumbunhan emosi, otak & fizikal anak

Ibu Bekerja Perlu Siapkan Sebelum Menyusu
1. Semangat juang yang tinggi
2. 90% mindset, 10% techniques
3. Permulaan yang baik & tepat
    - menyusu selepas kelahiran
    - mengepam susu 2 minggu selepas bersalin
    - direct feed 30 hari selepas berpantang
    - lakukan tandem pumping
4. Ajar anak menyusu menggunakan botol susu selepas 30 hari pantang
5. Menyusu kan anak sebelah, sebelah lagi pump susu

Cara Penyusuan 
1. Sebelum menyusukan anak, lembutkan atau urutkan dulu kawasan tompok hitam
2. Pastikan kawasan tompok hitam dalam mulut anak

Kedudukan Menyusukan Anak
1. Lying on your side (baby 2 bulan ke atas posisi baring)
2. Hold
3. Laid-back
4. Cradle hold
5. Cross-cradle hold
     - anak kena selari
     - rapatkan anak ke ibu
     - pusinkan badan anak ke ibu (hidung menghadapkan ke nipple)

Pengurusan EBM
1. Formula 123 :-
    - Fresh EBM - tahan 4jam
    - Frozen EBM - susu beku telah di cairkan
    - Chiller EBM - usus di simpan di dalam peti ais belah bawah

Pemakanan Ibu Menyusu
1. Refill & recover - minum milo & biskut
2. 1 gelas setiap 1 jam - minum air suam
3. Air suam
4. Makan protein & karbo
5. Sayur & buah
6. Kurang pedas & berminyak
7. Makan makanan yang rebus & stim
8. Jangan makan junk & fast food!

Pengurusan EBM Semasa Berkursus
1. Cooler Box
2. Ais ketul
3. Garam kasar - untuk melambatkan ais cair

Penyusuan Semasa Cuti Panjang
1. Direct menyusu ke anak on demand
2. Ikut jadual mengepam yang di tentukan seperti biasa
3. Pam selepas menyusukan anak

Banyak kan Susu
1. Pam selepas menyusukan anak (5-10 minit)
2. Tander pumping (sebelah menyusukan anak, sebelah pump)
3. 1 gelas air minum dalam masa 1jam

Nota Penting!!!
1. 4 jam - suhu bilil aircond 19 - 26darjah celcius
2. 4 hari - chiller/pintu bawah
3. 4 month - Deep freezer
4. 24 jam - susu beku (forzen) yang sudah di cairkan
5. 1 jam - Frozen yang dicairkan dan di panaskan
6. Panaskan susu 5-10 minit

Harap point-point penting ni dapat sikit banyak bagi info pada mom to be yang baca blog sy ni..
Banyak rupa nya ilmu-ilmu breastfeeding ni..
Memang rugi kalau tak ambik tahu..


Untuk lebih lanjut, boleh like & follow FB PumpOnTheGo..
Kalau tengah mencari breastpump ke, boleh datang direct ke kedai PumpOhTheGo...

Ni alamat :-
PumpOnTheGo 
(Behind Giant Hypermarket)
D-G-07, Dataran Glomac
Jalan SS 6/20A
Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya
Tel : 03 - 7887 4880
SMS/Telegram : 013 - 395 3934
Email : pumponthego@gmail.com
Operation hours : Monday - Sundany (9am-6pm)
Closed on Public Holiday

Love, Rina Ellisa

5 comments:

  1. Bgus2...amik sebanyak ilmu dulu kan..t le praktikkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah lepas ni boleh praktik kan..

      Delete
  2. so far, alhamdulillah akak dpt fully bf anak 2nd and 3rd hingga umur setahun dgn jayanya..yg sulung je la failed sbb 1st experienced, xtau mende..bpump akak dah letgo pun sbb anak akak dah x bf lagi, dia sendiri yg benti..happy bfeeding ye rina :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa yke sampai umur setahun.. Sy pon try carik info sebaik mungkin ni. sebab nak lalui fasa bf nanti..

      Tq kak suria :)

      Delete
  3. Assalamualaikum.. nice info rina. sheila beli pam dekat pumponthego ni tapi tak sempat nak join class dia. heheh. semoga dipermudahkan penyusuan rina nanti ~~~

    ReplyDelete