Followers

Friday, 16 January 2015

Pregnancy Journey - Scan 3D/4D

Hi & Assalammualaikum..

15 Jan 2015 (Thur), Poliklinik An Nisa Serdang

Appointment pukul 8pm.. Tapi sampai lambat 2 minit..
Tergesa-gesa parking depan klinik, daftar kat kaunter..
Sekali Miss Jezzlyn ada patient kat dalam.. Y___Y
Fuhhh penat terkejar-kejar.. Dengan salah masuk jalan nya..
Sabar jela..


Ni bilik Miss Jezzlyn kat Poliklinik An Nisa Serdang..
Tunggu dalam 10-15 minit macam tu, baru Miss Jezzlyn panggil masuk dalam..


Masuk je Miss Jezzlyn suruh baring terus..
Mula la proses scan nak teropong baby dalam perut..
Tak sabar, excited!!!

Mula-mula Miss Jezzlyn tanya bila last scan perut..
Lepas tu dia terus buat scan 2D dulu..
Tak lama tu dia buat scan 4D pulak..
Sekali baby tengah tido daaaaaaaa..
Miss Jezzlyn gerak-gerak kan perut sy pon baby tak bangun..
Mulut baby gerak2 macam mencarik makanan..
Sy pon tak makan lagi sebelum jumpa Miss Jezzlyn malam tu..
Baby lapar.. Huhuhu..

Lama jugak Miss Jezzlyn goncang-goncang kan perut sy nak bagi baby bangun..
Tapi sampai ke sudah tak bangun-bangun..
Lepas tu Miss Jezzlyn suruh sy jalan-jalan dulu kat luar 10 minit, nanti dia panggil masuk balik..
Sementara tu Miss Jezzlyn panggil patient lain dulu..

Lepas 10 minit masuk jumpa Miss Jezzlyn semula..
Scan perut balik.. Baby tido lagiiiii.. Y_____Y
Huwaaaaaaaaaaaa bangun la nak ibu dengan abah nak tengok baby ni..

Miss Jezzlyn try scan nak dapatkan muka baby..
Tu pon susah nak dapat..
Baby sorok muka.. Uri saya dekat dengan muka baby time tu..
Lama-lama lepas Miss Jezzlyn cakap dengan baby, baru lah dapat tengok muka baby..
Pipi baby dah tembam sikit.. Hidung ikut ibu dia Miss Jezzlyn cakap.. Hihihi..


Haa dapat pon Miss Jezzlyn capture muka baby..
Ni pon tido je dia..


Lepas tu Miss Jezzlyn nak tengok gender pulak..
100% dia sahkan Baby Girl..
Yeyyyyyyyyy!!! Ibu ada geng..
Eshat ingat kan baby boy.. :)


Ni gerakkan jantung baby..
Alhamdullilah air ketuban ok, uri kebawah, kepala baby ke bawah..
Tapi bila-bila masa baby akan berpusing..
Berat baby pon dah cecah 700gram..
Miss Jezzlyn ada terangkan semua2 detail scan ni kat kitaorang..
Kitaorang angguk je.. Tapi satu ape pon tak pahammm.. Hahaha..




Last Miss Jezzlyn capture pose muka baby..
Tido je anak ibu ni tau.. :)


Alhamdullilah lepas dah hajat nak scan 4D...
Nak tahu gender baby sebenarnya..
Lepas ni boleh dah shopping barang-barang baby girl ibu & abah..
Total scan 4D RM120 dapat sekeping gambar print, CD (ada gambar & video) & sekeping detail scan..

Love, Rina Ellisa

No comments:

Post a Comment